Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 29, 2011

Orientalis Putar Belit Fakta

Musuh-musuh Islam terutama di kalangan orientalis Barat telah memasukkan jarum mereka dalam penulisan buku-buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW. Ia agar seluruh masyarakat dunia terutamanya umat Islam terkeliru dengan fakta sebenar mengenai perjalanan Israk dan Mikraj. Sedangkan mereka tidak pernah melakukan kajian secara empirikal.

Hal ini dijelaskan oleh Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor.

Katanya, gerakan orientalis Barat yang kononnya berpaksikan pelbagai sumber ilmu secara akademik cuba memberitahu dunia bahawa umat Islam tidak ada hak ke atas Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa itu dengan menafikan berlakunya Israk dan Mikraj.

Sebelum ini, mereka telah mencari pelbagai sudut bagi menafikan berlakunya kejadian yang wajib dipercayai dan diyakini benar itu. Ia termasuk tampil dengan pendapat bahawa Israk dan Mikraj hanya berlaku dalam mimpi baginda. Iaitu hanya roh baginda sahaja yang mengembara dan bukannya dengan jasad sekali.

Mereka juga kata Mohd. Roslan, cuba menimbulkan keraguan dengan mengatakan bahawa Masjid Aqsa itu sebenarnya tidak wujud di zaman Nabi Muhammad dan sewaktu 'perjalanan malam' itu berlaku.

Pendapat itu dinyatakan oleh seorang orientalis Barat yang mengaku dirinya banyak melakukan penyelidikan kehidupan kaum Yahudi di zaman pertengahan Islam iaitu Shelomo Dov Goitein (3 April 1900 - 6 Febuari 1985, berbangsa Yahudi Jerman).

"Menurut Goiten jika masjid itu sendiri tidak wujud bagaimana boleh berlaku peristiwa yang sangat bersejarah itu. Di samping itu, dia juga memberikan alasan perkataan Masjid Aqsa itu diterjemah oleh pentafsir pertama, iaitu Mutatis @ Mutatis Ibnu Sulaiman yang disifatkan sebagai terlalu lewat. Iaitu hanya selepas 150 tahun kewafatan Nabi Muhammad," kat Mohd. Roslan.

Dengan alasan tersebut di samping makna al-Aqsa itu sendiri bermaksud sangat jauh, orientalis Barat mendakwa masjid paling jauh yang pernah wujud di zaman Rasulullah adalah Masjid Nabawi dan bukannya Masjid Aqsa.

Kata Mohd. Roslan, mereka turut mempersoalkan perkataan Jurusalem sebagai tidak pernah disebut oleh Allah dalam al-Quran. Sekali gus ia dijadikan alasan Nabi Muhammad sebenarnya tidak pernah sampai ke Palestin.

Alasan kedua pihak orientalis Barat menafikan Masjid Aqsa sebagai destinasi utama sebelum baginda dimikrajkan sehingga naik ke Siddratul Muntaha menemui Allah SWT adalah tidak ada sebarang binaan masjid berbentuk fizikal wujud di tapak yang didakwa oleh umat Islam sebagai tapak Masjid Aqsa itu sendiri.

Yang ada hanya binaan oleh Khalifah Abdul Malik Marwan (tahun 646 M-705M) iaitu Khalifah kelima dalam Kerajaan Bani Umayyah dan binaan tersebut itu adalah Dome Of The Rock atau Kubah Batu (Kubbatul Syakhrah). Ia bukannya Masjid Aqsa.

"Lalu dengan alasan ini orientalis minta kita percaya bahawa Israk Mikraj hanyalah ciptaan dan rekaan semata-mata. Ia juga menunjukkan Islam tidak berhak terhadap Palestin kerana umat Islam tidak mempunyai hak dan asas yang kukuh sama ada dalam aspek agama, dalil dan hujah, sejarah dan sebagainya.

"Yang paling berhak ke atas Palestin terutamanya Baitul Maqdis adalah bangsa Yahudi dengan alasan kawasan suci itu pernah diperintah oleh Raja-raja Yahudi yang terkenal iaitu King Soloman (Nabi Sulaiman) dan King David (Nabi Daud)," katanya.

Walaupun tiada sebarang bentuk binaan berbentuk masjid seperti yang didakwa oleh orientalis itu, namun kata Mohd. Roslan, uniknya Masjid Aqsa adalah mengikut apa yang diasaskan oleh Islam mengenai makna masjid itu sendiri.

Ia tidak semestinya memerlukan sebarang struktur binaan seperti berbumbung dan berdinding. Tetapi cukup memenuhi tiga syarat utama iaitu lokasi atau kedudukan kawasan masjid, sempadan masjid dan arah kiblat masjid yang mengadap Kaabah di Masjidil Haram.

Yang dimaksudkan sebagai Masjid Aqsa itu sendiri tegas Mohd Roslan adalah seluruh kawasan suci Al-Haram Asy Syarif yang meliputi kawasan seluas 144 meter persegi. Masjid Aqsa didirikan sebagai Masjid Jamek bagi membolehkan umat Islam mendirikan solat Jumaat.

Al-Haram asy-Syarif bermaksud tanah suci yang mulia adalah kompleks bangunan suci umat Muslim yang dikelilingi tembok (Wall City) berbentuk empat segi panjang di bahagian timur dalam wilayah Kota Lama Jerusalem yang termasuk kawasan Jerusalem Timur di mana terdapat dua bangunan iaitu Kubah Batu dan Masjid Aqsa.

"Jadi, ketika Rasulullah sampai ke Masjid Aqsa, ia merupakan sebuah tempat ibadat terbuka yang dikelilingi tiang-tiang di bawah bukit (Al-Haram Asy-Syarif)," kata beliau.

Maka katanya, tidak timbul dakwaan Masjid Aqsa itu tidak wujud. Sedangkan pihak orientalis tidak pernah membuat kajian empirikal. Katanya, mereka kuat dipengaruhi oleh pendapat orientalis berdarah Yahudi yang melakukan apa sahaja untuk mengaku bahawa Palestin adalah tanah suci mereka secara mutlak.

"Sedangkan apa yang mereka cari iaitu kuil Nabi Sulaiman dan sebagainya sampai hari ini tidak ditemui. Saya yakin ia tidak akan pernah dijumpai kerana tidak pernah wujud pun sebelum ini," kata Mohd. Roslan. - Utusan Malaysia

Read more »

Tuesday, June 28, 2011

Jangan Ikut Telunjuk kafir Laknaktullah


Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]

Didalam ayat di atas, para mufassirin dan fuqaha menegaskan bahawa Kafir Harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran umat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan kaum Muslimin dan agama Islam.

Mereka ini mesti sentiasa diawasi dan diperangi sekiranya mereka menyerang umat Islam atau membantu pihak lain menyerang umat Islam. Dan Allah Swt juga memerintahkan kita supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin).

Dalam sejarah sendiri ada tercatat yang umat Islam telah berkerjasama dengan kaum musyrik dan munafiq tetapi di tipu dan di rugikan oleh mereka. Dan kita juga selalu mendengar dan melihat bagaimana kaum kafir ini sering memandang rendah dan juga sering menimbulkan masalah kepada umat Islam kebanyakannya.

Sejarah Islam telah menceritakan bagaimana seorang Wazir Kerajaan Bani Abbas pada zaman Khalifah Al-Muktasim berkerjasama dengan bangsa Tartar yang kafir dan musyrik kerana bencikan khalifahnya sendiri. Didalam kerjasama tersebut, Wazir itu telah membuka rahsia kelemahan kerajaannya sendiri kepada bangsa Tartar dan sekaligus kaum kafir itu berjaya menumbangkan kerajaan Islam tersebut.

Di rantau Asia Tenggara ini juga kita dapat melihat bagaimana kerjasama dengan pihak kafir berakhir dengan kerugian. Lihat saja bagaimana di Indonesia ada gerakan Muslim yang sudi bekerjasama dengan gerakan komunis kerana bencinya kepada pemerintah Islam, dan mahu berebut kuasa dari mereka. Tetapi akhirnya gerakan mereka bersama gerakan komunis itu juga tumbang kerana prinsip perjuangan yang tak sama setelah mendapat kuasa pemerintahan.

Di Malaysia, kita kini menyaksikan satu kumpulan yang mengaku Islam iaitu PAS, yang berkerjasama dengan gerakan kafir yang lain iaitu DAP dan PKR atas matlamat mahu menumbangkan Umno demi kuasa. Kita lihat mereka bersekutu dengan menagih bantuan dari kumpulan kafir itu diatas matlamat yang sama, iaitu untuk menjatuhkan pemimpin Islam yang diamanahkan Allah untuk memerintah negara.

Di dalam kerjasama antara pihak PAS dan kafir ini, awal-awal lagi kita dapati perjanjian kerjasama mereka tidak memihak kepada Islam kerana dalam perjanjian tersebut termaktub persefahaman bahawa jika PAS mahu bersama dengan PR, matlamat pembentukan dan melaksanakan hukum syariat (hudud) dan Negara Islam mesti di gugurkan.

Dan selepas Muktamar yang baru berlangsung, matlamat kafir untuk meneutralkan PAS telah termakbul. Ternyata perjuangan negara Islam PAS terus dihapuskan dan diganti dengan negara berkebajikan. Seluruh umat Islam didalam negara terkedu melihat betapa lemahnya PAS didalam kerjasama dengan kafir DAP dan PKR.

Tetapi, jika di tanya kepada mereka mengapa begitu taksub kepada kerjasama dengan kumpulan kafir sebaliknya mengetepikan perpaduan sesama muslim, dan mengapa tidak berjuang secara solo seperti dulu..? Jawapan mereka kononnya ini adalah satu strategi politik. Mereka juga memberi alasan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah berkerjasama dengan kaum musyrikin di Makkah dan Madinah.

Dan untuk menguatkan hujah serta bagi menunjukkan tindakan mereka itu betul, mereka sering menggunakan fakta-fakta sejarah Rasul. Tetapi mereka memutarbelitkan semua fakta tersebut dan mengambil fakta yang akan menguntungkan mereka sahaja. Mereka menyembunyikan beberapa fakta demi kepentingan mereka sendiri.

Pernahkah pemimpin-pemimpin PAS menceritakan bagaimana Rasulullah SAW dan kaum Muslimin di Madinah juga pernah di tipu oleh musyrikin laknatullah? Sudah tentulah tidak kerana ia hanya akan merugikan kerjasama mereka dengan DAP dan PKR didalam gabungan Pakatan Rakyat.

Terdapat di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas r.a, bahawa Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran-jiran yang terdiri dikalangan orang Yahudi. Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani di Madinah. Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.

Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam ketika itu dan mereka tikam umat Islam dari belakang. Kumpulan kafir ini dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam bagi tujuan memerangi Rasulullah SAW di Madinah. Jelas disini bahawa sifat kaum musyrikin itu memang tak patut umat Islam percayai.

Inilah yang harus dijadikan pengajaran kepada semua kumpulan muslim di Malaysia. Mengapa mesti bergabung dengan pergerakan musyrikin untuk memperolehi kekuatan? Mengapa tidak bergabung saja dengan kumpulan umat Islam yang ada untuk menjadi lebih kuat?

Ini bukan saja dapat menguatkan kuasa yang dimiliki oleh kumpulan muslim, tetapi ia juga akan mengukuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri. Inilah yang dituntut dalam ajaran Islam, bukannya berpecah belah dan mengikut telunjuk kafir untuk memerangi pemimpin Islam sendiri. - mykmu

Read more »

MUIP Sumbang RM80,000 Bantu Pesakit

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM80,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk membantu pesakit kurang berkemampuan mendapatkan rawatan.

MUIP turut menyumbang sebanyak RM90,000 bagi tujuan pengubahsuaian balai pelawat HTAA untuk keselesaan pengunjung.

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban kewangan pesakit kurang berkemampuan sepanjang mendapat rawatan di HTAA.

"Sumbangan ini juga dapat menyedarkan orang ramai, pesakit dan keluarga bahawa mereka tidak bersendirian selain mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai MUIP dan warga HTAA. Bantuan ini juga diberikan kepada semua kaum dan agama. Kita tidak mengira siapa mereka asalkan mereka benar-benar memerlukannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena program Ziarah Prihatin Pesakit HTAA di sini, hari ini.

Pada program tersebut, MUIP turut memberi hamper dan wang tunai sebanyak RM100 kepada 120 pesakit. Sementara itu, Timbalan Pengarah Perubatan HTAA, Dr. Ahamad Shukri Che Hussin berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan itu bagi membantu golongan miskin mendapatkan rawatan.

"Bantuan yang dihulurkan MUIP wajar dijadikan teladan kepada semua pihak sama ada individu, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat dalam membantu pesakit miskin," katanya.

Menurut Ahamad Shukri, mengikut perangkaan bermula bulan Januari hingga Mei lalu, seramai 474 pesakit menerima sumbangan sebanyak RM66,042.

Bagi menggalakkan pegawai dan kakitangan Islam di HTAA membayar zakat pula, katanya, pihak pengurusan hospital telah mendapatkan kerjasama Pusat Kutipan Zakat Pahang dengan membuka kaunter pendaftaran dan pembayaran di lobi HTAA.

Read more »

Johari Abdul Mengaku Anwar Ibrahim Membuat Seks


Ambik kau. Mula mula mengaku memang Anwar Ibrahim dalam video tu, lepas tu mengugut pulak nak duit. Bila tak dapat duit, terpekik terlolong pulak cakap yang dalam video tu bukan Anwar. Apa jenis manusia macam ni. Nak menipu rakyatpun agak agaklah.

Haa sekarang mana lagi nak lari. Bukti sahih dah ada depan mata. Nampak sangat orang PKR kuat menipu.

Read more »

Monday, June 27, 2011

Rakyat Malaysia Menolak BERSHIT

Read more »

KERAJAAN PAHANG KEJAM!!!


Huh!!! Tak sangka. Walaupun puak - puak Pakatan Pembangkang dalam Negeri Pahang ni suka sangat menaburkan fitnah dan sebagainya, Kerajaan Negeri Pahang tetap stabil.

Walaupun diancam 'kebocoran radiasi' dari 'Reaktor' Fuziah, walaupun dituduh bankrap dan sebagainya, Kerajaan Negeri tetap 'maintain cool'.

Dan kaedah ini la yang benar - benar membuatkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu mati kutu. Diorang buat apa saja, tapi Kerajaan BN Pahang tetap 'rileks'.

Punya rileks sampaikan tarif air dan cukai tanah tetap 'maintain' macam biasa. Tak naik - naik walaupun seposen. Tetap kekal seperti puluha tahun yang lalu.
Kerajaan Pahang tidak pernah bercadang menaikkan tarif air dan cukai tanah buat masa ini walaupun memerlukan peruntukan besar bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, walaupun kos menyediakan infrastruktur dan prasarana semakin meningkat, kerajaan negeri tidak mahu rakyat terbeban dengan kenaikan bil air dan cukai tanah walaupun kedua-duanya merupakan sumber pendapatan penting.
Fuh!!! Kalau kat Negeri lain yang dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang, semua naik belaka. Cukai tanah naik, cukai air naik.

Nai pulak tak agak - agak. Kenaikan sampai 100%. Tak ke gila namanya tu? Konon kata nak buat Negara Kebajikan. Itu kebajikan Kepala Tengkorak Dia!!!

Kerja lain tak de. Asyik nak menipu rakyat je kerjanya. Macam dah tak de kerja lain gamaknya puak - puak Pakatan Pembangkang ni ye? Macam sial!!!

Read more »

Friday, June 24, 2011

BOS LYNAS AKUI, IANYA SATU KESILAPAN BESAR!!!


Akhirnya, setelah beribu - ribu spekulasi yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang serta Kumpulan Anti Lynas ini, Pengurus Syarikat Lynas terpaksa bersuara.

Kata Nicholas Curtis, dia mengakui bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana tidak memberikan penjelasan yang secukupnya kepada penduduk di Kuantan.

Mungkin, jika diberi penjelasan yang lebih lanjut mengenai projek tersebut, ianya dapat meredakan sedikit kebimbangan rakyat terhadap projek itu.
Apa yang tidak dijangka oleh Cutis ialah pandangan skeptikal dan emosi yang sengaja dimainkan oleh puak - puak Pembangkang terhadap projek ini.
"Saya menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukan fakta," kata Curtis.
Mungkin itulah yang orang luar tak tahu mengenai puak - puak Pakatan Pembangkang yang Haramjadah ni. Tapi sekarang mereka dah sedar mengenai hakikat itu.

Diorang bukan tau berpolitik. Tapi sekadar tahu macam mana nak mempergunakan rakyat demi kepentingan Politik mereka sahaja.

Dan secara tidak sengajanya, hakikat yang sebenar mengenai perangai puak - puak Pakatan Pembangkang itu akan turut disebarkan kepada masyarakat Antarabangsa.

Kalau nak harapkan puak - puak Pakatan Pembangkang seperti Si Fuziah tu bagi fakta mengenai sesuatu isu, mau kucing bertanduk dulu baru dia buat macam tu agaknya.

Diorang mana tau macam mana nak bagi fakta. Yang diorang tau buat ialah menyebarkan 'auta' dan memutar belitkan fakta sedia ada je. Lepas tu menipu rakyat. Itu je la kerja yang dia tau buat!!!

Read more »

Thursday, June 23, 2011

MAK LAMPIR PATUT SURUH KHALID GAGAP LETAK JAWATAN!!!


Wah!!! Lain macam tajuk artikel ni. Apa pasal pulak Si Mak Lampir ni nak kena suruh Si Khalid Gagap tu meletakkan jawatannya?

Semuanya gara - gara kempen terbaru yang dilancarkan oleh puak - puak Parti Kencing Rakyat yang dikenali sebagai kempen 'Demi Rakyat'.

Si Mak Lampir tu mempertikaikan mengenai Peruntukan Belanjawan Tambahan bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dibentang tahun lalu.

Kata Si Mak Lampir tu, penambahan peruntukan itu perlu dikaji semula kerana ianya hanya memberi fokus kepada perancangan jangka masa pendek sahaja.

Kononnya, tambahan peruntukan sebanyak RM459juta itu tidak relevan apabila ianya hanya untuk kegunaan bagi tempoh lima bulan sahaja.

Si Mak Lampir ini juga turut berkata, daripada analisis yang dibuat, jumlah RM459juta jika dibahagikan kepada 222 Parlimen, maka satu Parlimen akan dapat lebih kurang RM2.07juta.

Jumlah ini, katanya perlu diagihkan kepada warga emas, golongan OKU, dan golongan miskin seramai 1,035 orang. Bermakna, setiap daripada mereka akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM400 sebulan.

Mana pulak dia dapat angka RM400 sebulan tu? Dia kira macam mana? Kalau RM2.07juta dibahagikan kepada 1,035 orang, maka seorang akan dapat RM2000 sebulan.

Kalau nak kira dari angka RM459juta tu dah tentu lebih. Jadi dari mana dia dapat angka sebanyak RM400 sebulan tu?

Itu kalau kita tanya pasal mana datangnya angka RM400 sebulan tu. Belum kita tanya, kenapa dia tak campur dengan peruntukan yang dah diluluskan sebelum ini?

Rasanya, kalau dicampurkan peruntukan sedia ada dengan peruntukan tambahan tu, dah tentu nilainya lebih daripada setakat untuk 5 bulan sahaja. Malah ianya lebih daripada setahun!!!


Dah nampak sangat Si Mak Lampir tu sebenarnya hanya nak memeningkan kepala rakyat dengan menyebut angka - angka besar sahaja. Tapi hakikatnya, tak semua rakyat ni bodoh.

Tahan gagah la Kerajaan ada jugak nak sediakan peruntukan bagi membantu golongan tersebut untuk menyara kehidupan mereka secara bulanan.

Bagus la daripada Kerajaan Si Khalid Gagap tu yang hanya menjanjikan bantuan kepada warga emas yang dah mati sahaja. 

Sampai hari ini, janji dia nak bagi skim kepada warga emas yang masih hidup masih belum menampakkan bayang - bayangnya lagi. Bila nak buat, entah la.

Tapi bantuan tu pun hanya untuk warga emas je. Si Khalid Gagap tu tak ada pulak sebut nak bagi bantuan kepada OKU dan golongan miskin.

Jadi adalah lebih baik Si Mak Lampir tu suruh je Si Khalid Gagap ni letak jawatan sebab dah jelas dia hanya sekadar menipu rakyat semata - mata. Sama la macam dia jugak!!!

Read more »

Wednesday, June 22, 2011

BAKAL MB PAHANG AHLI DAPigs???


Wah!!! Ni apa hal pulak ni? Apa kes? Apa cerita? Tiba - tiba je keluar cerita pasal bakal MB Pahang ni dari kalangan Ahli DAPigs pulak. Biar betul artikel ni?

Nak tau lebih lanjut, sila klik disini.

Read more »

Tuesday, June 21, 2011

Lynas : Antara Keselamatan Dan Perniagaan

Antara keselamatan awam dan perniagaan

Oleh Mustapa Mohamed

Pada 4 Jun yang lepas, Panel Bebas Pakar Antarabangsa yang dilantik untuk menilai projek Lynas kembali semula ke Vienna bagi menyelesaikan kajian mereka. Kehadiran panel bebas tersebut di Malaysia bertujuan mengkaji aspek keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi yang dicadangkan di Gebeng, Pahang dan laporan hasil akan dikemukakan kepada kerajaan pada akhir bulan ini.

Proses ini melengkapkan satu fasa daripada keseluruhan proses membuat keputusan yang mempunyai implikasi penting terhadap kerajaan dan rakyat. Aspek keselamatan awam tidak akan sekali-kali dikompromi Kerajaan “Rakyat Didahulukan” pada masa ini.

Izinkan saya memberi penjelasan.

Pertimbangan ekonomi
Lynas Corporation Ltd. merupakan sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang di Pahang. Syarikat tersebut tiada bezanya daripada pelabur-pelabur asing yang lain yang melabur di sini.

Mereka datang ke negara kita kerana merasakan mereka boleh mendapatkan pulangan yang berpatutan dari pelaburan mereka, dan juga kerana mereka percaya bahawa mereka akan dilayan secara adil, seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan dan undang-undang sedia ada.

Kita mengalu-alukan pelaburan asing kerana mereka membantu dalam proses modernisasi dan pertumbuhan ekonomi negara. Sudah tentu bukan sekadar pelaburan rambang, tetapi pelaburan yang bersesuaian.

Semasa kita mempertimbangkan sesuatu cadangan pelaburan, banyak persoalan diajukan seperti: Apakah faedah yang dibawa bersama? Akan adakah limpahan ekonomi yang boleh menguntungkan sektor-sektor ekonomi yang lain? Adakah pelaburan ini mewujudkan peluang-peluang pekerjaan? Apakah jenis pekerjaan yang akan ditawarkan? Akan adakah perpindahan teknologi atau kemahiran? Dan seterusnya.

Ini adalah antara faktor-faktor asas yang kita pertimbangkan ketika menilai sesuatu cadangan pelaburan asing. Satu kajian yang menyeluruh dijalankan bagi tujuan ini, dan kelulusan akan dibuat bergantung pada hasil kajian yang dijalankan.

Isu berkaitan tataurus
Sewaktu cadangan pelaburan Lynas mula-mula dikemukakan kepada kerajaan pada 2006, ia telah menimbulkan persoalan yang melangkaui lingkup pertimbangan-pertimbangan ekonomi ini. Isu berkaitan keselamatan dan kesihatan awam, dan alam sekitar turut diberi perhatian.

Kerajaan amat sedar bahawa industri nadir bumi ini berkait rapat dengan isu kesihatan dan keselamatan, terutama berdasarkan pengalaman daripada projek Asian Rare Earth (ARE) di Perak pada awal tahun 1990-an. Justeru, persoalan mengenai kesan projek Lynas terhadap kesihatan awam adalah sangat relevan.

Bagaimana ia akan memberi kesan kepada alam sekitar dan kehidupan masyarakat yang tinggal disekitarnya? Apakah risikonya dapat diukur, dan masih dalam batas yang boleh diterima pakai? Adakah kita mempunyai undang-undang, peraturan dan rangka kerja institusi bagi memantau dan menguruskan risiko-risiko tersebut?

Apa yang penting, sewaktu keputusan dibuat kerajaan, pihak-pihak berkuasa telah belajar daripada pengalaman projek ARE dan mempunyai pemahaman yang lebih baik bagaimana menguruskan risiko radiologikal. Menjelang 2008, peraturan dan undang-undang yang mentadbir aktiviti-aktiviti berkaitan telah disemak dan ditingkatkan selaras dengan standard antarabangsa. Tidak mungkin pisang berbuah dua kali di bawah peraturan yang baru ini.

Hal ini menjelaskan mengapa semasa Lynas diberikan kelulusan lesen pengilang, di mana syarikat secara khusus diwajibkan memenuhi standard keselamatan dan amalan yang baik yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (agensi penguat kuasa Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984) dan Jabatan Alam Sekitar (agensi penguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974).

Antara lain, standard-standard ini mentafsirkan jumlah pendedahan radiasi yang dianggap membahayakan pekerja, masyarakat dan persekitaran. Standard ini juga diguna pakai untuk semua fasa projek Lynas: pembinaan, praoperasi, operasi, pengangkutan, pengurusan sisa, pembubaran dan pemulihan.

Ciri utama prosedur kerja yang terlibat adalah kelulusan secara berperingkat yang syarikat Lynas perlu lalui. Sebagai contoh, syarikat perlu memenuhi standard keselamatan yang dikenakan pada fasa pembinaan sebelum ia dapat meneruskan aktiviti ke tahap praoperasi. Dan ia tidak boleh maju ke tahap seterusnya sehingga standard keselamatan yang ditetapkan oleh AELB dan DOE bagi fasa seterusnya itu dipenuhi.

Proses kelulusan sebegini dapat menjamin standard keselamatan yang dikenakan oleh agensi penguat kuasa tidak dapat dilangkaui, ditunda atau dielakkan. Pemantauan dijalankan secara berterusan bagi memastikan ia sentiasa dipatuhi.

Sehingga kini, syarikat Lynas masih belum mengemukakan permohonan atau menerima apa-apa kelulusan bagi maju ke fasa praoperasi.

Panel Bebas Pakar Antarabangsa
Projek Lynas telah dbincangkan di sesi-sesi taklimat awam di Kuantan dan Parlimen pada tahun 2009, tetapi ia menjadi satu topik perdebatan yang hangat selepas insiden Fukushima pada 11 Mac tahun ini.

Sebahagian mereka yang tinggal di sekitar lokasi projek Lynas percaya bahawa projek ini akan menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan yang tidak boleh diterima kepada masyarakat dan persekitaran. Pada pandangan sesetengah penduduk, projek ini perlu ditamatkan.

Hal ini terjadi walaupun terdapat jaminan daripada AELB dan DOE bahawa sehingga kini Lynas telah memenuhi semua standard keselamatan yang dikenakan.

Walaupun kerajaan tetap yakin dengan integriti keputusan yang diambil oleh agensi-agensi penguat kuasa, tanggungjawab kepada masyarakat, terutamanya penduduk Kuantan, untuk memastikan kesihatan dan keselamatan masih tidak dikompromi. Pertimbangan sebegini sentiasa menjadi keutamaan paling tinggi kerajaan, melebihi segala pertimbangan yang lain.

Oleh itu, pada 22 April, saya mengumumkan keputusan kerajaan untuk menjemput Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) supaya melantik satu panel bebas dari kalangan pakar-pakar antarabangsa untuk mengkaji semua aspek keselamatan berkaitan projek Lynas.

IAEA telah bersetuju melantik sembilan anggota panel bagi melaksanakan tugasan tersebut. Panel tersebut terdiri daripada seorang ketua dan lapan orang ahli. Kesemua mereka adalah pakar ternama dunia mengenai isu-isu keselamatan radiologikal.

Empat anggota adalah dari agensi IAEA sendiri, manakala lima lagi dari Belanda, Kanada, India, United Kingdom dan Itali. Tiada seorang pun dari negara Australia, China atau Malaysia dijemput untuk menjadi ahli panel bagi mengelak sebarang konflik kepentingan.

Ahli panel memulakan tugasan mereka dengan serta-merta dan melawat Malaysia dari 29 Mei - 4 Jun untuk bertemu anggota masyarakat, wakil-wakil dari Lynas, pegawai-pegawai kerajaan serta melawat tapak lokasi Lynas.

Kerajaan turut mengadakan perancangan terperinci bagi memastikan bahawa sesiapa pun yang ingin mengemukakan representasi kepada ahli panel pakar boleh melakukannya sama ada secara bersemuka atau secara bertulis. Pengumuman umum mengenainya telah disiarkan di semua akhbar utama dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil.

Semasa proses konsultasi yang diadakan di Kuantan dan Putrajaya, wakil-wakil dari persatuan penduduk, badan bukan kerajaan, kumpulan komuniti, parti politik dan badan profesional telah mengambil kesempatan bertemu panel pakar dan mengemukakan pandangan mereka. Antara parti politik yang mengambil bahagian termasuk UMNO, MCA, PKR, Pas dan DAP. Semestinya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh turut dijemput dan beliau juga menggunakan peluang tersebut mengemukakan hujahnya kepada panel pakar.

Panel tersebut akan menyerahkan penemuan dan cadangan mereka kepada kerajaan pada akhir bulan ini, dan kerajaan akan menjadikan ia satu dokumen umum.

Apakah langkah seterusnya? Bagaimana isu Lynas dapat diselesaikan?
Keputusan kerajaan mengenai masa depan projek ini akan dibuat berpandukan beberapa asas. Pertama, kesihatan dan keselamatan rakyat adalah tunjang keutamaan kerajaan. Hal ini melangkaui semua pertimbangan lain, dan sebarang keputusan terhadap Lynas tidak akan mengkompromi asas tersebut.

Kedua, setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan fakta, bukan emosi atau pertimbangan politik. Panel pakar IAEA yang dilantik akan menentukan fakta-fakta dalam kes ini, dan keputusan kerajaan akan dipandu oleh penemuan dan cadangan yang dikemukakan.

Ketiga, kerajaan sentiasa terbuka kepada perbincangan awam yang membina mengenai isu ini, dan berpandangan bahawa ia merupakan satu komponen penting dalam proses demokrasi. Di pihak kerajaan, kami telah berusaha menyumbang kepada proses ini dengan memastikan bahawa siapa pun yang ingin mengemukakan pandangan kepada panel pakar boleh melakukannya sama ada secara langsung atau secara bertulis.

Keempat, kerajaan sentiasa telus kepada masyarakat mengenai isu ini. Semua maklumat dan laporan awam yang berkaitan dengan projek Lynas boleh diakses melalui laman sesawang yang berkaitan.

Panduan sebegini memastikan integriti dalam proses kerajaan membuat keputusan serta keputusan yang bakal diumumkan nanti terpelihara.

Hanya tinggal 10 hari saja lagi sehingga panel pakar mengemukakan laporannya. Sehingga waktu tersebut, semua pihak perlulah bertahan dari membuat sebarang komen yang bersifat pre-jugde.

Saya berpendapat para pelabur menyambut baik hakikat bahawa kerajaan ini membuat keputusan berdasarkan fakta, dan tidak bertindak sewenang-wenangnya.

Hal ini juga mengingatkan para pelabur supaya menjadi warga korporat yang bertanggungjawab di negara mereka menjalankan perniagaan. Mereka perlu mematuhi dan melaksanakan standard dan tataurus yang sama sekali tidak lebih rendah daripada yang dipraktikkan di negara asal mereka. Saya fikir ini adalah harapan yang munasabah, dan tiada pelabur sepatutnya mempunyai masalah mengenai perkara ini.

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED
Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri

(Sumber : Utusan Malaysia 20.06.2011)

Read more »

HANGAT: ISU LYNAS - FAUZIAH SALEH, PAHANG DAILY ONLINE PEMBOHONG BESAR





Isu Lynas masih berkumandang dimerata-rata. Rakyat khususnya orang-orang kampong yang tidak memahaminya terus diberikan maklumat salah kerana kepentingan politik pihak tertentu. Isu Lynas sekarang ini bukan lagi isu sisa radioaktif tetapi adalah isu politik. Agenda pembangkang adalah untuk menawan Pahang dalam PRU13 nanti. Justeru itu kerajaan Pahang harus diburukkan, Menteri Besar Pahang juga harus diburukkan supaya rakyat membenci. Pembangkang bukan jujur perjuangkan Lynas. Mereka hanya ingin mendapat faedah dari isu berkenaan semata-mata.

Isu ini bukanlah perkara baru bagi pemimpin pembangkang khususnya di Pahang terutama sekali YB Fauziah Saleh. Beliau mengetahui mengenainya sejak awal lagi dan sangat arif tentang kesan dan risikonya. Soalnya kenapa baru kini ianya diperjuangkan? Kenapa tidak dulu lagi? Apakah baru kini mereka sedar kesan sisa 'radioaktif' kepada masyarakat Kuantan? Tidakkah ada sesuatu yang mereka ingin sembunyikan selama ini?

Isu Lynas hanya mainan politik pembangkang semata-mata. Pendapat tentang Isu Lynas bahawa YB Fauziah hanya mencari 'political milage'.  Semua pihak patut tunggu laporan siasatan yang akan siap tidak lama lagi. Baca kenyataan Dato' Mustafa Mohamed.  Pendapat sebahagian blogger; Mesin taip buruk,  UnclearEngineer mengajak kita berfikir secara rasional.BraveHeart juga memberi pendapat.

Blog Pahang Daily Online dan blogger Cucu Mat Kilau patut dikenakan tindakan kerana menghasut rakyat dan memberikan maklumat salah dengan tujuan memberi aib kepada pemimpin kerajaan. Jelaslah bahawa pembangkang sedang menggunakan media sosialnya untuk menghasut rakyat dan memberikan simpati kepada mereka dalam menghadapi PRU13 nanti.

Berikut adalah komen seorang pembaca di Portal Free Malaysia Today:


Genting's avatar
Genting· 15 hours ago
Since when did you become such a nuclear safety expert, MP Fuziah Salleh?

I read an article saying that Lynas is undertaking a major step to upgrade a very low grade, polluting product like Thorium 232 to more valuable and cleaner products such as gypsum and phosphate fertiliser for commercial and domestic consumption which also happened to be in short supply in Malaysia. Have you ever consider that Lynas could bring in many benefits to Malaysia too?
Putting Malaysia on the cutting edge of rare-earth processing technology is another. Plus enticing many more hightech industries to Malaysia.

Fuziah, stop parroting the same scaremongering about the safety of the Lynas plant. You have been saying the same old gabbage for months. Wait for the nuclear safety experts report in 10 days time! It is not that long to wait!

Read more »

Monday, June 20, 2011

PAHANG KURANG WANITA???


20/06/2011 4:10pm

KUANTAN 20 Jun – Pahang kini berhadapan dengan masalah kekurangan wanita apabila hasil bancian pada tahun lepas mendapati lelaki di negeri ini lebih ramai daripada wanita.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil bancian itu mendapati jumlah lelaki adalah seramai 198,600 manakala wanita pula 188,900 orang.

"Ia menjadikan nisbah kaum lelaki dan wanita di Pahang adalah 113 lelaki berbanding 100 wanita.

"Angka itu melebihi paras nisbah nasional iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini, hari ini. - Utusan

Ps: Wah!!! Susah la lelaki dalam Pahang ni nak cari pasangan yang sesuai kalau macam ni. Kena cari orang luar la nampak gayanya diorang lepas ni. Hehehe...

Read more »

PAS MARAN HANTAR 5000 HANTU KE KUALA LUMPUR!!!


(Gambar Hiasan)

Pas Maran sedia mengerakkan 5,000 ahlinya ke Kuala Lumpur untuk beri sokongan kepada perhimpunan Bersih 2.0.

Mengikut sumber di sana, perhimpunan Bersih 2.0 itu diluluskan di Muktamar Agung Pas dan buktikan suara rakyat secara keseluruhannya. Pas Maran menyertai perhimpunan tersebut untuk menuntut keadilan dan keamanan. Pas Maran juga telah mengarahkan semua pemimpin di semua peringkat dan ahli supaya turun padang berdemo di Kuala Lumpur.

Selanjutnya, klik sini.

Read more »

Friday, June 17, 2011

Nelayan laut dalam yang berdepan kenaikan harga diesel ekoran penarikan balik kemudahan subsidi bahan api itu daripada mereka, disaran menggunakan gas asli untuk kenderaan (NGV) bagi membantu mengurangkan kos operasi.

Ketua Pegawai Operasi Malaysian NGV Sdn. Bhd., Rahmat Ahmad berkata, kualiti NGV sebagai bahan bakar untuk bot nelayan adalah sama dengan diesel malah ia lebih mesra alam. Menurutnya, NGV sudah lama digunakan di Korea Selatan dan Thailand dengan dianggarkan terdapat lebih 2,000 bot di kedua-dua negara menggunakan bahan bakar mesra alam itu. - Utusan Malaysia

Hawau!! Penipu semua nelayan cina ni. Dah tak dapat nak jual minyak subsidi keluar negara, meroyan pulak tak tentu pasal. Padan muka subsidi kena tarik balik. Kalau rasa tak boleh beli minyak, baik pakai dayung dengan layar je. Lagi jimat.

Sebab apa kita tak boleh percaya nelayan ini sila klik sini dan juga sini

Read more »

RENUNGAN JUMAAT BUAT PAKATAN PEMBANGKANG!!!


Kalau bercerita pasal puak - puak Pakatan Pembangkang Haramjadah ni membuatkan Semut teringat satu kisah yang selalu orang tua - tua cerita dulu.

Kebiasaannya kisah ini diceritakan kepada budak - budak agar mereka dapat jadikan sebagai satu pengajaran.

Dan memandangkan puak - puak Pakatan Haramjadah ni perangai pun mengalahkan budak - budak, adalah wajar mereka mengambil kisah ini sebagai ikhtibar.

Suatu ketika dahulu, ada seorang pengembara yang mahu keluar mengembara dengan anaknya. Mereka memiliki seekor keldai.

Maka, keldai itu pun dimuatkan dengan peralatan - peralatan sebagai bekalan mereka untuk mengembara. Punya banyak barang yang dimuatkan, sampai tak ada tempat nak duduk.

Apabila mereka tiba disebuah kampung, orang kampung tu pun mula bercerita betapa kejamnya pengembara dan anaknya itu terhadap keldai mereka.

Mendengar komen dari penduduk kampung itu, maka dibawa separuh dari muatan tu turun dan digalas oleh si Bapa.

Sampai pulak mereka dikampung lain, orang kampung tu pulak bercerita mengenai kekejaman si anak kerana membiarkan bapanya yang tua memikul beban tersebut.

Lalu si anak tu pun mengambil beban tersebut dan mereka meneruskan pengembaraan mereka seperti biasa.

Sampai satu kampung lagi, orang kampung tu pulak mengecam si bapa kerana kejam terhadap anaknya dan membiarkan si anak tu memikul beban sedangkan anak tu masih kecil.

Lalu apabila sampai dihujung kampung yang memberi kecaman tersebut, kedua - dua anak - beranak pengembara tu membuang semua beban yang dipikul sehingga tidak ada satu pun yang tinggal.

Moral cerita ni ialah, walau apa saja yang dibuat oleh orang lain, mesti ada saja yang tak kena. Mesti ada je benda yang salah. 

Tak de sorang pun penduduk kampung tu yang dapat berfikir dengan akal fikiran mereka. Tak de sorang pun yang datang untuk memberikan cadangan atau pandangan yang bernas.

Sebaliknya mereka hanya tahu memberi kritikan dan komen tak tentu arah. Yang ruginya nanti, bukan diorang tapi orang yang memikul beban tu.

Itulah agenda sebenar yang hendak dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya. Diorang bukan nak membantu memajukan Negara. 

Tapi sebalik, niat mereka hanyalah untuk menjahanamkan Negara ni sahaja. Lepas tu baru puas hati mereka agaknya. Memang macam sial perangai puak - puak Pakatan Pembangkang ni!!!

Read more »

Jual Agama - Nik Aziz Terdiam

16 Jun - Seorang ibu tunggal mendakwa tiga anaknya yang belajar di sebuah pusat tahfiz di Taman Tampoi Utama di sini, dipukul, dirotan, ditampar dan dipijak di kepala oleh tenaga pengajar di asrama pusat berkenaan.

Dia memasukkan tiga daripada enam anaknya itu ke pusat berkenaan untuk mendapatkan ilmu agama kerana dia sibuk berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga selepas kematian suaminya setahun lalu.
Dakwanya, ketiga-tiga anaknya itu mula dihukum oleh seorang ustazah dan dua ustaz yang menjaga asrama di pusat tahfiz berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Khayrin didakwa mencuri wang RM20 milik salah seorang ustazah sebelum dia dipukul, ditendang, ditampar, dirotan selain dipijak di kepala. Nurin pernah dirotan sebelum diusir keluar dari asrama kerana didakwa mengumpat ustazah yang menghukum adiknya," katanya semasa ditemui di Wad Kanak-Kanak Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Berikutan kejadian tersebut, Fouziah telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam sebelum membawa ketiga-tiga anaknya menjalani pemeriksaan di HSA. Katanya, laporan berkenaan dibuat bukan kerana hendak mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya tidak mahu perkara sama berlaku kepada pelajar lain yang tinggal di asrama pusat tahfiz berkenaan. - Utusan Malaysia

Akhir zaman ini wujudnya sekumpulan manusia yang menjual agama untuk kepentingan sendiri. Kalau kat Malaysia ni kumpulan paling top adalah PAS. Takde kumpulan lain yang boleh lawan dorang. Ayah Pin pun mengaku kalah dengan PAS. PAS punya pusing sampaikan Ayah Pin pun boleh pening.

Berbalik pada isu pusat tahfiz ni, harap ibu bapa siasat dahulu latarbelakang sebelum menghantar anak mereka. Bukan apa, sekarang ni banyak benar pusat tahfiz yang menyeleweng. Pelajar disuruhnya menjual cd dan minyak angin. Ada pula setakat letak papan tanda lepas tu buat kutipan derma. Sekejap hudud, lepas tu hilang. Sekejap negara islam. Lepas tu cakap pulak tak wujud negara islam. Macam macam hal style orang pusingkan bab agama ni hehehehe.

Read more »

Thursday, June 16, 2011

Gempa Di KOMTAR, Lim Guan Eng Cirit Birit


PULAU PINANG 15 Jun - Pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Ladang Batu Kawan, Seberang Perai Selatan mengundi pembangkang selepas dijanjikan kebajikan serta nasib mereka akan dibela.

Namun, setelah tiga tahun kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, semua janji manis itu hanya tinggal janji.
Merasakan diri mereka diperdaya demi kepentingan politik peribadi, kira-kira 100 penduduk ladang itu berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.

Kumpulan itu pada Mei lalu pernah melancarkan mogok lapar berhampiran Stadium Batu Kawan kerana isu sama. Mereka berkumpul kira-kira 30 minit sambil membawa bendera berwarna hitam sebagai tanda tidak puas hati terhadap wakil rakyat DAP.

Kumpulan penduduk itu mendesak untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum menuntut perkara-perkara yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengerusi Kuil Sri Mahamuthu Mariamman, A. Nallakumar yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng kerana sudah tidak mempercayai Ramasamy.

"Kami mahu berjumpa sendiri Ketua Menteri selaku pemegang amanah rakyat. Kami mahu Ketua Menteri selesaikan masalah kami yang telah berlanjutan begitu lama. Ramasamy telah berjanji untuk berbuat demikian dulu, tapi sampai sekarang tidak diendahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berjumpa Pembantu Pegawai Komunikasi, Pejabat Ketua Menteri, D. Bhaveneswary untuk menyerahkan memorandum berkenaan. Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai selepas diarahkan oleh polis. - Utusan Malaysia

Sekali lagi Guan Eng "diserang" dipejabatnya sendiri. Aku rasa cina inilah satu satunya Ketua Menteri dalam Malaysia yang kena gempur kat pejabat sendiri. Memalukan betul. Sah cina ni tak layak jadi Ketua Menteri. 

Nasihat buat semua kaum di Malaysia, jangan percayakan DAP. DAP hanyalah parti rasis kaum cina. Mereka tidak akan mempedulikan nasib kaum lain. Yang mereka tahu hanyalah mengaut keuntungan ekonomi hanya untuk bangsa sendiri.

Read more »

Ulama Semakin Terpinggir


Penjenamaan semula PAS telah mengakibatkan “pengusiran” beramai-ramai golongan ulama. Harun Taib telah “dihanyutkan” ke Laut Selatan, dan Hasan Ali “dicampakkan” ke lombong pasir yang tumbuh melata di Selangor Darul Ehsan.  Itulah akibat gara-gara mahu menjadikan Islam dan Melayu bersatu, suatu yang pantang bagi PAS dibawah naungan Nik Aziz.

Perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan umat Islam yang mahukan penyatuan, namun ianya adalah khabar gembira buat pemegang panji-panji Azazil. Umum sedang menanti nasib yang bakal menimpa seorang lagi tokoh dari pro ulama yang sangat dihormati, baik di dalam PAS sendiri ataupun UMNO.

Ustaz Harun Din pernah menjadi ikon ulama apabila pengaruhnya cukup kuat di hati sanubari umat Islam waima beliau berkeputusan untuk menyertai perjuangan Islam PAS.  Sehingga kini, rasa hormat dan kasih kepadanya tetap utuh, berikutan ketetapan akidahnya berhubung Islam.

Sebagai contoh, kenyataan beliau berhubung dengan isu kalimah Allah benar-benar membuatkan golongan Erdogan terpukul.  Tegas dan tiada kompromi, itulah yang ditunjukkan oleh Ustaz Harun Din.  Dan kenyataan itu membuatkan Khalid Samad meracau dan melolong, bagai disampuk polong akibat tamparan yang amat hebat itu.

Baca selanjutnya disini

Tidak mustahil semua ini akan berlaku. Inilah tanda tanda akhir zaman dimana Ulama dicabut daripada masyarakat. Yang tinggal hanyalah pemimpin pemimpin bodoh sombong dan pengikut yang bodoh lagi jahil. PAS yang dahulunya melaungkan negara islam akhirnya telah membuang islam. Malah bertambah teruk apabila mencantas golongan Ulama didalamnya.

Read more »

Wednesday, June 15, 2011

Bantuan Tanpa Mengira Fahaman Politik - PAS Tolak Islam

PEKAN 14 Jun - Kerajaan tidak pernah mengambil kira fahaman politik yang dipegang seseorang apabila menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Ibrahim Awang Ismail berkata, bantuan yang diagihkan kepada golongan memerlukan hanya bertujuan membantu mereka menjalani kehidupan lebih sempurna.
Menurut beliau, bantuan yang disalurkan turut memberi peluang kepada mereka mencari alternatif untuk mengubah taraf hidup masing-masing.

''Bantuan yang diberikan membuktikan kesungguhan kerajaan membantu golongan memerlukan dan mereka seharusnya memanfaatkan sumbangan itu sebaik mungkin demi meningkatkan taraf hidup mereka," katanya di sini, baru-baru ini.

Selama ini memang BN membantu rakyat tanpa mengira fahaman pegangan politik mereka. Tetapi Pakatan Ahzab memang berkira. Kalau orang tu bukan ahli mereka, memang tak menolong langsung. Itulah bezanya akhlak orang BN dan orang Pakatan Ahzab.

PAS dulu cakap "Tolak Hudud Jadi Kafir" Sekarang PAS sah parti kafir hehehehe.

Read more »

BERSIH 2.0 Agenda Musuh Islam

Sebanyak 37 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergabung membentuk Gerakan Anti Bersih bagi menentang perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) pada 9 julai ini.
 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira kesan perhimpunan tersebut yang boleh menggugat keamanan negara dan keselamatan rakyat.

"Tindakan untuk adakan perhimpunan itu (Bersih 2) adalah tidak munasabah. Tidak masuk akal untuk kumpulkan ratusan ribu orang di jalanan semata-mata mahu membentuk pilihan raya yang adil. Jadi, kami akan menentang habis-habisan perhimpunan tersebut. Kami juga akan berkumpul seperti mereka pada 9 Julai nanti kerana bagi kami mereka telah mencabar kedaulatan negara dan tidak harus dibiarkan sahaja," katanya di sini malam ini.

NGO yang terlibat dengan Gerakan Anti Bersih antaranya Perkasa, Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan, Persatuan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan dan Persatuan Anak Kelantan Wilayah Persekutuan.
BERSIH 2.0 ini sebenarnya bukan bertujuan untuk pilihanraya yang lebih telus tetapi adalah agenda musuh islam untuk menjajah negara Malaysia. Malah CIA dan IRI juga terlibat didalam BERSIH 2.0.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik kat sini dan juga klik disini

Read more »

Tuesday, June 14, 2011

Jangan Riak Dalam Ibadat


Firman Allah SWT: Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Orang-orang yang berbuat riak.

Ibn Mas'ud berkata: Demi Allah, mereka tidaklah meninggalkan langsung solat tersebut, tetapi kalau mereka meninggalkan semuanya sudah pasti mereka menjadi kafir. Sebaliknya, mereka banyak bertangguh dan tidak memelihara waktunya.

Sayid Qutub berkata: Mereka bersembahyang tetapi tidak mendirikan solat. Mereka melakukan gerak-geri solat dan membaca segala bacaannya tetapi tidak menghayatinya. Jiwa mereka tidak menghadirkan hakikat solat dan isi bacaannya serta doanya. Mereka solat bukan kerana Allah tetapi semata untuk menunjuk kepada orang ramai. Tidak terkesan dalam jiwa bagi mereka yang lalai dalam solatnya.

Imam Muhammad Abduh berkata: Mereka itulah yang mengerjakan sembahyang tetapi ia sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepada mereka, tidak dapat membebaskan mereka daripada termasuk dalam golongan orang yang mendustakan agama malahan tidak ada bezanya antara mereka yang berpegang dengan syariat Islam atau sebaliknya.

Ciri-ciri khusus pendusta agama; meremehkan hak orang lemah, tidak mengambil berat orang yang memerlukan bantuan, berbangga dan cintakan harta, bermegah-megah dengan kekuatan dan tidak melakukan kebajikan kepada orang yang berhak dibantu.

Read more »

Ternakan Puyuh Berbaloi


KUANTAN 13 Jun - Burung puyuh memang enak dimakan. Ia boleh dijadikan pelbagai hidangan seperti goreng kunyit, masak cili dan sebagainya.

Malah, telurnya pula sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna dan pengusaha restoran. Namun, pengeluaran daging puyuh secara besar-besaran di negara ini didapati masih terhad berbanding ternakan lain meskipun sambutannya begitu menggalakkan.

Melihat pasaran pengeluaran daging puyuh semakin berkembang, sebuah syarikat Bumiputera, OZ Biofarm (M) Berhad bersama peneroka Felda Lepar Hilir, di sini mengambil inisiatif untuk memulakan program perintis ternakan puyuh daging secara komersial, baru-baru ini.

OZ Biofarm yang merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera di bawah subsidiari OZ Seventy Five Holdings (M) Berhad merupakan pencetus idea kepada projek tersebut. Seorang peserta, Hawari Bachik, 59, yang juga peneroka Felda Lepar Hilir 1, mengakui projek berkenaan amat berbaloi untuk diusahakan kerana ia tidak begitu sukar untuk dikendalikan.

"Saya perlu memberi lebih tumpuan terhadap 5,500 burung puyuh yang saya ternak ini terutama dalam tempoh dua minggu pertama dari aspek suhu badannya.

"Selepas itu, penjagaan ternakan ini agak ringkas iaitu saya hanya perlu menjaga pemakanan dan minumannya sebagaimana kaedah yang ditunjukkan oleh wakil syarikat OZ Biofarm," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi penternak, Sarijan Ali, 59, yang mengusahakan ternakan itu bersama keluarganya berkata, ternakan puyuh berupaya meningkatkan pendapatan mereka.

"Sebanyak 5,500 ekor anak puyuh dibekalkan kepada saya untuk diternak pada 29 April lalu dan kini sebahagian daripadanya sudah boleh diproses untuk dijual. Saya berpuas hati dapat menternak puyuh kerana pusingan jualannya cepat dan saya menjangkakan mampu mendapat keuntungan kira-kira RM5,000 daripada jumlah itu," katanya.

Sebelum mengecapi hasil lumayan itu, Sarijan memberitahu, dia terlebih dahulu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM20,000 bagi penyediaan rumah puyuh, ternakan dan makanan.

Dia kini tidak teragak-agak untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ternakan itu berikutan ia menjanjikan hasil setimpal dengan kos yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, wakil Pengurusan Felda Lepar Hilir 1, Tirmizi Ruslan berkata, pihaknya menyambut baik program tersebut berikutan ia menjana pendapatan peneroka terutama ketika proses penanaman semula kelapa sawit dijalankan.

"Program ternakan puyuh adalah salah satu program Gudang Makanan Negara. Selain menghasilkan makanan kepada negara, ia bertujuan menambah pendapatan para peneroka ketika penanaman semula. Sehingga kini, program berkenaan mempamerkan sesuatu yang positif dan difahamkan ia akan diperluaskan ke felda-felda yang lain," katanya.

Sementara itu, wakil OZ Biofarm, Norhan Mohd. Nor, 36, berkata, menerusi skim SFVP atau Smart Farming Venture Program, projek itu menampakkan hasil lebih baik dari segi disiplin perniagaan dan pengkhususan penternak sebagai usahawan berdaya maju serta berdaya saing.

Beliau yang melalui pengalaman selama enam tahun menjadi penternak tunggal di situ berkata, projek ternakan puyuh daging itu dilihat sebagai salah satu program perintis yang diusahakan bersama peneroka Gugusan Felda dalam merintis salah satu program Sumber Makanan Negara.

"Para peneroka yang terlibat dalam projek ini menggunakan inisiatif modal sendiri pada peringkat permulaan dalam pembinaan reban puyuh, makanan, ubat-ubatan dan anak-anak puyuh," katanya.
Sebagai permulaan kepada projek perintis yang ditumpukan di Felda Lepar Hilir, kata Norhan, sebanyak 100,000 ekor puyuh dibekalkan kepada 10 peneroka di Felda Lepar Hilir 1 dan 4 untuk diternak.

"Kita akan menambah bilangan puyuh itu secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi permintaan pasaran yang besar. Di samping itu, penyertaan peserta di kalangan peneroka juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengeluaran daging puyuh," katanya.

Norhan berkata, dari segi teknikal dan penjagaan, peneroka tidak akan menghadapi masalah kerana OZ Biofarm menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada peserta bermula sejak hari pertama ternakan sehingga tempoh matang 30 hari dan pemprosesan.

Seterusnya, kata beliau, daging-daging puyuh proses itu akan diedar di pasaran tempatan atau eksport ke Singapura, China dan Asia Barat kerana permintaannya yang menggalakkan.

"Bekalan puyuh di negara ini amat terhad kerana hanya segelintir pengusaha yang menjalankan ternakan ini. Ia tidak selari dengan permintaan tinggi orang ramai dan fokus kita adalah untuk memenuhi permintaan daripada beberapa pasar raya besar terlebih dahulu.

"Untuk pasaran luar negara seperti Singapura pula, kita cuba memenuhi permintaan negara jiran itu yang memerlukan bekalan daging puyuh sebanyak tujuh tan seminggu dan buat masa ini kita hanya mampu mengeksport dua tan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya projek perintis di Felda Lepar Hilir itu berjaya, pihaknya mensasarkan untuk meluaskannya ke tanah rancangan Felda di seluruh negara bagi memenuhi permintaan besar tersebut.

Read more »

share2