Klik Ke Laman Sesawang

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

SALAM AIDIL-FITRI DARI MB PAHANG

SALAM AIDIL-FITRI DARI MB PAHANG

SALAM AIDIL FITRI

SALAM AIDIL FITRI

Sunday, July 31, 2011

LESEN PRA-OPERASI BELUM KELUAR!!!


Berikut merupakan berita terkini mengenai pembinaan kilang Lynas di Gebeng yang masih dalam penbinaan.

KUANTAN 31 Julai – Kerajaan belum mengeluarkan lesen praoperasi kepada Lynas Corporation Ltd bagi memproses nadir bumi di Gebeng, meskipun panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang syarikat itu selamat.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, lesen itu tidak akan dikeluarkan selagi kerajaan tidak berpuas hati dengan pematuhan oleh syarikat berkenaan terhadap langkah penambahbaikan yang dicadang IAEA.


"Kita sudah tubuhkan satu pasukan petugas untuk mempastikan segala perakuan yang dibuat oleh panel IAEA pada akhir Jun lepas dipatuhi, jika tidak, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd hari ini.


Beliau berkata, pasukan berkenaan akan memantau secara rapi bagi memastikan keselamatan penduduk, khususnya di sekitar Kuantan, terjamin.


"Dengan adanya perakuan oleh IAEA ini, kita percaya masyarakat Kuantan akan mempunyai lebih keyakinan tentang keselamatan operasi Lynas, dan kerajaan akan pastikan perakuan tersebut dipatuhi,” katanya. – Bernama

Read more »

Penjelasan Isu Lynas : Kegagalan Memperbodoh Penduduk Kuantan


Isu yang sering diperkatakan :

'Radiasi' dari Kilang Lynas sama seperti yang berlaku di Bukit Merah 20 tahun dulu.

Jawapan :

Kilang Lynas yang dibina di kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan tidak sama dengan Bukit merah. Pihak AELB telah menjelaskan bahawa kilang di Bukit Merah itu tidak memproses bahan yang sama seperti di Gebeng, Kuantan.

Bahan mentah yang digunakan oleh Lynas ialah bijih dari Mount Weld, Australia. Manakala bijih yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah tahi bijih timah(Amang).

Kandungan Thorium dalam bahan mentah yang digunakan Lynas sebanyak 0.16% manakala bahan mentah yang digunakan Asian Rare Earth (ARE) sebanyak 6%. Ini bermakna ARE adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.

Panel IAEA pula mengesahkan bahawa radiasi yang dihasilkan oleh sisa timah memang jauh lebih merbahaya daripada Thorium. Bahan mentah yang dihasilkan di Bukit Merah adalah mengandungi sisa bijih timah yang 60 kali lebih tinggi dan bahaya daripada sisa bahan logam nadir.

Sudah diperjelaskan tetapi kenapa tidak mahu percaya? Menyamakan kilang Lynas di Gebeng Kuantan dengan dengan kilang di Bukit Merah adalah tindakan sia-sia dan membuang masa sahaja. Isu Lynas sengaja dipolitikkan dan mereka berbahas berdasarkan auta bukan fakta. Akhirnya mereka tewas dalam isu Lynas akibat daripada hujah palsu mereka memakan diri sendiri.

Read more »

Saturday, July 30, 2011

Bukti Kerajaan Tidak Bankrap


Tahukah anda bahawa Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan RM50 juta setahun khusus untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak Pahang. Berkemungkinan ada keluarga kita yang mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang ini.

Bantuan Yayasan Pahang itu diberikan semata-mata berkaitan dengan pendidikan dan pemberian tersebut tanpa mengira latar belakang kaum. Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata : "Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut mengenai 1Malaysia, inilah amalannya yang dilaksanakan dengan berkesan, bantuan diberi tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Sikh atau kaum lain,". Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang sudah melaksanakan konsep Satu Malaysia sejak dahulu lagi.

Tahukan anda, pada awal penubuhannya, peruntukan yang dikeluarkan Yayasan Pahang untuk hal berkaitan pendidikan hanya RM1.8 juta, sebelum meningkat kepada RM25 juta setahun, dan kini jumlahnya mencecah RM50 juta setahun.

Kalau benarlah Negeri Pahang di bawah BN sudah bankrap, atau hampir nak bankrap, maka sudah tentulah Kerajaan Negeri Pahang tidak mampu memberi bantuan untuk anak Pahang. Sudah tentu kita tidak dapat menikmati kemakmuran bumi Pahang. Ini bermakna dakwaan Negeri Pahang bangkrap adalah tuduhan terdesak pembangkang yang 'kering idea'.

Kerajaan Negeri Pahang memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa mengira latar belakang kaum dan politik. Jika pembangkang tuduh juga Kerajaan Negeri Pahang bangkrap, maka eloklah mereka yang berkata demikian minta bantuan dari Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang. Orang Pahang yang mengatakan Kerajaan Negeri Pahang bangkrap bermakna mereka "menipu diri mereka sendiri".

Read more »

Pembangkang Pahang Yang Bankrap!!!


Seperti yang dah dijelaskan sebelum ini. Puak - puak Pakatan Pembangkang di Negeri Pahang ni memang bankrap. Diorang bankrap idea.

Dalam erti kata lainnya, diorang ni MISKIN. Miskin dengan idea, miskin dengan sokongan dan miskin dalam pengetahuan mengenai pentadbiran.

Maka sebab itu la diorang sering bertanya benda yang bukan - bukan. Sebagai contoh, isu Lynas ni. Isu ni dah selesai sebenarnya. 

Rakyat dah tahu bahawa apa yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang selama ini hanyalah penipuan semata - mata. 

Sampaikan ada dikalangan ahli mereka sendiri yang turut mengakui perkara ini. Dan mereka juga turut memberi kebenaran untuk anak - anak mereka memohon kerja di kilang tersebut.

Tapi disebabkan tembelang mereka dah pecah, jadi puak - puak Pembangkang Haramjadah ni cuba nak cari isu lain yang dapat dibangkitkan.

Salah satu cubaan terbaru mereka ialah mengenai pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Syarikat Lynas tu.

Itu yang Semut kata diorang ni miskin dalam ilmu pengetahuan. Bukan kilang Lynas ni je yang dapat pengecualian cukai ni. Semua kilang pun dapat.

Itu sebagai satu tanda penghargaan kepada mereka kerana sudi melabur dalam Negara. Jadi pengecualian cukai tu diberikan sebagai pertukaran.

Apa yang ditukar? Peluang pekerjaan. Kilang tersebut menyediakan hampir 20ribu peluang pekerjaan kepada anak - anak tempatan.

Kalau nak kira keuntungan dia dapat hampir 8billion setahun, tolak dengan gaji yang dibayar kepada pekerja seramai 20ribu tu, berapa je yang tinggal?

Lagi, diorang persoalkan apa keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Itu pun diorang tak tau ke? Kerajaan Negeri dapat kutip cukai tanah, bil air, bil api dan sebagainya.

Itu bukan kira keuntungan kepada Kerajaan Negeri ke? Takkan itu pun diorang tak tau? Nampak sangat la bongoknya diorang ni. Benda semudah itu pun diorang tak dapat nak fikir.

Tapi ye la. Nak buat macam mana. Diorang bukan boleh fikir pasal benda lain. Kalau suruh menipu, pandai la diorang. Sebab itu je la kerja diorang pun!!!

Read more »

Friday, July 29, 2011

Perjelasan Isu Lynas : Pembohongan Besar Fuziah Saleh


Isu Yang Sering Diperkatakan :

i. Kilang Lynas mempunyai loji Nuklear dan bakal membawa bencana seperti yang berlaku di Fukushima, Jepun.

Jawapan :

Pada awal tahun 2011, satu gempa bumi besar dan tsunami melanda Jepun yang mengakibatkan berlaku kebocoran serius kepada loji - loji nuclear. Tahap kebocoran itu menghasilkan radiasi yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kanser kepada penduduknya.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh mengambil kesempatan mengaitkannya dengan pembinaan Kilang Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Beliau mendakwa Lynas akan membina 'Reaktor' Nuklear di Gebeng. Maka bermulalah episod anti Lynas secara besar-besaran oleh pembangkang.

Mereka menuduh kerajaan rakus dalam mengejar keuntungan tanpa memikirkan keselamatan penduduk. Mereka menuduh kerajaan zalim kerana penduduk Kuantan bakal menjadi "Tikus Makmal" dan terkena penyakit kanser serta cacat anggota badan.

Mereka menakut-nakutkan orang ramai dengan menyebarkan fitnah dahsyat mengenai bahaya kilang tersebut kononnya apa yang berlaku di Fukushima akan turut sama berlaku di Kuantan sekiranya kilang tersebut dibiarkan beroperasi kelak.

Mereka sebenarnya telah melakukan pembohongan besar kerana kilang yang dibina oleh pihak Lynas itu bukan kilang Nuklear seperti di Fukushima. Ianya hanya sebuah kilang memproses Logam Nadir yang dikenali sebagai Rare Earth. Bahan mentah dari Rare Earth ini dibawa ke Malaysia dari Negara Australia, Negara asal syarikat Lynas di mana lombongnya terletak di Mount Weld, Australia.

(Bersambung...)

Read more »

Kerajaan Negeri Yang Terbuka!!!


Ini satu kelainan yang ada dalam Negeri Pahang. Dan rasanya, tak de lagi Negeri lain yang buat pendekatan seumpama ini.

Nak pulak Negeri - Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Kalau disuruh buat macam ni, mau ketar lutut masing - masing.

Kalau boleh, mati hidup semula pun diorang tak nak jumpa dengan rakyat dan membiarkan mereka bertanya serta membangkitkan sebarang isu setempat.

Bagi diorang, komunikasi diantara pemimpin dan rakyat ni hanya satu hala sahaja. Maknanya, biar diorang je bercakap. Rakyat kena ikut je cakap diorang.

Tapi lain pulak yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang ni. Beliau bersama - sama dengan Barisan Exco Kerajaan Negeri bukan setakat memberi penjelasan mengenai isu semasa je.

Sambil tersenyum, mendengar masalah rakyat.
Malah beliau turut membuka ruang untuk rakyat di Jerantut, terutamanya Pengerusi JKKK mengadu masalah dan juga memberi cadangan.

Bukan setakat untuk ahli UMNO atau penyokong Kerajaan Barisan Nasional je ye. Di Jerantut ni siap ada wakil dari DAP lagi yang bangun untuk mengadu masalah.

Kenapa dia tak mengadu dengan kepimpinan DAP je ek? Kenapa nak kena mengadu dengan MB Pahang? Kata MB Pahang, beliau sebagai ketua pemimpin tak kira latar belakang Politik.

Wakil DAP turut mengadukan masalah.
Kerja beliau untuk rakyat. Dan tak kira la rakyat tu dari parti mana sekali pun, beliau tetap bertanggungjawab terhadap mereka.

Itulah erti ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran. Bukan macam kat Negeri Pembangkang. Baru buat satu Program dengan rakyat, dah tergagap - gagap nak jawab soalan. 

Tapi nak sangat jaga kebajikan rakyat KONON. Nak dengar masalah pun diorang tak nak, nak jaga kebajikan menda kejadahnya!!! Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Penjelasan Isu Lynas : Bahan-bahan dihasilkan LYNAS

4. Apakah bahan-bahan yang dihasilkan Lynas :

i. Telefon bimbit bagi semua jenis ‘Smart Phone’ yang baru.




ii. Pemacu cakera atau Hard Disk.




iii. Catalyctic Converter untuk kenderaan Hybrid yang mesra alam.



iv. Paparan skrin rata atau ‘Flat Screen’ bagi televisyen dan monitor.



v. Ipod dan Pemain MP3.



vi. Bulp Lampu atau mentol jenis baru.



(Bersambung...)

Read more »

Thursday, July 28, 2011

Penjelasan Isu Lynas



1. Projek Lynas

Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) adalah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya adalah berkaitan dengan pengeluaran dan penjualan nadir bumi dan produk berkaitan dengannya.

Lynas bercadang untuk membawa masuk bijih nadir bumi dari lombong Mount Weld di Australia Barat melalui Perlabuhan Fremantle, menghantarnya ke Kuantan dengan kapal kontena dan seterusnya diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang.

Di Gebeng, kilang Lynas akan mengekstrak nadir bumi dari bijihnya untuk dieksport. Lynas menjelaskan bahawa sisa dari proses pengekstrakan tersebut akan diguna semula dan mengeluarkan produk-produk komersial yang lain atau disimpan di tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin.

2. Apa itu Nadir Bumi ?

Elemen nadir bumi secara relatifnya banyak didapati di permukaan kerak bumi tetapi sukar dikeluarkan dan diekstrak berbanding logam lain kerana sifat geokimia nadir bumi adalah jenis berserakan, menjadikan ia lebih mahal untuk diekstrak.

3. Adakah Nadir Bumi mengancam kesihatan dan keselamatan manusia?

Bijih yang ditemui dalam Nadir Bumi sering dikaitkan dengan mineral yang mengandungi unsure-unsur radioaktif seperti Uranium dan Thorium.

Dalam kehidupan seharian, manusia terdedah kepada radioaktif pada tahap yang sangat rendah. Thorium, misalnya, hadir secara semulajadi di dalam tanah, batuan, air permukaan (surface water) dan air bawah tanah, tanam-tanaman serta haiwan dalam ukuran dos yang sangat rendah. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tahap keradioaktifan sebegini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.

(Bersambung...)

Read more »

Wednesday, July 27, 2011

PEMIMPIN PAHANG TURUN KE JERANTUT

Gambar hiasan


Sudah menjadi satu trend kepada kepimpinan MB Pahang Dato' Seri DiRaja Dr. Adnan Bin Yaakob mengadakan mesyuarat EXCO Kerajaan negerinya di bandar-bandar lain selain dari Kuantan sebagai pusat pentadbiran dan Ibu Negeri.

Cara ini dirasakan akan memberikan peluang kepada beliau serta EXCO-ECXO Kerajaan Negeri untuk melihat segala permasalahan dan kehendak rakyat didaerah-daerah tertentu dengan lebih jelas lagi. Kita melihat ini adalah langkah yang sangat bertepatan dengan waktunya dari pemimpin kerajaan yang sangat prihatin terhadap masalah rakyat.

Justeru, pada hari ini EXCO Kerajaan Negeri Pahang dijadualkan mengadakan mesyuaratnya di Pejabat Daerah Jerantut pada pukul 10.00 pagi. Manakala MB Pahang berserta EXCO Kerajaan Negeri akan meluangkan masanya untuk menemui rakyat pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut.

Pada pukul 8.30 malam MB dan EXCO Kerajaan Negeri dijadualkan mengadakan perjumpaan serta makan malam bersama seluruh anggota komponen Barisan Nasional Parlimen Jerantut.

Berita lengkap selanjutnya akan dimuatkan secepat mungkin di blog Pahang-Ku. Teruslah mengikutinya.



Baca juga:

Read more »

Kerajaaan Negeri Pahang Prihatin Dengan Masyarakat Orang Asli


Kerajaan memperuntukkan hampir RM10 juta untuk membina jalan raya sepanjang 35 kilometer menghubungkan Pos Betau ke Pos Lenjang, Hulu Jelai dekat sini pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jalan raya itu bakal memberi manfaat kepada seramai 5,000 penduduk Orang Asli di Pos Lenjang dan Titom untuk ke pekan Sungai Koyan, Kuala Lipis dan Raub.

"Projek yang dijangka siap dalam tempoh setahun dapat memendekkan masa perjalanan antara empat hingga lima jam untuk mengangkut hasil kampung ke Sungai Koyan.

"Peruntukan ini diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri Perhimpunan 1Malaysia bersama masyarakat Orang Asli di Pos Betau pada 24 Julai tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas melakukan acara pecah tanah projek berkenaan di Pos Betau, Hulu Jelai baru-baru ini.

Menurut Wan Rosdy, projek itu akan memberi kemudahan kepada semua agensi kerajaan di daerah ini melaksanakan tugas ke kawasan penempatan Orang Asli di Lenjang dan Titom di samping memudahkan anak- anak mereka ke sekolah berdekatan penempatan masing-masing.

''Projek ini antara manifestasi kerajaan menjaga kebajikan penduduk Orang Asli di pedalaman di samping merancakkan sektor pertanian dan pelancongan," ujarnya.

Sebelum ini, katanya, penduduk menggunakan jalan tanah merah yang menimbulkan masalah terutama ketika musim hujan.

Dalam pada itu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri memberi jaminan projek tersebut tidak akan menjejaskan alam sekitar.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli Pos Lenjang, Alang a/l Manau, 45, berkata, projek tersebut memenuhi hasrat mereka yang sekian lama mengharapkan masalah perhubungan di pedalaman Hulu Jelai diselesaikan.

Read more »

Aksi 'Sarkis' Puak Ambiga


Wacana Kecoh, Penyokong Bersih Gagal Kawal Emosi

SHAH ALAM: Selepas kekecohan di ibu negara pada 9 Julai lalu, penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih gagal mengawal emosi termasuk sewaktu menghadiri diskusi ilmiah mengenai hala tuju gabungan berkenaan pada Selasa.

Selain mencetuskan suasana bising hingga menggangu kelancaran majlis, terdapat juga sebahagian penyokong kumpulan berkenan hampir bertindak kasar kepada salah seorang penonton apabila mengemukakan soalan yang tidak disenangi mereka.

Kekecohan yang berlarutan hampir sepuluh minit itu terpaksa diredakan oleh moderator wacana anjuran akhbar Sinar Harian tersebut, Wan Saiful Wan Jan dengan dibantu oleh petugas unit keselamatan penganjur.

Ketegangan berkenaan berlaku pada sesi soal jawab bersama penonton apabila seorang peguam, Kamaruddin Ahmad mengemukakan soalan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.

Beliau yang mahu mendapatkan penjelasan bekas Presiden Majlis Peguam itu sama ada Bersih mahu meneruskan beberapa siri perhimpunan haram lain yang menurutnya tidak mengikut undang-undang dan mencabul Perlembagaan Persekutuan akhirnya di 'boo' oleh majoriti penyokong Bersih yang hadir.

Bukan sahaja dikecam kerana mengemukakan soalan sedemikian, malah beberapa penonton yang hadir bangun dari tempat masing-masing dan menyerbu ke arah Kamaruddin.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku apabila unit keselamatan penganjur bertindak pantas meleraikan ketegangan.

Bukan itu sahaja, Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), turut beberapa kali menegur penonton yang hadir agar bertindak profesional serta menghormati majlis ilmu berkenaan.

Teguran berkenaan dibuat selepas penyokong Bersih secara kerap 'mengganggu' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengemukakan pandangan.

"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini...kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad ketika menjawab soalan turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.

Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.

"Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih...saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.

"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya. (Sumber : Mstar Online)

(Kata Waris Pahang :

Syabas SPR kerana berani berhadapan puak Ambiga yang menjadikan majlis ilmu sebagai sarkis. Sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar panel berhujah namun perkara sebaliknya berlaku apabila puak Ambiga suka berteriak 'boo'.

Perbuatan puak Ambiga mencemarkan majlis ilmu ini memaparkan sikap minda kelas ketiga mereka dan sikap ‘nak menang saja dan mereka betul semua’. Sepatutnya mereka berfikiran terbuka.

Majlis dialog ini adalah lebih baik daripada mengadakan perhimpunan haram baru-baru ini. Namun apa boleh buat kerana mereka lebih rela diperkudakan oleh Ambiga. Jangan sampai "Menang Sorak Kampung Tergadai").

Read more »

Tuesday, July 26, 2011

Jabatan Pelajaran Negeri Tubuh Kelab Ekuestrian


Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang melancarkan Kelab Ekuestrian bagi menggalakkan pegawai dan kakitangannya melibatkan diri dalam sukan itu.

Penubuhan kelab itu dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghaffar Mahmud yang mengadakan lawatan ke JPN Pahang, baru-baru ini.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Ahmad berkata, penubuhan kelab itu sebagai menyokong inisiatif sekolah di negeri ini yang menubuhkan pasukan berkuda masing-masing.

Setakat ini, menurutnya, terdapat lapan kelab ditubuhkan di Pahang dan menunjukkan peningkatan dan kejayaan di peringkat negeri ataupun kebangsaan.

''Biarpun hanya 15 ahli membabitkan kakitangan jabatan, kekurangan kuda tidak melemahkan semangat kita untuk terus bergiat aktif dalam sukan ini," katanya ketika ditemui selepas pelancaran kelab itu di Pusat Latihan Ekuestrian Sekolah-Sekolah Pahang di Tanjung Lumpur di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Abdul Ghafar dan Mazlan diberi penerangan oleh penyelaras pusat latihan itu, Paiza Md. Dom yang juga jurulatih dan Pengurus Pasukan Sukan Malaysia (Sukma) Pahang.

Kedua-duanya juga berkesempatan meninjau gelanggang dan menunggang kuda di pusat latihan yang ditubuhkan pada 2004 dan mempunyai tujuh ekor kuda selain lebih 80 ahli termasuk 16 atlet pelajar Maahad Tahfiz Pahang.

Mazlan berkata, penubuhan kelab itu menambahkan lagi dimensi baharu sukan tersebut di negeri ini, terutama membabitkan kakitangan perkhidmatan awamnya.

Sementara itu, Abdul Ghaffar berkata, pihaknya menyifatkan sukan berkuda mempunyai potensi dimajukan terutama selepas dasar 1Murid 1Sukan dilancarkan. Menurut beliau, pihaknya merancang untuk menyenaraikan sukan itu dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada masa akan datang.

Beliau bangga dengan komitmen dan usaha JPNP memajukan sukan itu di Pahang dengan menubuhkan kelab tersebut. Mazlan turut menghargai kerjasama dan sokongan Majlis Ekuin Malaysia (MEM) yang menyumbang kuda, makanan dan penjagaan haiwan itu kepada kelab tersebut.

Read more »

PAS Parti Menipu Umat Islam


Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.

"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu.

Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan. - Utusan Malaysia

PAS memang dah lama dikenali sebagai parti paling pembohong dalam sejarah Malaysia. Tengoklah semua janji PAS masa pilihanraya. Janji tinggal janji. Mereka kata salah Kerajaan BN. Tapi di negeri jajahan mereka sendiripun janji tak tertunai. Macam tu nak mentadbir Malaysia?

Read more »

Monday, July 25, 2011

Fuziah Bengang Dengan Chegubard?


Kedua-dua program dijadualkan bertembung pada masa yang sama di dua lokasi yang berbeza. Datuk A.Samad Said khabarnya akan hadiri ke program khas "Bicara Bersih" yang akan diadakan di Pejabat Perhubungan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Jalan Beserah. Sementara itu, Chegubard pula bakal berceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 12 Jalan Gambang.

Difahamkan program Bicara Bersih yang bakal dihadiri Datuk A.Samad Said malam ini turut melibatkan Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aishah Shaik Ismail. Turut bersama ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Keadilan Pahang), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Nizam Abd Hamid (Timb Pengerusi Keadilan Pahang) termasuk Man Kadir (Dramatis) dan wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta wakil Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP. - PahangDaily

Aikk kenapa Fuziah Salleh tak join sama Chegubard? Masih marah lagi ke dengan Azmin Ali hehehehe. Jangan marah lama lama. Nanti muka yang comot tu terus jadi macam makcik Zuraidah pulak karang hehehehe.

Dengar khaabar Fuziah ni dah memang nak keluar PKR. Kalau dah niat macam tu, baik keluar jelah. Tak payahlah tunggu orang tendang. Nanti sendiri yang malu.

Read more »

Ambiga Benci Askar Wataniah


Ambiga yang sememangnya bencikan Malaysia masih belum berpuas hati walaupun dia telah gagal dalam rusuhan kuning. Dan sekarang Ambiga mempertikaikan kewujudan Askar Wataniah yang wujud disetiap kawasan Parlimen.

Kenapa Ambiga begitu memusuhi Askar Wataniah? Ini semua kerana dia mahu terus mewujudkan keganasan di Malaysia. Rancangan dia dalam rusuhan kuning tidak berjaya. Dan sekarang dia terus menghasut orang ramai supaya mengganas tak tentu pasal.

Selain itu mungkin dia ada rancangan untuk berperang dengan Kerajaan Malaysia khususnya terhadap DYMM Yang diPertuan Agong ? Semua itu tidak mustahil kerana dia mempunyai hubungan erat dengan pihak asing khususnya daripada Amerika Syarikat,.

Read more »

80 kanak-kanak Tabika Kemas sertai khemah Pengakap Lebah


Seramai 80 kanak-kanak taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka menyertai aktiviti mini perkhemahan prapelancaran Pengakap Lebah di sini, baru-baru ini.

Kanak-kanak terbabit berumur antara lima dan enam tahun yang diiringi 13 guru menjalankan pelbagai aktiviti di Kem Tengku Mahkota Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Jengka, Ahmad Ismail berkata, Pengakap Lebah merupakan pendedahan awal kepada kanak-kanak tabika dan prasekolah terhadap pergerakan pengakap.

''Antara aktiviti yang dijalankan adalah memasang khemah bersama guru, menikmati alam semulajadi di kawasan Kem Tengku Mahkota Jengka dan makan tengah hari di kawasan perkhemahan.

''Pengakap Lebah merupakan usaha Pesuruhjaya Pengakap Jengka mengembangkan lagi keahlian pengakap di semua peringkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di tapak perkhemahan Kem Tengku Mahkota di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang juga Penyelia Kemas Jengka menjelaskan, pasukan Pengakap Lebah akan menjadi perintis kepada penubuhan Unit Pengakap Lebah di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Menurutnya, ia merupakan langkah pertama kanak-kanak tabika Kemas sebelum mereka menyertai Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda seterusnya Pengakap Remaja.

Beliau berkata, penubuhan unit Pengakap Lebah mendapat sokongan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang mahu PPM Jengka menjadi pelopor penubuhan Pengakap Lebah itu.

Read more »

Biometrik Menghantui Golongan Kuno


Pembangkang lebih suka dakwat kekal dari biometrik kononnya dakwat kekal mampu mengelak berlaku pengundi yang mengundi dua kali dan mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Namun kerajaan lebih bersetuju menggunakan sistem biometrik untuk Pilihan Raya nanti.

Mengapa pembangkang beriya-iya sangat mahu menggunakan dakwat, sedangkan penggunaan dakwat itu sebagai satu kaedah ketinggalan zaman?. Penggunaan dakwat dipercayai digunakan oleh beberapa buah negara bermula pada tahun 70 an dan 80 an. Sekarang adalah zaman IT sepatutnya kita memanfaatkan kemahiran teknologi dengan menggunakan sistem biometrik.

Apatah lagi SPR telah mengumumkan pembatalan dakwat pada kuku semasa pengundian pada PRU 12 yang lalu berikutan terdapat pihak tertentu dari Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara dan merancang untuk mencalitkannya pada kuku pengundi di luar bandar bagi menimbulkan syak wasangka mengenai status mereka.

Adalah tidak mustahil akan berlaku sabotaj oleh pihak tertentu dengan cara mencalitkan dahulu jari pengundi samada secara sedar atau tidak. Malahan mungkin juga masyarakat di luar bandar akan ditipu kononnya kalau mahu mengundi mesti kena celup dakwat dulu.

Pembangkang sepatutnya menyokong penggunaan sistem biometrik kerana kaedah ini dapat menyelesaikan isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang. Jika mereka tidak terima bermakna mereka memang berpemikiran kuno kerana sistem canggih ini telah digunakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

Mungkin juga mereka sebenarnya mahu memburukkan SPR sahaja kononnya tidak telus kerana gagal menangani isu pengundi hantu. Apa sahaja yang dilakukan oleh SPR mereka bantah, berkemungkinan disebalik itu mereka mahu meraih undi simpati daripada pengundi. Golongan muda sepatutnya menolak pembangkang kerana mereka menolak IT dan Teknologi.

Read more »

Sunday, July 24, 2011

Majlis Peguam Anti Kerajaan?


KUALA LUMPUR, 23 Julai – Majlis Peguam hari ini berkata pihaknya tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya siasatan diraja yang diumumkan kelmarin bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri.

Sementara majlis itu bersetuju dengan 10 penemuan penting lain yang disenaraikan oleh suruhanjaya itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Teoh telah membunuh diri.

“Penemuan sedemikian, pada pandangan kami, tidak disokong oleh fakta dan bukti,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, kata Lim, pakar psikiatri forensik iaitu Prof Paul Edward tidak mengatakan Teoh sebagai seorang yang mempunyai perwatakan lemah, sehingga menyebabkan dia mengambil nyawanya sendiri.

“Profesor Mullen tidak merumuskan Teoh Beng Hock telah membunuh diri, sebaliknya keterangan beliau mengatakan bahawa ‘dalam pandangannya, apa yang kami ketahui personaliti dan tingkah laku Teoh Beng Hock tidak mencadangkan sebarang peningkatan risiko membunuh diri’,” kata beliau.

Baca selanjutnya disini

Seperti yang dijangka terjadi, sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung kes Teoh Beng Hock. Dalam hal ini, sepatutnya Majlis Peguam menyalahkan DAP kerana merekalah yang mempolitikkan kematian Teoh yang membunuh diri. Malah mungkin Teoh menerima ugutan daripada DAP sehingga dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Tak percaya bahawa DAP adalah "tangan ghaib" disebalik kes kematian Teoh? Korang boleh klik sini.

Read more »

Saturday, July 23, 2011

FUZIAH SALLEH ATAU AZAN ISMAIL BAKAL KELUAR PKR?


Pemerhati politik Negeri Pahang melihat PKR Pahang seperti retak menanti belah. Ahli-ahlinya sudah muak dengan permainan Azmin Ali yang mencatur tampuk kuasa politik PKR. Kumpulan Datuk Zaid Ibrahim menantikan perubahan dalam PKR namun tidak juga selesai menyebabkan mereka berkemungkinan bakal keluar PKR beramai-ramai.

Adalah tidak mustahil pemimpin PKR yang dimaksudkan mahu keluar parti adalah Fuziah Salleh kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali. (Sila rujuk : pahangdaily)

Keputusan Azmin Ali yang mengambil alih jawatan Pengarah Pilihanraya parti daripada Fuziah Salleh dilihat merupakan factor utama PKR bakal dipukul tsunami. Adalah lebih baik Fuziah Salleh keluar PKR kerana beliau telah ‘ditendang’ dari memegang jawatan penting dalam PKR.


Tidak mustahil juga pemimpin PKR yang bakal keluar PKR ialah Azan Ismail yang pernah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR. Tindakan Azan Ismail ini mungkin disambut gembira oleh musuhnya dan seolah-olah memberi petunjuk bahawa Azan Ismail bakal berundur dari menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Adalah lebih baik Azan Ismail keluar PKR kerana beliau juga seolah-olah telah dipermainkan oleh orang-orang tertentu. Berkemungkinan orang-orang yang menyokong Azmin Ali sahaja yang akan diletakkan sebagai calon.

Read more »

Puak PAS Dan PKR Diarah Menjadi Anjing?


Kata seorang pemimpin DAP seperti dilaporkan dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina…. Kalau mereka letak anjing sebagai calonnya pada pilihanraya umum akan datang, mereka tetap boleh menang. Begitulah angkuh, sombong dan biadapnya DAP.

Nampaknya mereka betul-betul yakin dengan kemampuan mereka. Setelah berpuluh tahun selepas menayangkan simbol penyapu pada satu perarakan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada tahun 1969, kenyataan letak calon anjing pun boleh menang adalah kenyataan berani yang cukup biadap dinyatakan DAP.

Mengapa mereka begitu berani, angkuh dan biadap mengeluarkan kenyataan itu?

Jawapannya mudah… mereka yakin jika mereka letakkan anjing sebagai calon mereka, anjing itu akan menang kerana ada anjing-anjing peliharaan mereka yang akan membantu kemenangan anjing tersebut.

Ini kerana DAP yang diketahui sebuah parti yang cukup rasis cukup percaya mereka kini mendapat sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus dari pengundi Cina. Apa yang perlu diusahakan adalah menarik sokongan pengundi bukan Cina khususnya orang Melayu pada pilihanraya umum akan datang.

Tugas DAP untuk memecah belahkan undi orang Melayu ini sekarang cukup mudah untuk dilakukan kerana DAP mempunyai keldai-keldai yang sanggup bermati-matian untuk menurut perintah mereka.

Sudah pasti tugas ini akan diserahkan ke bahu dan batu jemala PKR dan Pas.

Jadi kenyataan DAP bahawa mereka pasti menang dengan hanya meletakkan anjing sebagai calon pada pilihanraya umum akan datang adalah cukup berasas.

Baca selanjutnya disini

Sudah terang lagi bersuluh, DAP hanya mengangap PAS dan PKR adalah hamba suruhan malah lebih teruk mereka dianggap sebagai anjing. Itupun mereka masih tak sedar. Masih menganggap DAP adalah sahabat dunia akhirat. Dr Hassan Ali dibuang semata mata menentang Ronnie Liu. Ostad Azizan juga dipijak sehingga Hj Hadi terpaksa mengeluarkan statement bahawa PAS menyokong tindakan DAP di Kedah.

Tetapi sayang masih ramai puak PKR dan PAS yang tidak sedar bahawa mereka dipergunakan sebagai alat permainan semata mata, Mata dan hati mereka sudah buta daripada melihat kebenaran. Mereka sudah tidak membezakan kebenaran dan kebatilan.

Read more »

RELA HENTAM UMNO DARI TERIMA KHIFARAH ALLAH!!!


Inikah sifat sebenar seorang yang mendabik dada dan menobatkan dirinya pejuang Islam? Dia mengaku bahawa dia lebih rela menabur fitnah dari menerima khifarah Allah.

Semua orang tahu, terutamanya umat Islam bahawa setiap musibah yang menimpa juga merupakan khifarah dari Allah S.W.T untuk membersihkan dosa - dosa kecil yang dilakukan.

Tapi jangan terkejut jika seorang pejuang Islam sendiri tidak sanggup menerima kenyataan tersebut sedangkan itulah hakikat sebenarnya. 

Dan perkara ini diakui sendiri oleh Si Mat Sabun ni apabila dia dikaitkan dengan isu dilanggar Land Rover Polis.

Kata Si Mat Sabun ni, dia lebih rela menabur fitnah dan mencaci cerca UMNO daripada masuk hospital serta duduk sahaja.

Dia tetap menolak dakwaan yang dibuat oleh pihak Polis bahawa dia menipu sebelum ini dengan mengatakan dia di 'Rempuh' oleh Land Rover Polis.

Sebaliknya, Si Mat Sabun ni tetap dengan pendapat bahawa dia dilanggar oleh kereta Polis. Bukan oleh Land Rover seperti yang didakwa oleh pihak PDRM.

Padahal yang buat dakwaan tersebut bukan setakat PDRM sahaja. Malah laman portal Malaysiakini juga turut membuat laporan yang sama.

Tapi, apa yang nak kita herankan jika kenyataan seperti itu datangnya dari mulut seorang yang memang suka memutar belitkan semua kata - katanya sendiri.

Bukan baru hari ni Si Mat Sabun ni menipu rakyat Malaysia sebenarnya. Dari dulu lagi dia memang seorang kaki penipu.

Tengok je la macam mana dia buat dakwaan liwat terhadap Anugay tu pada tahun 1997. Habis satu Malaysia dia tabur fitnah tersebut.

Malah dia juga yang bertanggungjawab memberikan gelaran Al - Juburi kepada Si Anugay pada ketika itu. Sampai hari ini, dia masih GAGAL menjelaskan kenapa dia buat fitnah tu.

Jadi, untuk apa lagi kita nak heran dengan sifat Si Mat Sabun yang kuat menipu ni? Kalau dah kaki penipu, penipu la jugak!!!

Read more »

PAS Hanya Mampu Tawar Tanah Kubur


Rakyat Pahang diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji Pas kononnya akan meluluskan tanah jika parti itu berkuasa di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, parti pembangkang itu dikatakan sedang mengedar borang permohonan tanah kepada orang ramai bagi tujuan tersebut.

Tegas beliau, semua janji tersebut adalah bohong dan ia terbukti kerana pembangkang tidak memberikan tanah seperti yang dijanjikan sebelum ini kepada rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka ketika ini.

Kata beliau, sebaliknya apa yang berlaku di Kelantan menjadi contoh bagaimana tanah diterokai oleh rakyat diambil semula oleh kerajaan negeri seperti yang berlaku kepada masyarakat Orang Asli di Gua Musang.

"Sementara di Pulau Pinang pula, banyak gerai makanan yang dibina di atas tanah rizab kerajaan negeri dirobohkan, mereka langsung tidak menggunakan budi bicara atau bertolak ansur untuk membantu peniaga gerai makanan tersebut," katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 1,000 kakitangan awam, pemimpin tempatan dan penduduk daerah ini di Dewan Jubli Perak di sini, kelmarin.

Beliau diminta mengulas mengenai taktik Pas Bahagian Raub yang dikatakan mengedar borang tanah kepada penduduk di Batu 12, Ladang Cheroh, Raub, baru-baru ini.

Menurut Adnan, dakwaan Pas akan turut mengagihkan tanah Felda Plantation kepada generasi baru Felda juga tidak munasabah kerana tanah tersebut merupakan sumber pendapatan Felda.

"Jika Felda Plantatiom ditutup, tiada sumber pendapatan seperti mana dinikmati hari ini dan syarikat itu merupakan sumber kewangan terbesar kepada Felda kerana hasil yang didapati itu membolehkan agensi tersebut memberikan pelbagai bantuan kepada peneroka," jelasnya.

Beliau menyifatkan janji parti itu sama seperti cerita di zaman Perang Dunia Kedua semasa penjajahan Jepun dahulu, kononnya jika rakyat sokong Jepun, mereka akan menerima makanan dan pakaian percuma.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana pada zaman Jepun, rakyat hidup menderita dan menghadapi kesusahan termasuk terpaksa makan ubi kayu serta menanggung pelbagai azab sengsara. - Utusan Malaysia

Janji PAS mana boleh pakai. Janji PAS ni macam janji syaitan. Hanya menjanjikan yang indah indah. Tetapi langsung tak boleh pakai. PAS janji nak bagi tanah? Silap silap tanah kuburpun nanti dorang rembat hehehehe

Read more »

Mat Sabu Kantoi Menipu


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. “Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ini pulak kenyataan yang dia keluarkan kononnya dia dilanggar land rover

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.
Hahahahaha Mat Sabu dah berguling guling kemaluan. Mula mula cakap Land Rover langgar. Lepas tu cakap Waja pulak. Lepas ni nak cakap basikal pulak ke yang langgar? Mana nak letak muka woooooo hahahaha. Dengar khabar dah ada puak PAS yang terang terang protes Mat Sabu hahahaha.

Read more »

Thursday, July 21, 2011

Lynas : Fuziah Lalak Tewas Tersembam



Selepas terbongkar pembohongan Fuziah tentang Lynas, penduduk Kuantan tertanya-tanya ke mana menghilangnya wakil rakyat Ahli Parlimen mereka. Mungkin Fuziah sedang menyorok kerana takut berdepan dengan pengundinya.

Fuziah yang menang atas tiket PKR dijangka akan kalah teruk dalam PRU 13 seperti kalahnya beliau dalam isu Lynas. Sudah semestinya penduduk Kuantan tidak dapat memaafkan beliau kerana pembohongan yang dilakukannya kononnya kilang Lynas mempunyai loji seperti Fukushima Jepun.

Fuziah menang Parlimen Kuantan dalam PRU 12 sebenarnya bukan kerana PKR kuat, sebaliknya ada pengundi terpengaruh dengan janji manis yang tertera pada sekeping kertas (gambar di atas). Tetapi malang, janji pilihan raya dahulu masih banyak belum ditunaikan.

Mahukah penduduk Kuantan dibohongi lagi oleh Ahli Parlimen Kuantan yang hanya pandai berjanji manis sahaja. Janganlah kita memilih orang yang tidak tentu pasal. Beliau hanya mahu memecah belahkan perpaduan yang selama ini kita bina di bawah payung Barisan Nasional.

Orang Kuantan sedih lihat Fuziah melalak tak tentu pasal tentang Lynas. Mereka mengundi Fuziah bukan mahu tengok Fuziah melalak-lalak. Sekiranya Fuziah mahu melalak juga maka tunggulah PRU 13 nanti, pengundi Kuantan akan bagi jawapannya yang menyebabkan Fuziah menangis melalak-lalak (kalah PRU lah).

Read more »

Boleh Atau Tidak Kafir Menggunakan Ayat Quran Dan Hadis?

Al-Quraan juga dipersendakan oleh orang khafir


Apakah didalam Islam dibolehkan untuk orang kafir membaca Quran atau membaca hadis Nabi saw? Banyak ulamak-ulamak terdahulu termasuklah dikalangan ulamak Mahzab Syafie sendiri bersetuju bahawa orang kafir tidak ditegah untuk membaca Quran diatas alasan, mereka itu tak tahu akan kehormatan kitab Allah tersebut.

Seorang bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar juga mengatakan bahawa , golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat itu tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk.

Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat, Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.

Tetapi jangan pula kita salah faham dan salah tafsir. Semua perbuatan yang dibenarkan oleh para cendikiawan Islam dan para ulamak terdahulu itu tadi hanyalah tertakluk kepada orang kafir yang berminat dengan agama Islam dan berniat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Jika hanya mahu membaca sekadar untuk mencari modal politik atau mendapatkan kepentingan dari perbuatan tersebut, ianya tetap salah dan tak dibenarkan.

Ini bermakna, pemimpin-pemimpin politik kafir didalam negara ini tak seharusnya menggunakan ayat Quran ataupun hadis didalam hujah mereka kerana sudah jelas tujuan mereka hanya mahu mendapatkan kepentingan dari ayat serta hadis tersebut. Selain itu, mereka menghafal ayat kitab dan hadis bukanlah kerana mereka benar-benar mahu mendalami islam, tetapi mereka hanya mahu mempergunakan agama Islam sahaja.

Bukankah semua ini menunjukkan penghinaan mereka terhadap agama Islam? Apabila agama Islam secara terang dipergunakan oleh orang kafir didalam menjuarai hujah politik mereka, adakah kita boleh kategorikan itu sebagai satu kejayaan umat Islam berdakwah kepada orang bukan Islam? Sejak bila pula penghinaan terhadap agama ditafsirkan sebagai penghormatan bagi kerja-kerja dakwah? Ini adalah satu pengertian yang amat salah!

Kita harus menyedari bahawa prinsip Islam itu sangat jelas didalam menangani penghinaan terhadap agama. Sebenarnya, tiada tolak ansur langsung ke atas setiap usaha yang dilihat menjadi penghinaan kepada Quran dan Sunnah baginda Rasul. Umat Islam dituntut supaya mempertahankan kemuliaan agamanya daripada dirosakkan oleh para kafir laknatullah.

Umat Islam keseluruhannya diwajibkan untuk mempertahankan kesucian ayat kitab dan hadis daripada dihina. Tak kiralah penghinaan itu datangnya dari umat Islam sendiri apatah lagi dari pihak kafir. Jadi apakah kita semua sanggup bertoleransi apabila ada pihak yang mempunyai kepentingan didalam politik mempersendakan agama dan juga membenarkan kafir menghina Islam?

Umat Islam dipertanggung jawabkan untuk memperkenalkan Islam kepada orang kafir, bukannya membenarkan mereka menjadikan Islam itu sebagai modal politik mereka. Jika ada parti politik yang katanya mahu berdakwah kepada orang-orang kafir didalam satu parti lain, Al Quran dan Sunnah perlu diperjelaskan dan diterangkan sehabis baik. Bukannya sekadar membiarkan kafir-kafir itu menafsirkan agama Islam dengan pengetahuan mereka sendiri sahaja.

Inilah yang sebenarnya gagal di dilakukan oleh pihak-pihak yang kononnya mahu berdakwah didalam negara. Islam menjadi bahan mainan golongan kafir akibat dari kegagalan mereka yang berjubah dan berserban ini menunaikan tanggung jawab dakwah yang sebenar. - MYKMU

Read more »

Wednesday, July 20, 2011

Blogger diarah bayar RM300K kerana menfitnah

Foto ihsan Berita Harian Online



KUALA LUMPUR: “Ini dakwaan paling kotor dibuat terhadap seorang individu lebih-lebih lagi seorang menteri,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof sebelum memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnahnya. 

Zabariah berkata, dakwaan Rais merogol pembantu rumahnya warga Indonesia dalam artikel itu adalah satu kesalahan jenayah dan bukan perkara yang sihat dari segi hubungan diplomatik kerana ia boleh membangkitkan kemarahan negara jiran ketika kes penderaan terhadap pembantu rumah dari negara terbabit meningkat. 


Demikian lapor akhbar Berita Harian (Klik). Justeru itu blogger semua disarankan agar tidak terlalu berani dalam memainkan isu terutama yang belum tentu kesahihannya. Kebelakangan ini kita dapati banyak blog-blog pembangkang yang terlalu berani memutarbelitkan (spin) maklumat sehingga ianya memberikan kerosakan yang besar terhadap orang-orang tertentu. Blog juga sebagaimana facebook, sering menjadi alat golongan pembangkang untuk menyebarkan fitnahnya terhadap kerajaan serta para pemimpin kerajaan, ini tidak terkecuali kepada Perdana Menteri kita sendiri serta isterinya yang sering jadi kecaman mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang berkenaan supaya perkara demikian tidak akan menjadi ikutan kepada orang lain.

Read more »

PTD Maran Menang Anugerah Emas MPC


Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Maran berjaya meraih anugerah Emas sempena Konvensyen Inovasi dan Kreatif Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Timur yang diadakan di Terengganu, baru-baru ini.

Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh berkata, PTD Maran merupakan satu-satunya jabatan di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang menyertai konvensyen tersebut.

Menurutnya, Kumpulan SMART yang mewakili PTD Maran mempersembahkan projek yang bertajuk Kelewatan Pengeluaran Suratan Hak Milik Sementara Individu Selepas Menerima Notis 5A.

'' Projek itu dimulakan pada Februari tahun lalu dan dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan ketika melakukan lawatan kerja ke pejabat tersebut pada awal tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang mengeluarkan arahan Pentadbiran Tanah Negeri yang menyeragamkan proses kerja berkaitan bagi semua Pejabat Tanah di negeri ini.

Katanya, selain itu, pada 23 Mac lalu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada PTD Maran atas pencapaian sama dalam menyeragamkan proses kerja berkenaan.

Katanya, penyertaan itu sebagai menyahut cabaran kepimpinan negara supaya jabatan kerajaan mempertingkatkan prestasi dan penyampaian perkhidmatan dengan lebih sistematik kepada pelanggan.

Read more »

Pelajar Australia Pelajari Budaya Melayu


Seramai 25 pelajar dari Colac Secondary College Australia berpeluang mempelajari adat dan budaya Melayu di tujuh sekolah di daerah ini dan Pekan.

Menurut Pegawai Meja Program Pengantarabangsaan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Faridah Abd. Rahman, program pertukaran pelajar selama dua minggu yang bermula sejak 2 Julai lalu mendedahkan mereka dengan budaya Melayu.

"Pelbagai pendedahan diberikan kepada mereka seperti belajar bahasa Melayu dan budaya masyarakat Melayu seperti cara makan serta berpakaian.

"Mereka juga belajar bangun awal pagi kerana mengikuti kelas di sekolah seawal 7.30 pagi di setiap sekolah yang disertainya," katanya kepada pemberita selepas Program Pengantarabangsaan Sekolah Pahang-Australia di sini kelmarin.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, SMK Sultan Abu Bakar, SMK Alor Akar, SMK Perempuan Methodist, SMK Saint Thomas, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah.

Katanya, mereka juga mengikuti pelbagai program amal seperti melawat rumah Kanak-Kanak Rapha di Air Putih dan Sekolah Pendidikan Khas di Indera Mahkota, di sini.

Selain itu, katanya, kehadiran kumpulan pelajar itu bagi mendedahkan pelajar tempatan di sekolah terbabit berkenaan penggunaan bahasa Inggeris dengan berkesan.

Read more »

Tuesday, July 19, 2011

PAS Tersungkur Dipintu Syorga


Azizan Razak telah benar-benar memalukan PAS secara keseluruhannya. Mana taknya, hendak membuat undang-undang yang berkaitan dengan agama sendiri pun terpaksa tunggu pihak kafir untuk mengesahkannya. Kalau puak-puak kafir tersebut bersetuju, maka sukalah Azizan dan PAS.. Tapi kalau cadangan ditolak.., maka bermuram durja lah puak-puak yang mengaku paling beriman tu semua.

Apakah yang sebenarnya mahu Azizan buktikan dengan tingkah laku flip flopnya didalam isu larangan pusat hiburan beroperasi semasa bulan Ramadhan di Kedah? Adakah dia sengaja mahu membuktikan yang DAP memang sangat berkuasa didalam Pakatan, ataupun Azizan mahu tunjukkan tauladan kepada jemaah PAS bahawa itulah caranya untuk wala’ kepada kafir DAP?

Di Kedah.., DAP hanya mempunyai SATU wakil sahaja. Tetapi satu wakil kafir inipun sudah amat ditakuti oleh Azizan hinggakan sanggup menarik balik larangan ke atas premis hiburan yang mahu dijalankan pada bulan Ramadhan nanti. Lihat sendiri betapa kecilnya telur Azizan mengecut apabila berhadapan dengan kepimpinan DAP.

PAS hanya berani sembang besar kalau berhadapan dengan UMNO saja. Bila berhadapan dengan Kit Siang dan Karpal Singh, PAS akan bertukar rupa menjadi pondan dan bapuk seperti yang banyak berkeliaran di sekitar Stadium Darulaman. PAS sanggup diliwat atas nama Pakatan. Dan PAS begitu mudah di tunjal dahi oleh kafir harbi DAP hanya kerana tamakkan kuasa pemerintahan.

Sekarang ini sudah terbukti, hanya DAP yang mampu takut-takutkan PAS. Gabungan Pakatan telah dijadikan alat untuk DAP mengawal semua tindak tanduk PAS. Bayangkanlah.., hanya dengan mengugut untuk keluar dari Pakatan, DAP sudah berjaya membuatkan PAS londeh segala jubah dan buang semua serban mereka.

DAP tahu, hubungan kerjasama politik didalam Pakatan adalah senjata utama mereka bagi mengugut PAS. Sekiranya PAS memandai-mandai berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak DAP, senjata kerjasama politik Pakatan inilah yang akan dikeluarkan. Seperti biasa, PAS yang amat gilakan kuasa itu pasti akan segera akur dengan kehendak DAP.

Buktinya ialah apa yang terjadi kepada PAS Kedah. Lihat sendiri bagaimana Azizan Razak menggelupur minta nyawa pada DAP sejurus sahaja Tony Pua mengugut mahu DAP keluar dari Pakatan rakyat. Tak cukup dengan Azizan, Hadi Awang serta wakil PAS Kedah pula terpaksa buat U-Turn untuk memujuk Kit Siang dan Karpal Singh.

Bayangkanlah jika ini situasinya kalau Pakatan memerintah Malaysia suatu hari nanti. Apakah tak mustahil DAP sewenang-wenangnya mengugut untuk menarik balik kerjasama mereka dengan Pakatan kalau kehendak mereka tak dipenuhi? Dan mungkin akan wujud Singapura kedua jika DAP merajuk membawa keluar P.Pinang dari Malaysia hanya kerana tak setuju dengan kerajaan Pakatan!

Itu semua bukannya mustahil. Kalau DAP yang langsung tak berkuasa di Kedah pun dah boleh mengatur keputusan Menteri Besar PAS, apalah yang nak dihairankan sangat jika DAP juga mampu mengatur segala tindakan melayu-melayU didalam Pakatan? Inilah perangai kiasu politik DAP sejak dari dulu lagi.

PAS pula akan selamanya jadi tunggangan DAP dek penangan mandrem kerjasama politik Pakatan. Sebab itulah mereka bersorak apabila kafir DAP mempermainkan ayat-ayat Al Quran serta hadis. Sebab itu juga mereka mensucikan hadas wanita kafir untuk bertazkirah di mimbar masjid.

Semuanya hanya kerana sebuah gabungan sumbang mahram yang dilabelkan sebagai kerjasama politik didalam Pakatan. Demi kuasa dan kedudukan, serta dendam kesumat terhadap sesama Islam.., para ustaz-ustaz PAS sanggup membiarkan diri serta keimanan mereka hancur di kaki kafir.. Memang sungguh memalukan!! - MYKMU

Read more »

Kaji Jual Saham GLC

KERAJAAN perlu mengkaji semasak-masaknya sebelum melupuskan 23 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai tahun ini dan tahun depan. Bilangan ini adalah sebahagian daripada 33 GLC yang dikenal pasti oleh kerajaan bagi rasionalisasi GLC.

Pelupusan GLC seharusnya mengambil kira kriteria pegangan bumiputera dalam sektor ekonomi. Melupuskan pegangan GLC merupakan satu tindakan yang boleh mengurangkan pegangan kaum bumiputera dalam ekonomi.

Ini kerana kaum bumiputera yang merupakan pemegang saham utama GLC sama ada menerusi individu mahupun melalui institusi-institusi pelaburan seperti Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Merasionalisasikan GLC boleh menambahkan kecairan di pasaran modal, namun tindakan ini hanya memberi kesan jangka pendek berbanding jangka panjang.

Hujahnya, ketidaktentuan ekonomi dunia yang masih lagi tidak boleh dipandang sepi. Malahan, krisis ekonomi yang berlaku pada 2007 masih berlanjutan.

Tidak mustahil juga, krisis ekonomi terbaru akan melanda ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali akan menerima tempiasnya.

Satu lagi perkara yang cukup penting, pegangan kerajaan ke atas saham-saham GLC yang terlibat dengan perniagaan strategik seperti tenaga, perbankan dan telekomunikasi seharusnya dikekalkan.

Ini kerana, perniagaan-perniagaan ini merupakan perniagaan teras ekonomi Malaysia dan ia juga melibatkan keselamatan negara.

Namun, jika kerajaan masih memikirkan pelupusan GLC boleh memberi manfaat kepada keseluruhan ekonomi Malaysia, penulis ingin mencadangkan agar tidak kesemua 23 GLC dijual.

Jumlah 23 GLC yang ingin dijual merupakan satu jumlah yang cukup besar. Lihatlah kesannya terlebih dahulu kepada ekonomi negara. Dikhuatiri nanti penjualan GLC secara besar-besaran tidak memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Tidak kurang juga, wang yang diperolehi hasil daripada penjualan pegangan GLC sewajarnya digunakan untuk membeli syarikat-syarikat berkualiti di Malaysia.

Satu perkara yang menarik mengenai syarikat-syarikat di Malaysia adalah kebanyakannya dikategorikan sebagai milik keluarga. Penulis berpendapat, syarikat senaraian awam yang dimiliki keluarga dibuka seluas-luasnya kepada kaum bumiputera dengan mengehadkan pegangan ahli keluarga.

Ini seterusnya membeli ruang kepada kaum bumiputera memasuki perniagaan yang dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu.

Selain itu, penulis mencadangkan agar kerajaan menyediakan satu dasar ekonomi bumiputera dalam tempoh 10 tahun mendatang dan dasar ini mestilah mengambil kira aspek kemapanan.

Begitu juga, dasar ini mestilah jelas, terperinci dan telus serta melibatkan keseluruhan kaum bumiputera di Malaysia. Dasar ini merangkumi agenda-agenda ekonomi berteraskan kekuatan kaum bumiputera.

Umpamanya, segala bantuan diberikan kepada keseluruhan rantaian nilai ekonomi bumiputera terutamanya melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Dengan cara ini, tidaklah hanya segelintir golongan bumiputera yang mengecapi kenikmatan bantuan daripada kerajaan.

Sebab itulah ada kebenarannya bagi golongan yang berpendapat Program Keusahawanan Bumiputera yang bakal diumumkan penubuhannya pada 21 Julai ini dikhuatiri boleh mencetuskan monopoli dan tidak telus.

Justifikasinya ia tidak diuar-uarkan kepada semua golongan yang terlibat. Siapakah yang terpilih umpama satu rahsia besar. Adakah sudah ada perbincangan secara terbuka dengan pihak-pihak berkenaan terutama dengan persatuan-persatuan peniaga bumiputera?

Janganlah nanti pada kemudian hari, kerajaan dipersalahkan kerana ia melibatkan golongan tertentu yang terpilih kerana mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang tertentu. Dengan kata lain, mereka yang terpilih mestilah yang benar-benar layak dan tidak boleh dinafikan kelayakannya.

Di sini pertimbangan ekonomi bumiputera melebihi pertimbangan perkara-perkara lain. Ambil kira juga kesilapan-kesilapan yang terdahulu seperti banyak projek bumiputera dialibabakan kepada kaum lain.

Perlu diingat, kajian mendalam mengenai ekonomi bumiputera tidak langsung mendatangkan manfaat jika cara pelaksanaan masih boleh memberi ruang untuk dimanipulasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Natijahnya sampai bila-bila pun ekonomi Bumiputera tidak mampu duduk sebaris dengan ekonomi kaum bukan bumiputera.

Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah hak eksklusif sewajarnya disebarkan untuk keseluruhan eko-sistem ekonomi bumiputera.

Hindarilah campur tangan tangan-tangan ajaib yang sebenarnya kita semua maklum, kesan jangka panjang boleh memudaratkan ekonomi bumiputera. Inilah yang dikatakan sebagai ketelusan dan keadilan yang saksama.

Bantulah syarikat-syarikat bumiputera dan individu-individu yang berpotensi tinggi. Pengukurannya mestilah jelas mengikut hala taju dasar ekonomi bumiputera. Justeru, bukalah pintu seluas-luasnya kepada keseluruhan eko-sistem ekonomi bumiputera agar komuniti bumiputera mendapat manfaatnya secara holistik.

Dengan cara ini, komuniti bumiputera tidak perlu lagi khuatir meskipun kerajaan bercadang untuk menjual saham GLC kepada kaum lain.

Sumber: Utusan Malaysia

Read more »

BERSIH TERIMA DANA ASING???


Semalam, Semut buat posting mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ni terima Dana Asing. Tapi ada komen kata kita tak tahu cerita mengenainya.

Tak semestinya kalau kita tulis, kita tak tahu cerita sebenar. Nah, disini kita kongsikan lagi bukti dan fakta mengenai isu tersebut.
“Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat.
Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH. 
“Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat.
Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
“Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.
Hah! Amacam? Sapa boleh jawab mengenai isu ni? Yang peliknya, kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak mampu nak jelaskan mengenai perkara ini.

Kenapa diorang tak nak jelaskannya? Kenapa diorang senyap je mengenai isu ni? Adakah diorang nak rakyat terus dibutakan dari kebenaran?

Nak Pilihan Raya Bersih dan Adil konon. Ingat rakyat tak tau ke yang itu semua wayang diorang? Diorang kenyang dapat duit asing, yang berhimpun tu dapat apa?

Sudah - sudah la menipu rakyat dengan cerita - cerita yang bukan - bukan. Jelaskan dulu mengenai perkara ni, baru boleh diorang nak cerita pasal bab lain. Jangan la asyik nak menipu rakyat je kerjanya!!!

Ps: Pendedahan seterusnya, sila klik disini.

Read more »

share2


Ruang Iklan Untuk Disewa