Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 28, 2011

FITNAH PAS TERJAWAB!!!


Kalau tak buat fitnah, bukan Haramkah Daily la namanya. Lepas dah buat, mula la tak nak mengaku. Kata blogger yang pertikai.

Awal tadi diorang sengaja menimbulkan pertikaian mengenai bantuan kewangan Yayasan Pahang yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Kalau tak buat fitnah, bukan Haramkah Daily la namanya. Lepas dah buat, mula la tak nak mengaku. Kata blogger yang pertikai.

Awal tadi diorang sengaja menimbulkan pertikaian mengenai bantuan kewangan Yayasan Pahang yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.



Nak tuduh pun tunjuk bukti la. Jangan main tuduh je tak tentu pasal. Zaman sekarang tak de bukti jangan cakap semberono. Jangan cakap yang bukan - bukan.

Kalau ada bukti, tunjukkan. Macam gambar Nik Aziz yang bagi duit zakat tu. Terang - terang dia bagi duit waktu Pilihanraya. Macam la dah tak de waktu lain nak bagi duit tu. Apa hal?

Read more »

PRK Kerdau : PR Sibuk Menyibuk



Patutlah Orang PAS sudah tidak berminat dengan PAS sebab pemimpin mereka selalu sibuk. Sepatutnya mereka yang ada di atas pentas tu tunjuklah pekerti yang baik, janganlah sibuk melayan handphone tu.

Barangkali hp yang 'hok me' (anda) pakai tu, orang lain sudah tidak pakai lagi dah.Jangan hendak menunjuk-nunjuk lah. Entah-entah orang sini buat sendal keretapi berhenti sahaja hp macam tu.

Kalau yang duduk atas sofa tak hormat orang sedang berucap macamana orang di bawah nak hormat. Susah-susah kita tak payah hormatlah orang macam ini.

Read more »

TS MUHYIDDIN DI KERDAU ESOK





Program 1hb. Mac,2011 PRK DUN Kerdau:

2:45 petang - Perjumpaan dengan Warga Pendidik & Jawatankuasa Permufakatan PIBG Parlimen Kuala Krau, khususnya bagi DUN Kerdau di SMK Kerdau.

4:30 petaang - Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Melayu, Cina dan India di Pekan Kerdau.
7:00 petang - Solat Maghrib & Tahlil Dato' Zaharuddin Abu Kasim & Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Mukim Jenderak & Lipat Kajang di Masjid Kg. Kuala Tekal.

Nota:
3:00 petang - Pengumumam Isu MPOB di Dewan Jengka 23 , Dato' Hamzah Zainuddin & TS Isa Samad.

Sahabat blogger diminta bersama diprogram-program berkenaan.






Read more »

Siapa Tuduh Siapa

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar). "Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS. "Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.
Kesian  pulak aku dengan para blogger PAS ni. Sebelum ni mereka dikerah untuk membuat fitnah. Bila dah kantoi, terus je tuan diorang buat buat tak kenal. Tapi kan takkan lah blogger PAS ni akan buat cerita tu sesajer je. Melainkan mendapat arahan dari orang atas. Maklumlah blogger PAS ni blogger berbayar. Buat cerita mesti dapat duit kan.

Macam macam ler alasan nak selamatkan diri sendiri hehehehe.

Read more »

Al-fatihah dan Salam Takziah buat keluarga Datuk Ismail Mohd Yusoff

Seluruh warga kerja Pahang-Ku mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Datuk Ismail Mohd Yusoff, Pengarah SPR negeri Pahang yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.- AL-FATIHAH...

Read more »

PEMBANGKANG HASUT TUDUH KERAJAAN HAMBAKAN PENEROKA

Rumah mewah peneroka di Jengka 25 
yang dijadikan Bilik Gerakan UMNO Bahagian Jerantut



Pembangkang ketandusan isu terutama di DUN Kerdau. Selain dari ketandusan isu, calon UMNO BN juga terlalu gagah untuk ditandingkan dengan calon kitar semula Pas yang sudah 2 kali tewas dalam PRU sebelum ini.

Kita sedar bahawa Pas sertai PRK ini bukan dengan ada harapan menang bahkan penyertaannya juga bukan untuk menang. Pas sertai PRK DUN Kerdau hanyalah untuk mengecilkan majoriti undi kepada calon BN selain dari hanya untuk memecahbelahkan bangsa Melayu terutamanya di felda-felda.

Oleh kerana ketiadaan isu maka Pas telah memainkan isu bahawa selama ini kerajaan telah memperhambakan peneroka felda. DS Najib dalam lawatannya ke felda Jengka 22, 23 dan 25 semalam telah membidas tohmakan pembangkang itu dengan mempersoalkan jika kerajaan menghambakan peneroka apakah 'hamba' itu masih berupaya memiliki 10 ekar tanah dan bahkan rumah yang mewah seperti yang mereka miliki ketika ini.

Ada kalangan peneroka yang kononnya mengeluh dan mempersoalkan apakah yang mereka dapati dari kerajaan sebagai peneroka. Saya cuma minta mereka fikirkan semula, mereka datang ke Felda tanpa sebarang bekalan. Kemudaian mereka diberikan tanah dan sebagainya, justeru bagi menjawab soalan mereka itu jawapan mudahnya adalah; apa yang mereka dapat sudah tentulah felda itu sendiri. Kerana jika mereka bukan jadi peneroka felda maka mereka tidak akan dapat tanah felda 10 ekar itu dan kehidupan yang sempurna ini.

Sepatutnya peneroka menyoal kepada pihak pembangkang yang menghasut mereka itu begini: Apakah yang pembangkang Pas mampu berikan kepada kami sebagai peneroka? Apakah yang Pas telah berikan kepada rakyat kelantan selain dari janji syurga yang tidak siapapun yang mampu berikan selain Allah?

Read more »

PAS Nak Jadikan Peneroka Felda Sebagai Hamba

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas pembangkang yang menyebarkan tohmahan kononnya kerajaan memperhambakan peneroka Felda tanpa mempedulikan kebajikan mereka.



Tegas Perdana Menteri, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Jika kita memperhambakan peneroka, hamba mana yang ada tanah seluas empat hektar? Hamba mana yang ada rumah batu atau rumah separuh batu ataupun sekurang-kurangnya bahagian depan rumahnya batu? Hamba mana yang ada kereta?


‘‘Ada rumah peneroka yang lebih cantik daripada rumah milik pegawai atasan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23.

‘‘Kalau kita hendak perjuangkan Islam, Islam yang bagaimana? Yang miskin? Yang tidak ada tanah? Rumah robek? Itu bukan imej Islam yang diperjuangkan kerajaan. Kita hendak imej yang gagah perkasa dan hebat di mata dunia,” tegasnya.

Kena lagi puak PAS. PRK kali ni dah banyak kali dah puak PAS terkena. Dah memang betul betul tak ada isu. Malah calon PAS pun turut sama hadir meriahkan majlis BN. Sakit dada Nik Aziz dibuatnya hehehehe.


Yang miskin? Yang tiada tanah? Rumah robek? Hahahaha memang itulah yang dimahukan oleh PAS. Orang miskin beginilah yang sering diperguna oleh PAS. Konon konon berjuang untuk islam, untuk rakyat. Tetapi yang semakin kaya adalah pemimpin PAS sendiri. Nak tengok bagaimana rumah penyokong PAS yang dilupakan oleh pemimpin mereka sendiri, korang boleh klik sini

Read more »

KERAJAAN PERPADUAN BERMULA DI KERDAU!!!


Gambar - gambar yang Semut siarkan ini bakal membuatkan Nik Aziz bertambah celaru pemikirannya. Boleh jadi migrain dah orang tua ni.


Malah pengikut - pengikut puak - puak Parti Angguk Saja tu pun dah mula terkedu lidah melihat perkembangan terkini Kempen Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ini.


Mungkin inilah bibit - bibit permulaan bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan? Ikatan Ukhwah seperti ini juga bakal merobek hati Anwar Ibrahim yang gila nak jadi Perdana Menteri tu.


Mungkin selepas ini, dia akan panggil mesyuarat untuk meminta penjelasan mengenai kenapa Calon PAS yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang ni hadir di majlis anjuran BN.


Semut mengalu - alukan sangat kalau betul Kerajaan Perpaduan ini akan dilaksanakan. Tak de la teruk sangat perpecahan Melayu dan Islam dalam Malaysia ni.

Read more »

SESI LAWATAN PM KE KERDAU - BHG.3


Kalau laporan awal tengahari tadi mengenai kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ke kawasan Felda.


Sebelah petang pula, beliau turun ke Kampung Baru Cina, Pekan Kerdau bersama - sama calon Barisan Nasional.


Turut hadir dalam perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan juga Dato Sri Liow Tiong Lai.


Perdana Menteri turun untuk bersua muka dengan masyarakat kaum Cina dan India yang ada disekitar kawasan Pekan Kerdau serta Ladang Bion.


Punya ramai yang turun. Hampir 500 orang penduduk kawasan tempatan yang hadir memberi sokongan kepada calon. Mereka terdiri dari pelbagai kaum.


Tapi dalam ramai - ramai orang yang hadir, ada juga orang yang sesat. Agaknya hati dia ni nak sokong 1Malaysia jugak kot.


Apakan daya, dia dah terlalu banyak makan pil wala' yang disebarkan oleh PAS kawasan Kerdau ni. Jadi sebab tu la sokong roket yang tak de minyak nak ke bulan ni.

Read more »

Sunday, February 27, 2011

UCAPAN DS NAJIB DI KG BATU SAWAR



Dalam rangka lawatan DS Najib menemui penduduk-penduduk kampong tradisional di Kampong Batu Sawar pukul 3 petang tadi (27hb. Fecruari,2022) beliau sempat berucap dihadapan kira-kira 2 ribu penduduk dari kampong-kampong tradisional berhampiran.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan fitnah dan hasutan parti pembangkang yang suka melihat perpecahan dikalangan orang-orang Melayu demi menguasai politik negara. Beliau menyifatkan pembangkang hanya pandai membuat onar disana sini tapi hakikatnya mereka gagal membangunkan ekonomi dan memberi pembangunan infrastruktur kepada negara.

Read more »

SESI LAWATAN PM KE KERDAU - BHG.2


DS Najib ketika berucap di Kg. Batu Sawar


Jam 3 petang, PM berangkat bertemu dengan penduduk-penduduk kampong tradisional dalam DUN Kerdau bertempat di Kampong Batu Sawar, berhampiran dengan kompleks pelancongan Gunung Senyum. Dalam pertemuan singkat itu sempat juga DS Najib bersalaman dan beramah mesra dengan penduduk kampong sambil memperkenalkan calon BN Syed Ibrahim kepada hadirin.

Kelihatan rakyat sangat berpuas hati dapat bertemu dan beramah mesra dengan beliau. Jika ini boleh dijadikan sebagai tandaaras kepada sokongan rakyat kepada calon BN, maka sudah pastinya calon BN akan memenangi PRK ini dengan kemenangan yang besar.



 Kg. Batu sawar dimana rakyat menyambut ketibaan PM Malaysia


DS Najib ketika memperkenalkan calon BN DUN Kerdau, 
Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad.


Read more »

SESI LAWATAN PM KE KERDAU - BHG.1


Wah!! Sehari suntuk semalam tak de pun dengar cerita orang besar nak turun Padang. Cuma masa penamaan calon je.


Mungkin lepas tu semua pakat balik kot. Keletihan gamaknya masing - masing. Tapi hari ni lain sikit.


Hari ni banyak jadual yang diaturkan untuk sesi lawatan turun ke Padang. Bermula di kawasan Felda Jengka 25 dimana ribuan rakyat Felda turut hadir.


PM dijangka turun ke Felda - Felda untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan DUN Kerdau hari ini. Beliau turut diiringi oleh Calon BN, Ustaz Syed Ibra.

Dalam pada tu, sempat jugak puak - puak Pembangkang ni buat hal. Tapi sebab diorang takut nak tunjuk muka, disuruhnya budak - budak usung bendera.


Apa la buruk sangat perangai puak - puak Pembangkang ni ye. Sampaikan budak - budak pun nak dijadikan sebagai balaci diorang. Tak guna betul. Ciet!!! Pigidah!!!

Read more »

TUAN IBRAHIM MAIN 'MERRY GO-ROUND'!!!


Hahahah!!! Ini kali pertama Semut gelak besar tengok gelagat pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Nak pulak puak - puak Parti Angguk Saja ni.

Tak pasal - pasal je Pesuruhjaya PAS Pahang ni mengaku yang diri dia dah songeh sebenarnya. Nampak sangat dia kurang faham dengan strategi perang Psikologi dan Perang Siber.

Kata Tuan Brahim, Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob sengaja menyebar fitnah mengenai isu sijil calon Barisan Nasional.

Kata dia, tidak ada satu pun kenyataan yang dikeluarkan dari mana - mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.

Kononnya, menurut Naib Presiden PAS Pusat tu kata isu tersebut dicetuskan oleh blogger dan tidak ada kena mengena dengan PAS.

Alahai Tuan Brahim. Tak payah la jadi munafik sampai macam tu sekali. Dah baling batu, mengaku je lah. 

Jangan la nak terus - menerus menipu rakyat. Dah buat, mengaku je. Tak payah sembunyi - sembunyi.

Dia bukan apa sebenarnya. Dia dah malu dengan diri dia sendiri. Perkara mengenai isu ini membuktikan bahawa blogger puak - puak pembangkang ni jelas melacurkan amanat Nik Aziz.

Kan sebelum ni Nik Aziz dah pesan kepada mereka yang menjadi pengamal media baru agar jangan menabur fitnah sewenang - wenangnya.

Sekarang dah terbukti puak - puak tu masih juga meneruskan amalan menyebarkan fitnah dan menolak saranan dari Tok Guru mereka sendiri.

Kalau dah dikalangan mereka pun tak dengar cakap Nik Aziz, yang kita bukan ahli ni nak dengar lagi buat apa? Buat mengabihkan beras je.

Read more »

Saturday, February 26, 2011

Janji PAS Bolehkah Dipercayai?

TEMERLOH 26 Feb. — Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya menyedari bukan mudah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau walaupun menampilkan calon terbaik parti.

Sambil mengharapkan Hassanuddin Salim, 43, yang berpendidikan tinggi dan mempunyai keluarga di kawasan DUN itu dapat memberi kemenangan kepada Pas, Abdul Hadi mengakui parti itu berdepan laluan sukar di Kerdau.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon, Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini, hari ini, beliau berkata Pas tidak akan menggunakan kempen yang menyerang peribadi lawan dalam setiap ceramahnya sepanjang kempen berlangsung. — Bernama 
Belum apa apa PAS dah menyerah kalah hehehehe.Tentang janji tak akan serang peribadi lawan, aku tak berapa nak percayalah. Sebabnya kalau bab bab serang peribadi calon lawan ni dah memang jadi darah daging PAS sendiri. Lagipun belum apa apa, puak PAS dah buat cerita calon BN tak ada sijil kelayakan. Itu belum campur cerita yang diaorang ni memburukkan arwah ayah calon BN di Merlimau pulak.

Huh memang susahlah nak percaya dengan janji puak PAS ni.

Read more »

PAS Mati Pucuk

Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad hari ini menjawab tohmahan pembangkang mengenai status pendidikannya dengan menunjukkan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya dari Universiti Al-Azhar, Mesir kepada pemberita.

"Seminggu saya bertahan...saya tidak suka menunjukkan sijil (ijazah), tapi terpaksa, bukan untuk takbur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, di sini.

Syed Ibrahim berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas didesak banyak pihak bagi mengemukakan bukti latar belakang pendidikannya itu.

"Saya diajar supaya tidak menuntut ilmu untuk berbangga, untuk jatuhkan orang tetapi saya dididik untuk berkhidmat dan memberi ilmu kepada masyarakat,” katanya.
Syed Ibrahim, 44, menerima ijazah tersebut pada 1997.

Katanya, beliau tidak pernah berasa kesal dan terkilan dengan tuduhan yang mengatakan beliau menipu berhubung kelulusan akademiknya itu.

Hehehehe isu apa lagi puak PAS nak pusing. Cukup cukuplah tu. Dah terang lagi bersuluh insyaallah PAS akan kalah di Kerdau nanti.

Read more »

MUBARAK MENGGANAS LAGI!!!


La, ingatkan dah selesai krisis yang berlaku di Mesir ni. Rupanya belum selesai lagi. Ada lagi Mubarak ni rupanya. Semakin mengganas lagi pulak tu katanya.

Semut dengar khabar, Mubarak akan turun ke Kerdau untuk membantu jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kerdau bermula hari ini.

Majlis Bekas Wakil Rakyat Pahang (MUBARAK) dijangka akan turun padang secara agresif dengan memberi fokus kepada golongan veteran sekitar kawasan Kerdau nanti.

Yang DiPertua Mubarak Pahang, Datuk Abdul Jabbar Ibrahim berkata, Majlis itu tidak mahu golongan tersebut terasa diri mereka terpinggir.

Pendekatan itu katanya adalah untuk mendekati golongan tersebut bagi memastikan jasa mereka tidak akan dilupakan. Begitu juga sebaliknya.

Datuk Abdul Jabbar juga menambah, pengundi di DUN Kerdau tidak ada alasan untuk menolak BN memandangkan semua kehendak mereka dipenuhi oleh pihak Kerajaan.

Hehehe. Ingatkan Si Hosni Mubarak tu yang nak mengganas di Kerdau. Rupanya Majlis Bekas Wakil Rakyat Pahang.

Tapi pendekatan yang diambil oleh Mubarak ini satu pendekatan yang baru dan sangat dialu - alukan. Kerana jasa yang ditaburkan oleh golongan Veteran ini cukup besar dan memang wajar dihargai.

Bukan la macam sesetengah pihak tu. Berapa banyak yang Kerajaan dah bagi pun, diorang tetap juga tak puas hati. Kufur nikmat. Tapi kata memperjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Friday, February 25, 2011

PAS Hanya Mampu Menyusahkan Rakyat Di Dunia Dan Di Akhirat

Yayasan Pahang (YP) meningkatkan kadar biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mulai tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dengan kenaikan itu, kadar biasiswa bagi murid cemerlang dinaikkan kepada RM300 seorang berbanding RM200 sebelum ini.
''Bagi pelajar sekolah menengah, mereka yang cemerlang akan menerima biasiswa sebanyak RM600 seorang berbanding RM500 sebelum ini," katanya. 
DS Adnan yang juga Pengerusi YP menegaskan, kerajaan akan terus memberikan bantuan kepada pelajar cemerlang dan miskin di negeri ini supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan mendapat pendidikan yang baik.
Katanya, bantuan pendidikan yang disalurkan melalui YP berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang apabila jumlah mereka memasuki universiti tempatan dan luar negara semakin bertambah. Utusan Malaysia
Apa yang PAS boleh buat untuk membantu rakyat didalam pelajaran? Oh lupa PAS boleh hanya boleh mengajar pelajar menipu supaya menang pilihanraya kampus (klik sini). Itu je lah yang mampu dibuat oleh PAS. Mentarbiah golongan muda supaya membuat perangai buruk. Buat benda berfaedah langsung tak ada.

Nak membantu anak pengikut sendiripun tak mampu. Masih mengharapkan Kerajaan untuk menolong. Itupun masih lagi tak sedar diri. Masih mencaci maki Kerajaan cakap Kerajaan ni zalim. Padahal pemimpin dan parti sendiri yang zalim tak sedar.

Read more »

KERDAU: CALON 'RECYCLE' YANG TAK MENGENANG BUDI???


Tak pelik la kenapa PAS letak si Hassanuddin sebagai calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau ni rupanya.

Walaupun si Hassanuddin ni dah dua kali tewas dalam Pilihanraya Umum, beliau juga tidak diterima rakyat tempatan sebenarnya.

Calon 'recycle' PAS ni juga merupakan anak tempatan. Ini kali pertama PAS tak gunakan 'pemain import' untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil. Tak macam sebelumnya.

Hassanuddin ni juga merupakan legasi dan simbol PAS yang sebenarnya. Katanya dia seorang usahawan yang memiliki kelulusan Diploma Ukur Tanah dari UiTM.

Belajar pun kat Universiti yang dibina Kerajaan khusus untuk Bumiputera. Tapi bila keluar, jadi pembangkang. Nampak sangat la jenis manusia tak mengenang budi dia ni rupanya.

Selain itu, si Hassanuddin ni juga pernah terlibat dalam kerja - kerja pembinaan kontrak berskala besar seperti pembinaan infrastruktur di Hospital Temerloh.

Kontrak pun Kerajaan jugak yang bagi. Itu pun dia masih jugak nak kata Kerajaan ni kejam la, menindas rakyat la dan sebagainya. Memang sah jenis manusia tak berguna, macam sampah.

Tapi nak buat macam mana. Itu dah menjadi sebahagian legasi Parti Angguk Saja ni. Orang bagi bunga, dia balas taik. Mana reti nak berterima kasih. Apatah lagi nak mengenang budi. Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

PAS Suka Calon Recycle


Akhirnya PAS sudahpun menurunkan ayam sabungnya. Ingatkan Tuan Ibrahim Tuan Man yang jadi ayam jantan rupanya dia memilih jadi ayam betina. Dihantar pula Hassanudin Salim untuk mencabar Syed Ibrahim. Pengumuman ini dibuat oleh tok guru PAS sendiri. Humm takley cakap apa dah. Kata kata tok guru tu adalah fatwa yang harus ditaati.

Tapi tak kisahlah siapapun yang jadi ayam sabung PAS. Semuanya akan disembelih buat rendang. Insyaallah BN akan menang di Kerdau nanti.

Read more »

FUZIAH SALLEH DIPERTIKAI!!!


Puak Pakatan Pembangkang ni nampak gayanya dah tak de kerja lain dah sekarang ni. Dok sepak orang tu, tampar orang ni je dah kejenya.

Tapi yang ditampar dan ditempeleng tu semua dikalangan diorang sendiri je. Dah di bantainya beramuk sesama dia pulak dah sekarang ni.

Orang ni kata macam tu, orang tu kata macam ni pulak. Maklum la, semua otak penipu belaka. Habis semua benda nak dipusing - pusingkannya.

Baru - baru ni, si Azmin Ali menafikan beliau gagal dalam ujian sistem KPI yang dibuat oleh partinya sendiri. Kata dia, dia sendiri pun tak tahu pun ada sistem tu dalam parti.

Maka hari ni muncul la bos kesayangan dia, Si Ketua Penipu tu untuk 'back -up' kenyataan anak emas dia yang dibuat sebelum ni.

Dia pun turut mengesahkan bahawa sistem KPI seperti yang dilaporkan itu tidak wujud. Jadi macam mana boleh ada laporan, kata beliau.

Tapi lain pulak kata Tian Cuak. Kata dia, sistem tu ada untuk memerhati sokongan rakyat terhadap wakil rakyat PKR. Kalau mereka jatuh dibawah 'par', maka kemungkinan mereka akan digugurkan sebagai calon dalam PRU akan datang.

Tian Cuak tu walaubagaimana pun menyatakan bahawa nama yang disebut sebelum ini tidak terlibat dalam sistem tersebut dan laporan mengenai mereka memang tidak ada.

Aik, kenapa pulak diorang tak terlibat? Ada 'double-standard' jugak ke dalam sistem KPI parti PKR ni? Kata diorang memperjuangkan keadilan. Tapi nama - nama besar tak termasuk dalam sistem KPI, kenapa? Adil menda jadahnya.

Sebelum ini pun si Fuziah Salleh tu kata sistem tu dia yang buat pada tahun 2009. Masa tu katanya dia jadi Pengarah Latihan PKR. 

Yang peliknya, dia yang buat, tapi nama dia sendiri tak de. Padahal dia lagi teruk dalam menjalankan tugas. Sampaikan ada pengundi dia sendiri pun tak kenal siapa dia.

Mungkin sebab tu la Si Ketua Penipu tu kata diorang tak perlu ada kabinet bayangan. Nak ada kabinet bayang buat apa kalau dah semuanya tak buat kerja.

Kalau ada pun sistem tu pun bagus jugak. Sekurang - kurangnya dapat jugak dia pantau perkembangan wakil - wakil rakyat mereka sama ada buat kerja atau tidak.

Tapi kalau dah dia sendiri pun tak buat kerja, apa gunanya? Buat malu muka je. Sebab tu la dia kata benda tu tak wujud. Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

Thursday, February 24, 2011

TAKLIMAT AHMAD MASLAN DI JENGKA 23



Datuk Ahmad Maslan di Sidang Akhbar mengenai lawatan PM di Jengka 23




Petang tadi (23.2.2011, Datuk Ahmad Maslan dalam sidang akhbarnya di Balai Raya Jengka 23, memberikan taklimat mengenai rangka jadual kawatan YAB Perdana Menteri pada 27hb Februari nanti ke Felda Jengka 22, 23 dan 25.

Berhubung dengan PRK DUN Kerdau, beliau juga memaklumkan bahawa 57 peratus undi dalam DUN Kerdau adalah datangnya dari 3 Peti undi Jengka berkenaan manakala 43 peratus lagi datangnya dari 10 peti undi lainnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa dalam ucapan Mat Sabu dalam kempennya, merayu pengundi Merlimau memberikan undi kepada Pas atas alasan Pas tidak mampu bersuara sebagai pembangkang kerana ketiadaan kerusi didalam DUN Melaka. Bagaimanapun, Ahmad Maslan menegaskan bahawa tidak perlu undi simpati diberikan kepada Pas bagi DUN Merlimau kerana suara Pas sebagai pembangkang sepatutnya boleh didengar melalui 'sahabatnya' DAP. (Sila klik untuk baca lagi)

Sumber: DUN Kerdau

Read more »

MANA KEBEBASAN BERSUARANYA???

Nampak sangat la puak - puak pembangkang ni jelas berlidah cabang. Cakap tak serupa bikin. Macam biawak je diorang ni.

Kalau bercerita, mau runtuh bumbung dewan. Bumi pun boleh bergegar. Tapi malangnya, semua bohong belaka. Tipu helah diorang je semata - mata.

Konon mereka memperjuangkan kebebasan bersuara. Kebebasan Media dan sebagainya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mula 'sempa' muka. Mula 'songeh' je masing - masing.

Hari tu, si Faekah Husin sibuk pertikaikan penerbitan akhbar Selangor Terkini. Kali ni, puak - puak Pakatan Haram tu sibuk racun pemikiran pendidik di sekolah pulak.

Katanya, pihak sekolah mendapat tekanan dan bantahan dari kumpulan Pendidikan Cina serta Parti Pembangkang berikutan isu akhbar percuma Utusan Malaysia.

Dek sebabkan tekanan itu, pihak sekolah terpaksa menukar keputusannya untuk menerima sumbangan akhbar tersebut.

Kata Pengerusi Lembaga Sekolah SRJK (C) Semambu, Kuantan, sekolah tersebut pada asalnya memang mahu menerima akhbar tersebut bagi tujuan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dikalangan pelajarnya.

Tapi sebab dah asyik ditabur racun oleh puak - puak pakatan haram ni, keputusan yang baik itu  terpaksa ditarik balik.

Kononnya bagi mereka, pelajar tidak seperti orang dewasa. Tak dapat nak membezakan laporan dalam akhbar Utusan tu. Lazimnya kata dia, laporan Utusan tu semuanya berat sebelah dan bersifat perkauman.

Apa salahnya kalau pelajar - pelajar tu baca akhbar tersebut? Dah niat diorang nak baca untuk meningkatkan kemahiran bahasa Melayu. Biar je la diorang baca.

Yang diorang nak takut tak tentu arah kenapa? Bukan pelajar tu nak kisah sangat pasal isi kandungan surat khabar tu.

Yang pentingnya, susunan ayat, tatabahasa dan pengunaan ayat yang betul. Supaya pelajar - pelajar tu tau nak susun ayat dalam karangan.

Dulu masa Semut belajar pun macam tu jugak. Baca, tulis dan faham. Bahasa Inggeris, baca News Strait Times atau The Star. Baru boleh mahir.

Ini tidak. Kata kebebasan media la, kebebasan bersuara la. Kalau dah main sekat - sekat macam ni, bebas menda jadahnya? Menipu belaka kerja dioarang ni. Ceit!!! Pigidah!!!

Read more »

MB PAHANG HARGAI PERANAN BLOGGERS SEMPENA PRK DUN KERDAU




Crew PahangKu sempat menemubual YAB MB Pahang, DSdR Hj. Adnan Yaakob, sejurus selepas beliau selesai menghadiri Majlis Penyampaian Biasiswa Sekolah Menengah, Biasiswa Sekolah Rendah dan Hadiah Pelajar Cemerlang bertempat di Sekolah Menengah Telok Sentang, Temerloh.

Dalam temubual sigkat itu beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para bogger pro kerajaan yang berusaha membantu UMNO BN dalam kempen PRK DUN Kerdau yang akan diadakan tidak lama lagi. Kepada para bloggers pro kerajaan, bersamalah kita berkongsi kebangaan ini semoga penghargaan yang YAB MB Pahang berikan ini akan menjadi dorongan kepada kita semua untuk memulakan langkah kita membantu UMNO BN dengan keikhlasan.

Read more »

Puak PAS Sakit Perut Cirit Birit

Golongan belia dan peneroka di tiga tanah rancangan Felda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yakin calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad mampu menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
 
Keyakinan itu berasaskan kepada pengetahuan luas beliau dalam bidang agama dan sikap proaktifnya dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka, Mohd. Nasaruddin Mohd. Nasir berkata, Syed Ibrahim mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada pilihan raya akan datang.

''Generasi baru Felda yang pernah mendengar ceramah motivasi daripada Syed Ibrahim sangat teruja dengan pemilihan itu dan menganggapnya sebagai sangat tepat.

''Syed Ibrahim memiliki ciri-ciri kepemimpinan, bertanggungjawab dan sering mengadakan ceramah keagamaan kepada pelajar dan masyarakat,'' jelas beliau ketika mengulas pemilihan Syed Ibrahim sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau.

Timbalan Pengerusi Majlis Belia Felda Jengka 22, Mohd. Shukri Hashim, 28, turut menyifatkan Syed Ibrahim sebagai individu terbaik yang dapat ditonjolkan dalam DUN itu.

''Selaku pemimpin belia di rancangan ini saya akan sentiasa bersama calon BN supaya dapat memberi perhatian yang baik terhadap pengundi,'' katanya.

Bagi seorang peneroka, Omar Ali Yaakob, 64, faktor calon yang digemari pengundi dapat memastikan majoriti undi yang diperoleh lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-12.

Seorang ahli Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Jengka 22, Zuraida Ishak, 38, menyambut baik pemilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu sebagai calon BN.

Menurutnya, Syed Ibrahim yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang agama, mudah mesra, ikhlas dan komited terhadap tugas.
Seorang peneroka Felda Jengka 25, Md. Nasir Ahmad, 49, memberitahu, pemilihan Syed Ibrahim sangat tepat malah, menepati suara akar umbi yang memerlukan beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu.

''Peneroka Felda Jengka 25 yang rata-rata menyokong UMNO tiada masalah menyokong Syed Ibrahim bagi memastikan undi tertinggi diperoleh pemimpin UMNO,'' katanya.

Read more »

BULAN MENGAMBANG DI KERDAU!!!


Bukan senang nak tengok dua bulan mengambang ni. Kalau siapa - siapa yang dari keturunan 'Serigala Jadian', dia pun mesti pening kepala gak. Sebab tak tau bulan mana yang dia kena ikut.

Tapi yang pasti, dua - dua bulan ni warna putih bersih. Dia tak berlangitkan hijau dilatar belakangnya. Sebab tak pernah ada langit warna hijau. Air lumut ye warna hijau.

Kesempatan Semut merayap di sekitar kawasan Kerdau malam tadi memberi gambaran keadaan DUN tersebut. 

Besar juga kawasannya. Tak tercapai pulak dek akal sampai ada kawasan yang kena seberang sungai lagi ni.

Malam tadi juga katanya di Bilik Gerakan Barisan Nasional, ada program pelancaran skuad bermotor. Semut tak singgah la pulak ke program tu. 

Sebab masa Semut sampai pun dah habis, semua budak - budak tu dah balik. Jadi nak singgah pun tak guna jugak.


Dah puas merayap, Semut singgah minum dengan kawan - kawan. Tengok 'review' perlawanan bolasepak pusingan kelayakan Olimpik, Malaysia bertemu Pakistan. Yang pasti Malaysia menang 2 - 0.

Dalam pada tu sempat jugak berborak dengan penduduk setempat. Semut tanya mengenai kebarangkalian calon PAS di Kerdau. Siapa pilihan atau telahan penduduk setempat?

Mereka kata, kalau Tuan Ibrahim, penduduk sini tak berapa suka sebab dia bukan anak tempatan. Dia pendatang luar kawasan. 

Katanya dari Terengganu. Sebab tu dia ada nama Tuan dan gelaran Tuan ni biasanya berasal dari Terengganu.

Kalau diorang letak calon lama, Hasanuddin lagi la orang tak terima. Walaupun dia orang tempatan, tapi katanya selama ni dia dapat undi pun dari penduduk kampung dia aje. Kira puak - puak 'kedarak' dia je yang mengundi dia ni.

Jadi secara tak lansung PAS sebenarnya menghadapi dilema untuk memilih calon yang sesuai bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.28 ni rupanya. 

Tapi dengar kata ada nama ketiga. Siapa pulak orang ketiga tu ye? Misteri itu bakal dirungkai hari ini selepas si Wali Terompah tu membuat pengumumannya nanti.

Cuma tinggal satu misteri je lagi yang masih belum selesai. Misteri siapa 'Lelaki Y' masih juga tidak berjawab. Bila nak selesai kes Si Al - Juburi tu, entah la. Dah berjanggut orang tunggu.

Mana taknya, daok asyik Poo...singh sana, Poo...singh sini. Bila nak selesai?

Read more »

share2