Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2011

Anwar Kepanasan Dimakan Sumpah?



Datuk Eskay telahpun menunaikan janjinya. Sumpah telah dibuat mengatakan dia dan Anwar memang berada di lokasi terbabit. Malah Datuk Eskay juga bersumpah bahawa lelaki yang bermain dengan pelacur itu adalah Anwar Ibrahim.

Dan sekarang bila lagi Anwar mahu bersumpah untuk membersihkan dirinya. Tak guna jika asyik berselindung di sebalik slogan "muka macam saya tetapi perut bukan macam saya". Jika Anwar betul betul tidak bersalah, silalah bersumpah dengan nama Allah s.w.t.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Read more »

Gayboy Arahkan Penyokong homoseksual Serang Masjid

Sepatutnya selepas solat jumaat tadi, Datuk Eskey akan membuat sumpah mubahalah untuk membuktikan Anwar Ibrahim adalah lelaki didalam video seks. Tetapi seperti yang dijangkan terjadi, Anwar dah mengarahkan penyokongnya menghalang Datuk Eskey mengangkat sumpah.



Sebelum itu, Anwar juga telah mengarahkan penyokongnya membuat laporan polis berkenaan skru tayar kereta Mercedesnya longgar.

Apahal orang tua ni. Takut tak tentu pasal. Kalau dah tak bersalah, buat apa takut. Sampaikan skru tayar longgarpun nak report polis.

Rakyat Malaysia dah muak dengan permainan politik yahudi yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Rakyat juga sudah tahu sifat gay Anwar Ibrahim. Semua ini taktik Anwar untuk mengelak daripada masalah. Dahulu Anwar mendakwa dia disuntik arsenik malah pernah disuntik HIV. Tapi sekarang dia masih hidup malah sedap bermain dengan jantan betina.

Anwar juga pernah mencipta berita apabila dia melarikan diri ke kedutaan Turki atas alasan orang nak membunuhnya. Padahal masa tu Saiful yang buat report polis sebab dia kena liwat dek Anwar. Hebat sungguh Anwar ni. Dia meliwat orang, dia tuduh orang nak bunuh dia. Dia main perempuan, dia cakap itu perangkap UMNO.

Anwar ni memang layak dimasukkan didalam The Guinness World Record sebagai manusia paling penipu diabad ini.

Read more »

Bersumpah : Najib Berani Anwar Takut



Read more »

Thursday, April 28, 2011

BILA SENJATA MAKAN TUAN!!!


Kah!Kah!Kah! Kelakar jugak rupanya puak - puak Parti DAPigs ni. Ingatkan diorang pandai sangat. Rupanya diorang lagi bodoh dari Lelaki Y.

Kira bodoh tahap 'Omega' jugak la rupanya DAPigs ni sebenarnya. Konon diorang ingat diorang boleh la nak tipu rakyat. Sekali kantoi, baru padan muka.

Itu pun tak nak mengaku jugak tu. Nak jugak bagi alasan basi untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada mengetahui aktiviti haramjadah diorang.

Diorang jugak yang mintak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

Kononnya diorang tak yakin dengan keputusan pihak Mahkamah sebelum ini. Jadi, nak sangat Keadilan, diorang desak agar ditubuhkan RCI.

Bila RCI dah separuh jalan, kenapa diorang tiba - tiba mempersoalkan integriti prosiding tersebut? Kenapa diorang buat dakwaan yang sebarangan?

Semuanya akibat terbocornya rahsia yang selama ini diorang cuba benamkan daripada pengetahuan rakyat.

Kes rasuah ADUN DAPigs akhirnya bocor dalam sidang prosiding RCI ini yang sememangnya sangat ditakuti oleh puak - puak DAPigs ini.

Malah, semua plot - plot jahat diorang terbongkar apabila seorang kontraktor Cina mengakui wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa ADUN tersebut.

Sekarang, Suruhajaya Siasatan Diraja tu bukan sahaja menegakkan keadilan, tetapi kebenaran dimata masyarakat Malaysia.
It is indeed a relief for DAP after Lee Wye Wing admitted in court that he paid money into DAP accounts for local community projects. Lee also admitted using Bumiputera frontman and companies to secure the projects.
Di mana lagi DAPigs ni nak sembunyi? Apa lagi helah yang boleh diguna pakai untuk mereka terus menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia ni?

Akhirnya, senjata dah makan tuan. Itulah balasannya kalau suka sangat menipu orang lain. Sekarang dah kena pada batang hidung sendiri.

Semut sarankan agar RCI ni panggil balik kontraktor tersebut bagi mendedahkan dokumen mengenai salah laku ADUN DAPigs tu. 

Biar semua rakyat Malaysia tahu bahawa DAPigs ni bukan la parti maksum seperti yang didakwa. Hakikatnya DAPigs ini adalah sebuah parti CHAUVINIST dan OPOTUNIST yang paling BANGSAT dalam Negara. Itu hakikat yang tak dapat disangkal lagi!!!

Read more »

PKR Membazirkan Wang Rakyat

Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM600,000 bagi membina papan iklan di semua kawasan dewan undangan negeri (DUN) dalam kempen mansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata peruntukan membina 56 papan iklan itu diperolehi daripada Akaun Amanah Penswastaan yang disalur kepada Perbadanan Menteri Besar.

"Seperti yang dipersetujui pada sesi DUN lepas, kerajaan negeri akan melaksanakan program penerangan dan promosi mansuhkan ISA.

Papan tanda iklan yang mengandungi maklumat mengenai mansuhkan ISA itu merupakan antara usaha yang dilakukan bagi tujuan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di sini pada Rabu.

Licik sungguh permainan politik yahudi yang diamalkan pembangkang. Mereka dengan celaka menuduh kerajaan BN menyalahgunakan wang rakyat. Padahal mereka sendiri secara terang terang menyalahgunakan wang rakyat. Mereka sanggup membelanjakan RM600 juta ringgit semata mata memasang papan iklan.

Dan syarikat mana yang dapat kontrak pasang papan iklan ni? Dah sah ler kroni kroni mereka jugakan. Dah lah salahguna wang rakyat. Lepas tu menuduh Kerajaan BN pulak. Cukup celaka puak ni semua.

Read more »

SUARA KEADILAN MENGHINA ULAMAK



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 
 
Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.

"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.

"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah. - Utusan Malaysia

Hahaha inilah dia permainan PKR. Menfitnah dan melaga lagakan orang. Berdesing telinga orang PKR bila Datuk Dr Haron Din sendiri mengaku dia membaca Utusan Malaysia. Selepas ni tak ada orang dah nak percaya pada suratkhabar dajjal ni hehehehe.

Read more »

Wednesday, April 27, 2011

PAP Parti Racist di Singapura, DAP racist di Malaysia.


Mari kita dengar lagu PAP. Presiden Singapura percaya sistem dua parti tidak boleh dilaksanakan di Singapura kerana tidak ada pembangkang yang layak. PAP merupakan parti yang melahirkan DAP di Malaysia. Parti ini adalah parti kaum Cina, oleh kaum Cina dan untuk kaum Cina.

Di Malaysia, PAP sebelum terkeluar dari Malaysia melaungkan slogan Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia. Apabila PAP memerintah Singapura, kerajaan Singapura dibawaj PAP hanya memperjuangkan kaum Cina saja.

Mahukah Malaysia menjadi seperti ini jika DAP memerintah Malaysia?

Read more »

Tuesday, April 26, 2011

Ceramah Politik Memakmurkan Negeri


KUALA LUMPUR, 25 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengundang pihak mempertikaikan kerajaan Kelantan agar datang sendiri termasuk menghadiri kuliah Jumaat untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbiran negeri itu. “Menjelang pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan,” kata Mursyidul Am PAS - MalaysianInsider

Humm eloklah tu Pok Nik. Kemajuan negeri bukan dibuat melalui ceramah politk semata mata tetapi melalui perkembangan ekonomi masyarakat setempat, pendidikan, bekalan asas seperti air untuk rakyat dan sebagainya. 

Kalau semua ikut ceramah setiap jumaat, maka mati kebulurlah orang. Apa Pok Nik ni ingat ceramah dia tu mukjizat ke. Orang datang dengar ceramah, perut terus kenyang. Dengar ceramah, poket terus penuh duit. Dengar ceramah, air zam zam keluar mencurah curah dari kepala paip. Macam tu ke Tok Nik?

Macam mana pula dengan peniaga yang teraniaya tu? Adakah masalah mereka boleh hilang kalau dengar ceramah je. Macam mana dengan bekalan air bersih, masalah tanah orang asli, kes projek kambing, kes dadah dan bermacam masalah kat Kelantan tu.

Kita berceramah ada hadnya juga. Berceramah ceramahlah juga tapi kerja kena jalan. Rakyat kena bantu. Bukan bantu dengan ceramah lepas tu minta pulak derma dari rakyat. Tu namanya "pau" duit rakyat. Berubahlah Pok Nik sebelum terlambat. 

Jangan orang Kelantan gulingkan Pok Nik, baru Pok Nik nak sedar. Masa tu jangan cakap itu semua konspirasi sesiapa, tapi salahkan diri sendiri sebab tak buat kerja dengan baik.

Read more »

DNA DAH SAH, PAS MACAM MANA???


Itu satu persoalan yang masih brelegar - legar dikalangan rakyat Malaysia mengenai status Parti yang memperjuangkan Islam ini.

Semalam, Peguam Cara II Negara bagi kes meliwat yang dilakukan oleh Anwar terhadap Pembantu Khasnya, Mohd Saiful, mengesahkan bahawa DNA yang ditemui adalah milik Si Ketua Penipu itu.

DNA yang diambil dari rektum Saiful itu sepadan dengan DNA dari bahan - bahan yang diambil dari lokap dimana Anwar ditahan untuk siasatan.

Hakim Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada menolak terus kes tersebut atau membenarkan pihak pembelaan memulakan sesi pembelaan mereka.

Namun, yang menjadi persoalan utamanya ialah mengenai kedudukan PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Pembangkang.

Adakah mereka akan mempertimbangkan semula kedudukan mereka didalam Pakatan tersebut atau terus bersama - sama dalam perjuangan demi kepentingan Anwar?

Takkan la sebuah parti yang dasarnya memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam mahu bersekongkol dengan seorang pemimpin yang melakukan hubungan luar tabii seperti Anwar ini?

Dimana mereka hendak meletakkan maruah Islam sekiranya mereka masih kekal didalam Pakatan dimasa akan datang?

Takkan mereka hanya akan memikirkan kedudukan mereka didalam Pakatan hanya berdasarkan kes skandal video seks sahaja.

Kalau betul mereka nak memperjuangkan Islam dan menegakkan syiar Islam yang sejati, adalah wajar untuk mereka keluar segera dari Pakatan tersebut kerana ia hanya mencemar kesucian agama Islam sahaja.

Jadi PAS tunggu apa lagi? Buat keputusan segera. Jangan gadaikan kesucian Islam dan maruah umat Islam secara keseluruhannya!!!

Read more »

RAKYAT PERCAYA ANU ARR MELIWAT





Majoriti rakyat biasa adalah mereka yang bukan terlibat dengan bidang guaman, kedoktoran serta pengamal media. Justeru mereka inginkan segala maklumat disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan dengan kata-kata serta ungkapan yang mudah juga.

Yang ingin diperkatakan adalah mengenai kes liwat Anu arr. Diperkatakan dengan cara yang mudah difahami semua lapisan masyarakat.Tidak berbelit-belit serta tidak diputar-belitkan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa DNA lelaki 'Y' adalah sepadang dengan Anu arr. Juga memutuskan  bahawa berlaku kemasukkan ke dubur Saiful dan ianya oleh Anu arr. Bermakna sah Anu arr meliwat Saiful. Pertama kali dulupun Anu arr memang didapati melakukan perbuatan sama oleh mahkamah. Bermakna bukan mustahil Anu arr melakukan perbuatan meliwat dan ini  bukan pertama kali.

Hakikatnya Anu arr memang melakukan perbuatan meliwat itu keatas Saiful dan sesiapa sebelum ini. Namun peguambelanya cuba  mengalih pandangan dengan mempersoalkan kenapa Saiful tidak melarikan diri? Kita merasa hairan kenapa 'Satan' Singh ini persoalkan tentang Saiful pula? Siapakah tertuduh sebenarnya, Anu arr atau Saiful? Persoalan pokoknya adalah; apakah atau benarkah Anu arr meliwat Saiful? Soal sama ada Saiful sengaja menonggeng bontotnya kemuka Anu arr atau memerangkap Anu arr supaya meliwat bontotnya tidak timbul sama sekali dan ianya diluar tajuk perbincangan.

Mungkin Anu arr dan barisan peguamnya termasuk 'Satan' Singh boleh mendakwa Saiful kerana menonggeng bontotnya dan menjerat Anu arr supaya meliwatnya, namun itu harus dibicara berasingan kerana dakwaan yang berlainan. 

Kita juga harian bagaimana seorang peguam berkaliber seperti 'Satan' Singh ini yang suatu ketika dulu mendakwa ada bukti dan meminta kerajaan menyiasat Anu arr sewaktu beliau masih dalam kerajaan dan menjawat TPM boleh menjadi pembelanya seolah-olah orang yang dibelanya tidak bersalah. Jika anak guamnya tidak bersalah kenapa suatu ketika dulu beliau mendakwa ada bukti?

Seluruh rakyat dan dunia melihat kebenaran, bahawa Anu arr sebenarnya bersalah dalam tuduhan meliwat Saiful. Inilah pendapat ramai dan pendapat rakyat. Sama ada Anu arr berjaya memutarbelitkan kenyataan untuk menjadikannya tidak bersalah itu bukan soalnya lagi. Anu arr dengan sokongan peguambelanya bukan saja boleh menafikan Anu arr tidak meliwat Saiful, bahkan boleh pula menuduh  bahawa Saifullah yang memaksanya meliwat, namun hakikatnya rakyat sudah sedar dan percaya bahawa petualang politik adalah seorang peliwat.

Rakyat sudah jemu dengan kes liwat ini yang berpanjangan. Apapun keputusan mahkamah, dalam fikiran rakyat Anu arr lah pesalahnya. Anu arr adalah seorang peliwat yang pandai bersembunyi dibalik pengaruh dan kuasanya. Mampukah Kak Jijah bersumpah bahawa Anu arr tidak meliwat?

Read more »

Monday, April 25, 2011

Sah Anwar Ibrahim Adalah Lelaki Y


Ingat lagi bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat liat nak beri sampel DNA beliau kepada mahkamah bicara kes liwat hingga jadi isu yang heboh. Ramai yang mempersoalkan mengapa beliau takut sangat nak bagi sampel DNA itu.

Akhirnya mahkamah putuskan tiga bahan bukti yang diperolehi dari sel Anwar ditahan pada malam 16 Julai 2008 yakni botol air mineral,berus gigi dan tuala good morning diterima untuk ujian berkenaan.

Perbicaraan kes liwat yang disambung Isnin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk ke babak yang menarik .Khabar yang ditunggu-tunggu terjawab.

Ini bila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa semua ujian DNA yang dibuat oleh dua ahli kimia keatas sampel air mani dalam dubur Saiful Bukhari Azlan dengan tiga barang itu sahkah LELAKI Y itu ialah Anwar. - AgendaDaily

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Begitulah juga dengan Anwar Ibrahim. Sehebat mana dia menipu, seligat mana dia berpusing tetapi yang Haq tetap Haq.Hari ini dalam sejarah, Anwar berjaya dibuktikan bersalah melalui ujian DNA yang dibuat.

Patutlah beriya iya benar dia tidak mahu memberikan sampel DNAnya. Rupa rupanya memang benar dia bersalah. Terkedu semua pengikut dia termasuklah pak lebai didalam PAS. Karpal Singh pun dah kena kamcing gigi sekarang.

Apa "patwa" baru Nik Aziz selepas ini. Adakah masih mahu terus bergelumang dosa bersama Pakatan ataupun berundur kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.?

Read more »

3 TANDAS DAN CMK




Sini ada cerita menarik tentang 3 tandas. Orang Melayu dahulu kala tidak mempunyai sistem buang najis yang sistematik. JAMBAN itu makna kesingkatan JA(Jalan) M(Manusia) B(Buang) N(Najis).

Dulu-dulu ada tiga tandas. Satu tandas timbul, kedua tandas baling dan ketiga tandas pusing.

Tandas timbul ini selalunya kat sungai. Jika insan yang berhajat membuang air besar itu malu diketahui orang perbuatannya, dia boleh melabuhkan punggungnya ke dalam sungai dan buang. Najisnya hanya akan timbul dan hanyut ke hilir. Ini dinamakan tandas timbul.

Tandas kedua adalah tandas baling. Jika sesak-sesak dalam hutan, buang saja najis ke dalam daun keladi atau apa-apa saja daun. Lepas itu, lempar atau baling ke dalam gaung dan sebagainya. Ini dinamakan tandas baling.

Tandas yang ketiga ini mengingatkan saya kepada sahabat kita Cucu Mat Kilau atau CMK. Tandas pusing ini kisah orang buang air besar dibalik banir. Sedang enak membuang air besar, jika ada orang lalu, dia akan berpusing sedikit, ada lagi orang lalu, dia pusing lagi, dan begitu seterusnya hingga dia menemui najis mula-mula tadi.

CMK suka keluar parti. Mula-mula keluar UMNO masuk PKR. Sekarang keluar PKR, mungkin nak masuk PAS. Lepas itu keluar PAS, nak masuk DAP dan akhirnya mungkin nak masuk UMNO balik. Semua pusingan itu penuh dengan najis-najis yang ditinggalkannya!

Read more »

DS Najib Menyokong Blogger


KUALA LUMPUR 24 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak pernah gentar dengan pengendali-pengendali blog, sebaliknya mahu mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kata Perdana Menteri, meskipun kerajaan mungkin tidak bersetuju dengan kumpulan itu pada kebanyakan masa, namun situasi tidak bersetuju tersebut adalah penting bagi kedua-dua pihak.

Kerajaan juga jelasnya, sentiasa mengalu-alukan kritikan yang konstruktif serta membina dan mahu bekerja bersama-sama pengendali blog sebagai sebuah pasukan.

"Terdapat perbezaan antara bercanggah pendapat dan berpendirian untuk tidak bersetuju.

"Namun, yang paling mustahak adalah untuk kita bersama-sama menzahirkan pandangan ke arah membina sebuah negara Malaysia dan ASEAN yang lebih baik pada masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Persidangan anjuran Blog House Malaysia (BHM) bertemakan Blogging Mindfully and Responsibly itu diadakan selama dua hari melibatkan lebih 300 pengendali blog dari seluruh ASEAN.

Program diadakan termasuk diskusi bertajuk Parameters-The Fine Line Between What's and What's Not membabitkan ahli panel seperti peguam dari India, Anirudh Bhati dan blogger, Irwan Abdul Rahman (Hassan Skodeng) manakala Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan pula bertindak sebagai moderator.

Dalam perkembangan sama, Najib berkata, kerajaan akan tetap dengan komitmen untuk tidak menghalang kandungan Internet sebagaimana yang diamalkan sejak pentadbiran Dr. Mahathir.

Bagaimanapun kata beliau, mustahak untuk para pengendali blog dan pengguna Internet menyedari bahawa terdapat sempadan kebebasan yang tidak boleh dilangkaui.

"Kita mengamalkan demokrasi terbuka dan demokrasi digital adalah sebahagian daripadanya. Justeru, sesuatu yang sia-sia sekiranya kerajaan cuba menghalang atau tidak mempedulikan hakikat ini," katanya. - Utusan Malaysia

Read more »

Sunday, April 24, 2011

PAS JERANTUT - RETAK MENJADI BELAH


Adik: Kepentingan kroni dalam politik


Abang: Curang dan petualang politik


Sejak beberapa hari lepas, penganalisi politik Jerantut menumpukan kepada Mesyuarat Agong Pas Kawasan. Menurut sumber dari blog Parlimen 81, meramalkan akan ada gelora dalam Pas kawasan kerana akan ada pertembungan 2 kuasa, dan hari ini telah mencatatkan bahawa segala ramalan itu akhirnya ternyata benar belaka.

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Jerantut diadakan bermula jam 9.00 pagi tadi  (23.4.2011) di Komplek Imam Al-Syafie, Temin dan berakhir kira-kira jam 1.30 tengahari.

Walaupun Dr. Hamzah masih kekal dengan jawatan Yang Di-Pertua Pas Kawasan, namun calon Timbalan Yang Di-Pertua yang ditajanya , Haji Rahman Teh telah tewas. Ini memberikan satu isyarat bahawa kedudukannya dan pengaruhnya sebagai YDP sudah berani disanggah oleh ahli.

Tidak banyak perubah yang berlaku didalam pemilihan berkenaan, namun petunjuk yang diberikan oleh anak tempatan Jerantut adalah inginkan perubahan yang lebih besar lagi yang akan dilakukan oleh parti dalam menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku kepada pemimpin PKR Cabang Jerantut yang juga saudara tua YDP Pas Jerantut ini mampu mencalarkan imej beliau dikalangan ahli Pas. Melihatkan ketidak-setiaan semangat Mohd Nor yang baru-baru ini melompat dari PKR ke parti KITA membuatkan ahli Pas menyimpan anggapan yang sama terhadap beliau.

Banyak pihak berpendapat bahawa ini adalah penggal terakhir beliau akan menjawat jawatran YDP Pas Kawasan Jerantut kerana pada  musim akan datang pasti beliau sudah akan ditentang oleh calon dari anak tempatan - curang dan petualang politik.


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabat saya yang berjaya menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Pas Kawasan dan dalam masa sama terpilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa  Pas Kawasan Jerantut dengan undi ke-3 tertinggi. Saya ucapkan selamat berjuang, dan semoga perjuangan ikhlas itu akan dirahmati Allah dan diberikan kemenangan.

[ Klik untuk rujuk di blog Suara Prihatin UMNO Jerantut ]

Read more »

Saturday, April 23, 2011

PAS Tersasar DAP Menganga


Seramai 80 ahli Pas bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.

“Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi ‘kuda kayu’ tunggangan Pas buat selamanya.“Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk,” dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.

Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.“Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.

“Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar,”
dakwanya.

Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.“Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.

“Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa – apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.“Tapi kalau tengok kepada wakil – wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah – mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas,”
dakwanya.

*Semoga penyokong PAS yang ada di Negeri Pahang celik mata dan jangan kelabu mata apabila terpandang bendera PAS bersimbul kosong dan jangan termakan dengan isu negara dan negeri lain yang dimainkan, mereka takut mahu memperkatakan tentang isu setempat kerana mereka tiada peruntukan dan tiada pengalaman mentadbir, mereka hanya pandai bertakbir sedangkan Kerajaan BN telah banyak memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Read more »

Friday, April 22, 2011

TOYOTA PRIUS GUNA LOGAM NADIR???


Tak habis lagi ke perang pasal Lynas ni? Masih tak faham - faham jugak ke si Fuziah 'Reaktor' dan konco - konco dia tu mengenai isu Lynas ni?

Semalam Semut ingatkan diorang dah akur dengan keputusan yang dibuat oleh MB Pahang untuk mengkaji semula tahap keselamatan projek Lynas ni.

Rupanya, masih lagi diorang menyalak - nyalak tak tentu arah dalam laman twitter. Kali ni bukan Si Fuziah 'Reaktor' tu yang beria - ia tau.

Dia panggil 'geng' dia datang untuk 'back-up' serangan bertalu - talu dari UMB Pahang. Hanya semata - mata untuk menegakkan benang yang basah.

Siap cakap lagi tu, orang lain tak reti bahasa Inggeris melainkan dia je. Jadi dia je yang faham isi kandungan artikel ni. Klik Sini.

Dia 'qoute' kata Fuziah 'Reaktor' yang sebelum ni kata Negara lain dalam dunia tak ada kilang yang macam di Lynas ni dengan memberikan link ke artikel tersebut.


Tapi jelas dalam artikel tu sebut bahawa sebelum ini, US pun ada bukak kilang yang sama yang memproses nadir logam dari Mt. Pass.

Amerika mendominasi pengeluaran hasil bahan yang diproses sejak pertengahan tahun 1960 hingga tahun 1990an seperti dalam rajah dibawah.


Dalam artikel tu jugak dijelaskan bahawa selama ini Jepun sentiasa bersaing dengan Negara China untuk memperolehi hasil bahan yang diproses ini.

Jepun sentiasa mendahului China kerana mereka mempunyai sumber teknologi yang sangat memerlukan bahan - bahan tersebut.

Bagi Negara China pula, mereka lebih banyak menumpukan kepada produksi domestik dan hasil bahan tersebut adalah untuk kegunaan negara mereka sahaja.

Namun kekurangan bahan tersebut telah membuatkan Jepun lebih berhati - hati kerana mereka bergantung kepada eksport teknologi untuk menjana ekonomi negara.

Sebagai contoh, Toyota Prius menggunakan 25 pound logam nadir untuk menggerakkan enjin berteknologi Hybrid mereka.

Penghasilan enjin jenis ini adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan gas hidrogen yang menjadi punca utama pencemaran udara di dunia.
Without rare earths, Toyota and other manufacturers cannot produce the hybrid cars that the world wants. - Financial Sense
Kata si Fuziah 'Reaktor' ni, dia nak selamatkan Bumi kononnya. Habis, kalau tak de bahan yang dihasilkan oleh kilang Lynas ni, macam mana nak hasilkan jentera Hybrid yang dapat mengurangkan pencemaran udara?

Yang paling kelakar sekali, dia tuduh orang tak reti baca bahasa Inggeris. Padahal dia sendiri tak faham apa isi kandungan dalam artikel tersebut.

Nampak sangat putar belitnya si Fuziah 'Reaktor' dan balaci dia ni. Sampaikan bahan bukti depan mata pun dia nak pusing - pusing jugak. Ingat orang bodoh sangat macam dia gamaknya. Ceh!!! Pigidah!!!

Read more »

Anwar Ibrahim Marah Golongan gay Dikritik


BERLIN 22 April – Jerman mengarahkan seorang pengkhutbah Islam dari Jamaica meninggalkan negara ini dalam tempoh tiga hari.

Pihak berkuasa mengarahkan pengusiran terhadap Bilal Philips yang lahir di di Jamaica, tetapi membesar di Kanada itu selepas satu perhimpunan Islam diadakan di Frankfurt, kelmarin.

Philips dikritik kerana menyifatkan homoseksual sebagai jahat dan berbahaya serta menyokong pelaksanaan hukuman mati untuk mengurangkan jenayah. – AFP

Kalaulah Anwar ni berjaya menjadi PM. Rasa rasanya banyaklah tempat tempat untuk golongan gay ni dibuka. Silapharibulan ada pulak golongan gay yang jadi ahli Parlimen. Lagi haru kalau macam tu. Minta mintalah dijauhkan.

Read more »

PKR di Ambang Kehancuran.

Setelah kalah teruk di Sarawak, PKR bagaikan hilang arah. Kemelut peribadi pemimpin mereka, Anwar Ibrahim juga boleh menyumbang ke arah kehancuran PKR. Walaupun penyokong setia PKR tetap tidak percaya kisah perihal moral Anwar Ibrahim, tetapi majoriti pengundi senyap mula yakin, Anwar merupakan orang dalam video yang hangat diperkatakan.

PKR sebagai parti juga telah tercalar imejnya setelah peristiwa 'baling kerusi' dan keluar beramai-ramai pengikut Anwar. Perkara ini berlaku juga dikalangan kawan-kawan Anwar yang sangat rapat dengannya dulu. Walaupun Anwar spin cerita semua mereka dibeli, tidak pernah terfikirkah dibenak kita mengapa 'hanya' ahli PKR yang dibeli.

Jika kerajaan BN mampu membeli ramai orang, mengapa tidak ada orang PAS atau DAP yang dibeli. Mengapa hanya PKR? 

Ini sudah membuktikan ada sesuatu yang tidak beres dalam parti berkenaan. Pemimpin kaya seperti Zaid Ibrahim juga telah keluar parti dan membentuk parti KITA. Takkan pemimpin kaya raya seperti Zaid itu masih berharap BN akan membelinya?

Di Pahang, seorang kuat PKR yang blognya bernama Cucu Mat Kilau juga telah keluar parti. Walaupun tidak berparti tetapi beliau masih kuat menghentam BN. Beliau juga pro DAP. Mungkin CMK akan menyertai DAP. Lepas itu akan keluar dan menyertai PAS. Keluar PAS menyertai KITA. Keluar kita akan menyertai SNAP dan semua parti yang ada dalam Malaysia ini.

Khabarnya CMK menunggu 'sesuatu' untuk menyertai UMNO. Oleh kerana MB berprinsip, dan 'sesuatu' itu tak gugur-gugur, jadi CMK terus menghentam BN. Saya tidak menjadi hairan jika PKR akan berkubur kerana penyokong PKR kebanyakannya 'jalanan' dan tidak intelek.

Dan blog Beranikan Hati memanggil beliau langau.

Read more »

Thursday, April 21, 2011

Sah PDO Portal Fitnah: MB Tidak Ugut Mana-mana Wakil Rakyat!

Sekembali dari Sarawak saya menghadiri dua hari sidang Dewan Undangan Negeri. Apa yang dilaporkan oleh akhbar perdana kenyataan MB tidak seperti apa yang sebenarnya berlaku. Dalam portal 'masuk air' pembangkang: Pahang Daily Online, isu air ini telah di'spin' oleh portal berkenaan. Portal berkenaan menggambarkan MB bertindak mengugut wakil-wakil rakyat termasuk pembangkang.

Saya tidak mahu memberi link portal berkenaan di sini. Saya tidak mahu mencemarkan portal Pahang-ku yang telus ini dengan portal 'pemutar-belit'.

Saya berhak untuk mengulas kerana saya berada didalam dewan, sementara penulis Pahang Daily Online cuma memetik dari laporan suratkhabar Sinar sahaja. Sumber PDO(pedo'oh?) itu sumber yang sekunder, dan diputarbelitkan.

Apabila isu air dibangkitkan, MB memberi satu dateline kepada wakil-wakil rakyat untuk menyenaraikan kawasan mereka yang bermasalah. Wajar MB memberi dateline kerana bagaimana kerajaan akan bertindak tanpa maklumat yang tepat? Jika maklumat yang diminta tidak diberi dateline, MB tidak akan dapat menyelesaikan masalah dalam masa yang ditetapkan.

MB cuma minta kerjasama wakil-wakil rakyat dan jika ada wakil rakyat yang gagal berbuat demikian, kerajaan akan meneruskan usaha membaiki masalah air berdasar maklumat yang dikumpul. Kawasan wakil-wakil rakyat yang gagak memberi kerjasama mungkin akan ketinggalan. Ini hanya cara menyusun kerja, bukan ugutan.

Dari pemerhatian saya, seramai hanya empat wakil rakyat pembangkan - 2 DAP dan 2 PAS - tidak membawa sebarang impak pada sidang Dewan. Wakil pembangkang seperti melukut ditepi gantang, jarang berdebat dan berbahas. Rugi rakyat yang mengundi mereka.

Jadi menjawab tohmahan PDO, kenyataan MB dengan 'angkuh' mengugut wakil-wakil rakyat itu tidak benar. Saya kasihan melihat wakil rakyat PAS hingga ada yang tertidur semasa berbahas kerana kebosanan sebab hanya ada 4 saja rodong mereka.

Read more »

KAWASAN PERINDUSTRIAN GEBENG DITUTUP!!!


Tahniah diucapkan kepada Si Fuziah 'Reaktor' ni sebab berjaya menutup periuk nasi pekerja - pekerja kilang di kawasan perindustrian Gebeng.

Disebabkan dia dan Gerakan Anti Lynas la, pekerja - pekerja kilang dikawasan tersebut kena cari makan ditempat lain.

Malah semua 28,000 orang penduduk dikawasan DUN Berserah juga turut terpaksa berpindah akibat 'kebocoran Reaktor' Fuziah sejak akhir - akhir ini.

Macam mana diorang semua tak pindah kalau dah Si Fuziah 'Reaktor' ni sibuk canang sana sini kata kawasan Gebeng ni merbahaya akibat radiasi dari kilang yang masih belum siap dibina.

Dia konon nak tunjuk hero la kat penduduk kawasan Gebeng ni dan rakan - rakan lain dalam PKR supaya diorang tak boleh kata dia tak buat kerja.

Dengan ancaman yang dia canang sana sini, secara tak lansung turut memberi kesan kepada kilang - kilang lain yang memang dah sedia ada di kawasan perindustrian tersebut.

Apa, kilang - kilang lain yang ada tu tak merbahaya ke? Takkan kilang Lynas ni sahaja yang dia nampak ancamannya? Si Fuziah ni boleh jamin ke Kilang lain tu tak bahaya?

Kenapa secara tiba - tiba sahaja Si Fuziah ni sibuk dengan Lynas? Dia kata kononnya dia dah mula kempen sejak tahun 2008. 

Tapi tak dapat sambutan sehingga berlakunya insiden di Fukushima, Jepun apabila kilang REAKTOR NUKLEAR dikawasan tersebut mengalami kebocoran akibat Tsunami.

INGAT! Fuziah sebelum ni dengan jelas menyebut REAKTOR NUKLEAR! Dia tak sebut pun kilang memproses logam nadir.

Sebab dia sebut REAKTOR NUKLEAR la, orang mula jadi panik tak tentu arah. Tapi sekarang dia dah ubah pendirian. Dia kata itu bukan reaktor, tapi ancamannya tetap sama.

Dah jelas Si Fuziah 'Reaktor' ni kantoi menipu rakyat di Gebeng dan kawasan berserah secara keseluruhannya. Hari ni dia dah tak de modal nak tipu rakyat. 

Jadi dia ubah lagi kenyataan dengan menyalahkan pemberian lesen Premis oleh MPK semata - mat untuk memburuk - burukkan Kerajaan Negeri Pahang.

Macam mana MPK nak bagi lesen Premis sedangkan bangunan tu masih belum siap dibina? Itu persoalannya sekarang.

Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Dah nampak sangat yang Si Fuziah ni bukan nak memperjuangkan keselamatan rakyat. Ianya hanya untuk kepentingan Politik dia sahaja semata - mata. ?

Sekarang kita cabar pulak Si Fuziah Reaktor ni. Berani tak dia bagi jaminan bahawa Kilang Lynas ni merbahaya kepada penduduk di Gebeng? Dari mana sumber dia dapat? Pakar mana yang dia dah jumpa? Adakah boleh kita percaya pakar tersebut?

Macam dia cakap pasal MB Pahang hari tu tak layak nak bagi jaminan mengenai isu Lynas ni sebab MB Pahang bukan pakar dalam bidang tersebut. Habis, dia nak jamin kata Lynas tu merbahaya, dia PAKAR sangat ke dalam bidang ni?

Dah datang tempat orang, nak buat huru hara dan memporak perandakan keadaan. Lepas tu dia cabut lari. Inilah perangai puak - puak dalam PKR ni sebenarnya. Bukan orang tak tau. Dia ingat rakyat ni bodoh sangat macam dia agaknya. Ciet!!! Pigidah!!!

Read more »

MAZLAN ALIMAN BERAIR MATA DARAH DI PAHANG!!!


Kalau mangkuk ayun ni datang ke Negeri Pahang, bukan setakat air mata darah je, mau dia koma terus.

Apa, dia ingat Kerajaan tak 'cakna' ke dengan nasib Generasi Kedua Peneroka Felda ni? Ingat dia sorang je yang tahu mengambil berat terhadap golongan tersebut?

Kononnya dia nak membuktikan yang dia serius nak memenuhi ikrar dalam Buku Jingga dengan membubarkan Felda Plantations Sdn. Bhd.

Sebagai ganti, tanah perladangan seluas 367,000 hektar tanah milik Felda tu akan diagihkan kepada 'sekurang - kurangnya' 79,000 anak - anak Generasi Kedua.

79 ribu tu pun yang berada dibawah Persatuan Anak - Anak Peneroka Felda yang dikenali sebagai ANAK tu je. Yang selebihnya, apa cerita? 

Anak Peneroka Generasi Kedua ada 1.6juta semuanya. Mazlan Aliman nak selamatkan 79 ribu sahaja? Itu keadilan ke namanya?

Itu pun hanya bagi pada anak - anak Peneroka Generasi Kedua Felda sahaja. Yang generasi Ketiga tak dapat apa - apa ke?

Itu je dah nampak sikap 'double-standard' si Mazlan Aliman ni. Dia pun main ikut kroni, tapi nak tuduh orang lain pulak.

Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru - baru ni, Kerajaan Negeri dah meluluskan permohonan untuk menggunakan lot tanah kosong sekitar kawasan Felda sebagai kawasan Pertanian.

Lot - lot tanah tersebut dikenal pasti sebagai lot tanah Kerajaan yang tidak termasuk dalam kawasan Felda dan tidak diusahakan sehingga kini.

Urusan dan proses penyerahan lot tersebut kepada anak - anak Peneroka Generasi Kedua dan Ketiga akan dikendalikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan kerjasama FELDA.

Mudah cerita, semua anak - anak peneroka Felda Generasi Kedua DAN Ketiga dalam Negeri Pahang ni akan dapat lot tanah masing - masing untuk diusahakan kelak.

Permohonan ini adalah jawapan kepada soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lembing, YB Dato' Haji Md. Sohaimi Bin Haji Mohamed Shah. Bukan yang dibangkitkan oleh Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan ANAK yang 'haram' tu.

Semut dapat berita bahawa semua Kerajaan Negeri lain pun ambik tindakan yang sama seperti di Pahang ni KECUALI Selangor.

Jadi, Mazlan Aliman kena pergi tanya balik, kenapa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan si Khalid Gagap tu enggan menyerahkan lot tanah milik kerajaan untuk diusahakan oleh ANAK.

Di Selangor, Kerajaan Negeri boleh buat, tapi kenapa diorang tak buat? Itu sahaja persoalan yang perlu dijawab oleh Mazlan Aliman ni.

Jangan lah setakat bagi janji kosong semata - mata, tapi nak melaksanakannya diluar kemampuan diri sendiri. Dah la menipu rakyat je kerjanya.

Jangan la jadi ketam nak ajar anak berjalan lurus, diri sendiri berjalan senget. Cakap tak serupa bikin. Ada hati nak jadi pejuang konon, padahal diri sendiri pun MALAS!!! Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Buku Informasi LYNAS






















Read more »

share2