Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 31, 2011

Pahang Daily Online Mengaku Memfitnah


cucu mat kilau kanan sekali - ehsan Panglima Perang Cyber

Akhirnya Pahang Daily Online atau PDO telah mengaku salah kerana memfitnah Saiful Bahari. PDO telah membuat fitnah terhadap saiful dengan menyiarkan berita Saiful tenat setelah membuat sumpah mubahalah berkenaan kes dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Disebabkan fitnah yang dilemparkan, blogger cucu mat kilau atau Mohd Shukri Mohd Ramli telah ditahan pihak polis ekoran laporan polis yang dibuat oleh Saiful. Dan sekarang PDO telah mengaku salah dan memohon maaf diatas perbuatannya (klik sini). Malah PDO juga sudah bersikap berkecuali didalam kes liwat Anwar Ibrahim.

Semudah itu saja PDO mahu meminta maaf? Sedangkan perbuatan fitnah yang dibuatnya telah menjejaskan nama baik Saiful sekeluarga. Tidak kah mereka sedar bahawa fitnah itu lebih berat daripada membunuh. Selagi Saiful tidak memaafkan perbuatan cucu mat kilau ini, selagi itulah dia akan menanggung dosa ini sehinggalah hari kiamat kelak.

Ternyata PDO ini tiada kreadibiliti untuk dijadikan sebagai sumber berita dan rujukan. Taraf PDO hanyalah seperti akhbar Harakah yang tidak mengandungi isi berguna melainkan sampah fitnah semata mata.

Read more »

PKR ~ PARTI KOYAK RABAK



MENGIKUTI perkembangan terbaru yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), mungkin selepas ini parti itu lebih layak digelar Parti Koyak Rabak. Hati barisan pemimpin yang ikhlas berjuang untuk mencapai matlamat perjuangan parti yang ditubuhkan pada 1999 itu bukan sahaja telah carik, malah semakin koyak rabak angkara sikap penasihat parti itu sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran itu, semakin banyak pemimpin PKR keluar parti selepas mendapati niat ikhlas mereka berjuang untuk memperkasakan PKR adalah sia-sia. Mereka kini sudah melihat bahawa perjuangan asal parti telah lari daripada matlamat asal sekali gus memaksa mereka angkat kaki. Mereka sedar bahawa selama ini, mereka hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar yang beria-ria mahu menawan Putrajaya. 

Mereka juga sedar bahawa PKR kini bergerak semata-mata untuk memperjuangkan nasib Anwar, bukannya nasib rakyat seperti yang dilagukan.

Tidak ada hebatnya kedudukan parti yang menyaksikan barisan pemimpinnya keluar meninggalkan perjuangan, seorang demi seorang. Kita tentu masih ingat Timbalan Presiden Chandra Muzaffar, Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan, Naib Presiden Marina Yusuf dan Setiausaha Agung Anuar Tahir telah lama meninggalkan parti tersebut. Kenapa mereka keluar? Tidak setiakah mereka terhadap parti atau ada sesuatu yang memaksa mereka berbuat demikian.

Semalam seperti yang dilaporkan media tempatan, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan gaya kepimpinan Anwar yang terlalu memanjakan anak emasnya, Azmin Ali sehinggakan semua nasihat daripada barisan pemimpin parti itu tidak dipedulikan kerana sayangnya Anwar terhadap Azmin. Mungkin kenyataan Gobalakrishnan itu menjawab segala persoalan di atas.

Kita tertanya-tanya juga, apa agaknya ilmu yang ada pada Azmin sehinggakan Anwar sanggup kehilangan sebilangan besar pemimpin parti, semata-mata mempertahankan anak emasnya itu. Adakah ilmu penunduk, ilmu pengasih atau apa saja ilmu yang membuatkan Anwar lebih rela melihat kerosakan berlaku pada PKR daripada melihat kerosakan menimpa Azmin.

Dalam hal ini, hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui, selain yang empunya diri - Anwar dan Azmin tentang apa sebenarnya yang melanda parti tersebut. Jika dihitung satu persatu wajah-wajah pemimpin yang meninggalkan PKR seperti yang disiarkan akhbar ini semalam, jumlah mereka yang tekad meninggalkan parti itu adalah 36 orang, tidak termasuk Gobalakrishnan. Beliau menjadi pemimpin yang ke-37 keluar parti.

Kita percaya, selepas ini akan banyak lagi yang akan mengikut jejak mereka. Ini kerana mereka semakin sedar bahawa Penasihat PKR itu bersama Timbalan Presiden PKR berjuang bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi untuk kepentingan sendiri. Disebabkan itulah, maka di antara empat kerajaan negeri yang dipimpin oleh pakatan pembangkang di negara ini, negeri Selangor yang dipegang oleh PKR menjadi negeri yang paling kucar kacir. Lebih menyayat hati apabila menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri panas punggung kerana kerusinya kini diintai oleh Azmin yang mendapat sokongan kuat Anwar. 

Jika dalam sebuah pentadbiran negeri, sudah menampakkan kekalutan dalam pemerintahan, maka kita sudah dapat bayangkan betapa huru hara dan kacau bilau negara jika diperintah oleh pakatan pembangkang. Soalnya, PKR wujud untuk siapa dan apa perjuangannya? Memang rakyat wajar bertanya kerana mereka sendiri keliru adakah mereka telah tersalah memberi tanggungjawab kepada PKR dalam pilihan raya umum yang lalu. 

Masih belum terlambat untuk rakyat membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Singkirkan terus parti koyak rabak ini daripada sanubari dan buatlah pilihan bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara yang lebih menyakinkan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Read more »

PRK Tenang : Kisah Lucu Di Tenang



Seorang penyokong PAS bertemu dengan seorang pemuda yang juga pengundi DUN Tenang. Penyokong PAS tersebut berkempen minta pemuda tersebut masuk Parti PAS.

Pemuda tersebut setuju dan mengajak penyokong PAS tersebut ke rumahnya.
Mereka kemudian pergi ke rumah pemuda tersebut untuk urusan pengisian borang keahlian PAS.

Semasa di rumah pemuda tersebut, pemuda itu minta dua syaratnya dipenuhi. Penyokong PAS tersebut setuju tetapi bertanya 'apa dia....?'. Pemuda tersebut kata "pertama dia mahu borang keahlian PAS dan kedua dia mahu borang masuk syurga". Mendengar kata-kata tersebut penyokong PAS tersebut terus beredar.

Pengajaran : PAS jangan cuba memperbodohkan sesiapa lagi selepas ini. Dulu lain sekarang lain. Kempen PAS jika undi PAS masuk syurga dan undi BN masuk neraka sudah tidak relevan lagi.

PAS mendakwa ia memperjuangkan Islam dan UMNO menentang Islam kerana UMNO menentang PAS. Kempen ini sudah tidak relevan lagi. Perjuangan kita untuk menentang PAS adalah murni kerana mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya.

Read more »

BN MENANG BESAR DI TENANG

Saat diumumkan kemenangan


Sidang akhbar TPM selepas diumumkan kemenangan BN

Akhirnya BN menang dengan majoriti 3707, lebih besar dari dahulu walaupun dalam keadaan basah oleh hujan lebat dan banjir di sekitar Labis.

Calon BN Azhar Ibrahim mendapat 6699 undi manakala penentangnya Cikgu Mala hanya mendapat 2992 undi. Bagaimanapun majoriti kemungkinan menjadi lebih besar sekiranya lebih ramai yang keluar membuang uindi, ini berikutan trend orang-orang Melayu kembali menyokong UMNO dan BN.

Apapun, tahniah kepada pihak berkuasa yang dapat mengawal keadaan agar sentiasa tenang dan para pemilih dan membuang undi dalam suasana tenteram.

Bukan sedikit sumbangan yang diberikan yang diberikan oleh pasukan keselamatan semasa kempen pilihanraya DUN Tenang ini, selain dari memastikan suasana aman siang dan malam mereka juga bertugas dengan cekap dalam operasi bantuan dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.


Read more »

Lim Guan Eng Keluar Fatwa Undi PAS Masuk Syurga




Didalam kekalutan untuk menarik sokongan pengundi kepada mereka, DAP malam tadi telah mengeluarkan satu "fatwa" iaitu pengundi cina yang mengundi PAS dijamin masuk syurga. Nampaknya sah lah syurga PAS pun orang kafir boleh masuk. Asalkan rukun pertamanya dipenuhi iaitu mengundi PAS.

Tetapi ada ke pengundi cina yang tertipu dengan syurga ciptaan PAS tu hehehehe. Sah lah Lim Guan Eng pun kena kencing dengan Nik Aziz hehehe.

Undilah Calon Barisan Nasional Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik.

Read more »

KEPUTUSAN TIDAK RESMI PRK DUN TENANG



Segala maklumat yang diberikan disini adalah dari sumber yang boleh dipercayai, bagaimanapun sila rujuk kepada SPR bagi keputusan muktamad.

Sila terus berada diblog ini untuk menerima keputusan PRK Tenang secara langsung.



Kampung Redong - BN MENANG!
BN: 462
PAS: 105
Pekan Ayer Panas - BN MENANG!
BN: 220
PAS: 48
Ladang Labis Utara - BN MENANG!
BN: 152
PAS: 40

Bandar Labis Timor - BN MENANG!
BN: 671
PAS: 144
Bandar Labis Tengah - PAS MENANG
BN: 365
PAS: 801
Labis - BN MENANG!
BN: 400
PAS: 306

Felda Tenang - BN MENANG!
BN: 950
PAS: 160
Sawah Bahru - BN MENANG!
BN: 212
PAS: 55
Tenang Station - BN MENANG!
BN: 746
PAS: 352
Ladang Bukit Dato - BN MENANG!
BN: 352
PAS: 99
Chemplak Barat - BN MENANG!
BN: 838
PAS: 142
Chemplak - BN MENANG!
BN: 985
PAS: 135
Undi POS: BN MENANG!
BN: 115
PAS: 3

KESELURUHAN -
BN: 6698 (69.1%)
PAS: 2963 (30.6%)

Undi Rosak: 35
Keluar mengundi: 71.17%

Read more »

Sunday, January 30, 2011

KONVENSYEN BN PAHANG 30. JANUARI, 2011

Pemimpin tertinggi BN negeri di Kovensyen BN Pahang



Berikut adalah foto-foto sekitar Konvensyen Barisan Nasional Pahang pada hari ini 30hb. Januari 2011 bertempat di Dewan Jubli Perak, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

KUANTAN 29 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) Pahang terus menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan parti itu dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan.

Perdana Menteri menegaskan, bagi mencapai matlamat itu, parti-parti komponen dalam BN negeri perlu mengetepikan perkara remeh-temeh yang boleh melemahkan kekuatan parti.

Sebaliknya tegas beliau, semua parti komponen dalam BN negeri perlu berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat untuk berdepan dengan pembangkang.

''Ini kerana golongan pembangkang adalah musuh kita yang sebenar," katanya dalam perutusan buku cenderamata Konvensyen BN Pahang yang dikeluarkan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen itu dilihat mampu meningkatkan lagi semangat bekerja di kalangan pemimpin dan anggota BN sekali gus memperkukuhkan kesepakatan bagi memastikan perjuangan parti terus diterima rakyat.

Beliau memuji tindakan proaktif BN Pahang yang mendahului negeri-negeri lain mengadakan konvensyen tersebut.



 Ketibaan YAB. Dato' Seri diRaja Adnan Yaakob, MB Pahang.


 YB Dato' Sharkar Shamsuddin bersama Dato' Rahman dan Rizuan Hazimin


Dato' Shahaniza Shamsuddin dan sebilangan peserta konvensyen




Read more »

PAS PIS PUS


Sila tonton klip ini

Lagu ini tidak ditujukan kepada sesiapa, hanya sekadar hiburan semata-mata. Namun kalau ada yang faham masej yang hendak disampaikan itu, tentulah lebih baik, dan pintu sentiasa terbuka untuk mereka kembali kepangkal jalan. UMNO itu Melayu, UMNO itu juga Islam. Jika ada kekurangan bagi UMNO maka itu adalah individu-individu didalamnya, bukanlah parti UMNO itu sendiri.

Read more »

TINDAKAN PROAKTIF BN PAHANG!!!


PM mahu Pahang jadi tunggak kejayaan BN



KUANTAN 29 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) Pahang terus menjadi penyumbang besar terhadap kejayaan parti itu dalam setiap pilihan raya umum yang diadakan.

Perdana Menteri menegaskan, bagi mencapai matlamat itu, parti-parti komponen dalam BN negeri perlu mengetepikan perkara remeh-temeh yang boleh melemahkan kekuatan parti.

Sebaliknya tegas beliau, semua parti komponen dalam BN negeri perlu berganding bahu memantapkan perjuangan membela rakyat untuk berdepan dengan pembangkang.


''Ini kerana golongan pembangkang adalah musuh kita yang sebenar," katanya dalam perutusan buku cenderamata Konvensyen BN Pahang yang dikeluarkan di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, konvensyen itu dilihat mampu meningkatkan lagi semangat bekerja di kalangan pemimpin dan anggota BN sekali gus memperkukuhkan kesepakatan bagi memastikan perjuangan parti terus diterima rakyat.

Beliau memuji tindakan proaktif BN Pahang yang mendahului negeri-negeri lain mengadakan konvensyen tersebut.


Read more »

Sokongan Pengundi Cina di Tenang!!!

Berikut dipaparkan rentetan slideshow kempen bergerak yang dijalankan petang tadi. Semuanya terdiri daripada masyarakat Cina di Tenang.



Sebab terlalu panjang barisan penyokong yang menyertai perarakan ini, sampai kena buat slideshow. Kalau Chua Jui Meng tengok slide show ni, dia pun pengsan gamaknya.

Terus dihantar ke hospital. Sebab ramai sangat yang menyokong BN.

Read more »

PRK Tenang : Undi PAS Undi DAP



Undi PAS samalah seperti mengundi DAP kerana mereka dalam satu pakatan pengkhianat negara. PAS hanya bertopengkan Islam dan pandai bercakap sahaja.PAS, PKR dan DAP telah diberi peluang oleh pengundi memenangi beberapa buah negeri tetapi tidak berupaya membawa pembangunan dan menyaingi Kerajaan BN.

Hukum PAS berubah-ubah mengikut kepentingan politik contohnya pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah menjadi kafir atau haram.

Pada 24 Januari 1999, Nik Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah katanya, dengan syaitan sekalipun beliau terima.

PAS kini bekerjasama terlalu erat dengan DAP walaupun banyak penghinaan terhadap Islam dilakukan oleh DAP.Orang yang mahu berkawan dengan syaitan adalah orang yang di hatinya telah ditakluki oleh syaitan.

Kita menolak PAS kerana parti itu telah bertindak keterlaluan mempersenda hukum Allah, menyeleweng akidah umat Islam, menyebar fitnah-fitnah dan memecah belahkan sesama umat Islam. PAS sudah jauh terpesong kerana menerima DAP sebagai rakan seperjuangan sedangkan DAP mempunyai ideologi yang berbeza dengan PAS.

Selamat Mengundi Barisan Nasional.

Read more »

Saturday, January 29, 2011

Rahsia SPM Cikgu Mala




Cikgu Mala ni rupanya tak lah sepandai mana. Kalau dilihat daripada sijil SPM beliau, rasanya budak sekarang lebih pandai dan bijak daripada beliau. Boleh dikatakan sekarang ini saban tahun pasti ramai lepasan SPM mendapat 10A. Tapi cikgu Mala alahai...

Adakah orang sebegini layak menjadi YB? Fikir fikirkanlah.

Read more »

PRK Tenang : PAS Semakin Lemas Celaru



Baru-baru ini Cikgu Mala berucap disaksikan Nik Aziz. Jika PAS kata suara wanita adalah aurat bermakna Cikgu Mala buat dosa depan TG Nik Aziz...??? Dan Nik Aziz turut berdosa mendengar kelunakan suara Cikgu Mala...???

Pening juga kita dibuatnya, hukum PAS ini sekejap boleh sekejap tak boleh. Hukum PAS berubah-ubah jika ada kepentingan politik. Fatwa PAS seperti matlamat menghalalkan cara. Fatwa akan berubah mengikut situasi yang berpihak dan menguntungkan dia.



Yang menghairankan, dulu PAS tidak benarkan wanita menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif.

Bagi PAS, suara wanita adalah aurat apabila membaca al quran, sebab itu kerajaan Kelantan mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun. Tetapi suara-suara muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki, mencaci dan bersuara di dalam Dewan Negara.

PAS sebelum ini pernah menghina kaum wanita dengan tidak menggalakkan mereka bekerja. “Kerajaan Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menangggung kehidupan keluarga.” Kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Hukum PAS semakin bercelaru dan memeningkan kita.PAS memang betul-betul KLUK KLEK.

Read more »

PAS YANG MULA MENABUR FITNAH




Seorang blogger paling tesohor di Pahang telah berkesempatan menghadiri sebuah siri ceramah oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut beliau, ceramah tersebut penuh dengan berbagai penipuan serta menyalahkan satu pihak saja dan dalam masa yang sama mereka menyatakan bahawa merekalah yang betul.

Klik sini untuk cerita selanjutnya.

Read more »

TANYA PUN HARAM???


 Haram syarie kalau tanya apakah ini anak Anu arr dengan Shamsidar?


Ini sifat terbaru yang ditaburkan oleh puak - puak Pembangkang haram ni. Sampai nak bertanya pun salah dah sekarang ni.

Ari tu, isu Cikgu Mala tanya peniaga cina tempatan, kenapa jual arak? Itu pun sampai nak saman - menyaman ke? Yang cikgu tu pun bangang sangat tanya soalan macam tu pada cina buat apa?

Dah tau dah benda tu jadi kebiasaan mereka. Yang sibuk pergi tanya jugak kenapa? Bila orang buat spekulasi, dia marah. Nak saman konon.

Ni cerita pasal laporan CNN pun sama jugak. Datuk Najib tanya je sama ada betul ke tidak ada penganas dari Semenanjung Arab ni taja Anwar Ibrahim.

Jawapan Arab Saudi kata tidak. Itu pun nak diperbesarkan. Apa salah ke tanya soalan tu? Nak jugak tau betul ke tidak.

Persoalan besar yang ditanya oleh rakyat tak nak pulak diorang jawab. Betul ke Anwar ni meliwat? Kalau dia tak meliwat, kenapa dia tak nak angkat sumpah laknat?

Betul la diorang ni memang tak boleh ditanya lansung. Kalau tanya je salah. Agaknya haram syarie jugak kot kalau tanya soalan ni.

Read more »

KALAU TAK TAHU JANGAN CAKAP!!!


 Tuan Ibrahim Tuan Man


Kalau nak membalun Presiden MCA, bukan main lagi puak - puak PAS mengutuk Chua Soi Lek. Kata diorang kalau tak tahu tentang Islam, jangan cakap.

Memang betul la apa yang diorang pertikaikan. Kalau kita dah tak tau sesuatu perkara, baik kita berdiam diri sahaja. Kalau benda tu kita rasa tak baik, jangan ikut.

Tapi diorang bagi komen, macam la diorang pun tahu semua benda. Allah S.W.T Maha Berkuasa. Sekejap je Allah nak tunjukkan bukti KekuasaanNya.

Hari ni, Pesuruhjaya PAS Pahang keluar kenyataan yang jelas dia pun kata dia tak tahu mengenai perkara tersebut.

Isunya mengenai pelepasan Nyamuk GM di Bentong baru - baru ini. Kata dia, pelepasan nyamuk itu tidak diberitahu kepada rakyat.

Macam mana pulak Tuan Ibrahim Tuan Man ni kata takde penjelasan yang dibuat? Sama ada dia menipu atau dia ditipu oleh pengikut - pengikut sendiri.

Sebelum ini di Pejabat Kesihatan Bentong dah dibuat taklimat mengenai perkara tersebut. Semua Ketua - Ketua Kampung datang. Siap bagi flyers lagi.

Lagi pun dia tau ke apa fungsinya pelepasan nyamuk GM tu? Kalau tak tahu, diam je la. Jangan banyak soal.

Read more »

Friday, January 28, 2011

Tiga Pemimpin Syaitan Akan Melancarkan Serangan Besar besaran



Tiga pemimpin parti syaitan akan akan cuba menghasut penduduk Tenang. Diharap penduduk Tenang banyakkan berselawat dan berhati hati dengan hasutan 3 pemimpin parti syaitan. Untuk mengatahui siapa 3 pemimpin parti syaitan, anda boleh klik sini.

Read more »

PRK Tenang : Orang Tenang Kecewa Tersinggung

Fatwa songsang Nik Aziz kelirukan masyarakat – Muhyiddin

LABIS 28 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang yang mengelirukan masyarakat.

Menurut Muhyiddin, tidak wajar Nik Aziz melabel umat Islam yang tidak menyokong Pas sebagai jahil atau bodoh.

Umat Islam di negara ini, kata Muhyiddin, mengikut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan pengundi di Dewan Undangan Negeri tidak menyokong Pas bukan bermakna mereka bodoh.

"Apakah penduduk Labis jahil kerana tidak sokong Pas? Sebagai seorang bertaraf tok guru beliau tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang, kita di Johor berasa tersinggung," katanya. – (Sumber : Utusan Malaysia)
--------------------------------------------------------------
Perkataan 'BODOH' dan 'Jahil' yang disebut PAS bakal beri isyarat bahawa PAS akan kalah teruk dalam PRK Dun Tenang. PAS tidak patut labelkan 'BODOH' kepada pengundi yang enggan mengundi PAS.

Inilah masalahnya bila :
i.Ahli PAS anggap partinya menegakkan Islam maka UMNO sudah tentu dianggap menentang Islam.
ii.Bagi PAS, menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram.
iii. Undi PAS akan membawa seseorang itu ke syurga. Manakala undi BN membawa seseorang itu ke neraka.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub merupakan anak Johor menang berbelas ribu majoriti di kawasan bandar, pinggir bandar dan banyak taman perumahan di Kelantan. Kita cabar Salehudin Ayub bertanding di Johor dalam PRU 13 akan datang.

Kata penceramah : “Di mana PAS lemah dan tidak menang di Kelantan? Kawasan pedalaman, kawasan hulu, kawasan luar bandar, kawasan tidak belajar (tiada pendidikan) di mana? Kawasan gua musang….”



Inilah budaya PAS, bila nak undi dia puji punyalah melambung tinggi dan merayu-rayu macam pengemis, namun bila sudah kalah dia menghina, salahkan sana sini dan tidak percaya kepada takdir. PAS seperti membodohkan diri sendiri dengan mengeluarkan fatwa yang songsang.

Read more »

Komando Turun Selamatkan Penduduk Tenang


 Mr. Beans

Buat pertama kali Ceramah BN dan PAS diadakan serentak malah berhadapan satu sama lain di Kg. Tenang. Buat entah yang keberapa kali pula ceramah PAS tenang setenangnya. Ahmad Maslan mewakili ceramah BN manakala Mahfuz Omar mewakili PAS. Ternyata ceramah BN mendapat sambutan hangat berbanding ceramah PAS,mungkin kerana pengundi DUN Tenang tidak gemar mendengar fitnah dan caci-maki seperti-mana yang selalunya jadi resepi dalam setiap ceramah Pas.





Didalam ceramahnya, Ahmad Mazlan menerangkan mengenai permainan fitnah PAS, soal kenaikan harga minyak kerana mengikut pasaran dunia, kegagalan kerajaan pembangkang mentadbir 4 buah negeri malah hampir melingkupkan sebuah negeri maju iaitu Selangor.

Sementara itu ceramah PAS luarbiasa sejuknya. Hanya nyamuk saja yang banyak berbanding pendengar. Berbuih-buih mulut Mahfuz cuba menarik perhatian penduduk kampung tapi haram seorangpun tak layan.




Akhirnya Mahfuz menjerit jerit meroyan marahkan pihak polis kerana membenarkan ceramah diadakan serentak. Hahahaha kesian puak PAS. Janganlah disalahkan polis. Setakat ini dah memang ceramah puak PAS tak mendapat sambutan. Buatlah macampun rakyat takkan tertipu dengan parti ajaran sesat hehehehe.

Read more »

BLOGGER PEMBANGKANG KANTOI MENIPU!!!


Akibat dah tak dapat nak mengelentong rakyat melalui media siber, blogger puak - puak pembangkang mula mengaku kalah.

Mereka dah mula give-up sebab setiap hujah dan dakyah pembohongan mereka akan dibalas secara lansung melalui blog serta media laman sosial seperti Facebook. (Klik Sini dan Sini).

Jadi mereka terpaksa menjadikan spekulasi mengenai pindaan akta penerbitan sebagai perisai sementara mereka.

Mereka menuduh blog Pro Kerajaan menipu sedangkan apa yang dikeluarkan oleh mereka itu sebenarnya telah dibuktikan sebagai satu penipuan besar.

Kalau tidak, takkan Nik Aziz kena bagi nasihat dengan mengingatkan mereka agar tidak menabur fitnah?

Nampak sangat mereka dah mula pancit dan termegah - mengah dalam peperangan di media siber ini. Nasihat Semut kepada mereka, hentikan lah menyebar fitnah dan membohongi rakyat. Baru la tak pancit brader!!!

Read more »

PERIHAL SAKIT SUAMI CIKGU MALA


Suami Cikgu Mala juga seorang Cikgu. Sepanjang kempen PRK Tenang beliau terpaksa bertungkus-lumus membantu Cikgu Mala berkempen. Beliau mendapat cuti sakit sehingga 21 hari. Kesian nasib anak murid yang kebanyakannya anak bangsa kita sendiri diabaikan.

Nampaknya, kemenangan Pas didahulukan dan nasib anak murid dipinggirkan. Inilah makna didalam perjuangan Pas.

Selepas 21 itu nanti kita tidak tahu bagaimanakah mood suami Cikgu Mala untuk meneruskan tugasnya. Sepatutnya beliau juga memohon bersara dan berikan peluang kerja ini kepada orang lain yang akan dengan sukacita menyokong kerajaan dan dengan ikhlas menerima gaji yang dibayar kerajaan. 

Mungkin makan gaji dengan kerajaan BN ini haram. Setelah sekian lama makan gaji haram dan membesarkan anak-bini dengan pendapatan haram maka beliau sudah insaf agaknya.




Kes cuti sakit suami Cikgu Mala sudah jadi isu politik. Bagaimanapun ianya mesti diberikan perhatian yang wajar dan saksama.

Klik disini.

Read more »

Cikgu Normala Berenang Banjir?



Cikgu Normala dikhabarkan blogger PAS sanggup turun berenang untuk menolong mangsa banjir padahal cikgu Normala tu hanya datang sekejap. Itupun hanya sanggup meranduk air hanya diparas lutut je.

Saksikanlah komen sebenar mangsa banjir mengenai sikap buruk calon PAS ini. Datang pun bukannya nak tolong tapi minta mangsa banjir undi dia. Huh macam tu perangai bakal YB?

Memang sah lah cikgu Mala ni tak kan menang.

Read more »

CIKGU MALA KATA.......




Cikgu Mala kata KFC tak sedap..... Mungkin kerana tidak suka motto KFC:   '....sedap hingga menjilat jari'.


Sijil Cuti Sakit Suami Mala



Jika masih ingat, dulu Suami Mala kata beliau diberikan tekanan oleh jabatan pendidikan untuk dipindahkan  kerana Cikgu Mala menjadi calon PRK Tenang, hakikatnya tidak begitu. Ternyata mereka suami isteri adalah seorang penipu.

Hari ini, suami Cikgu Mala mendapat cuti sakit yang panjang. Sakit apakah dia? Tetapi dalam masa sama dia kesana kemari dengan isterinya berkempen. Siapa yang menipu dan menzalimi rakyat sebenarnya? 

Inilah pembangkang, menerima gaji dari kerajaan tetapi mengutuk kerajaan. Ibarat anjing yang tersepit, mengiggit tangan yang memberinya makan, inilah suami Cikgu Mala.

Read more »

Thursday, January 27, 2011

Nizar Membawa Ajaran Sesat

Suasana Tenang yang tenang sudah mula bergelora apabila ejen ejen ajaran sesat semakin banyak berkeliaran. Tidak puas dengan fitnah yang dibuat terhadap jenazah allahyarham Abdul Latif, puak PAS sudah mula menggunakan tektik halus untuk memesongkan ajaran islam.

Saksikan dan dengarlah sendiri bidaah yang dibawa oleh Nizar untuk menyesatkan umat islam di Tenang

Read more »

PRK Tenang : Normala Malang Disabotaj Lagi?



LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

-------------------------------------------------------

Ini bukan kali pertama, Pas menolak pelaksanaan hudud dan Negara Islam versi Pas. Ramai yang masih ingat pada sidang DUN Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang telah menyatakan bahawa tidak ada dalam transkrip, memorandum dan Perlembagaan Pas bahawa Pas akan menegakkan Negara Islam.

Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001. (Sumber : Blog Tun Faisal).

(Kata AWP :

-Inilah sikap dan pendirian dari kalangan individu atau kumpulan yang menipu rakyat semata-mata mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja hatta bersekongkol dengan DAP sekalipun. Mereka sanggup mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran dan memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh puak Khawarij.

-Bahkan bukan itu sahaja mereka juga sanggup membiarkan orang bukan beragama Islam berucap sambil membaca ayat-ayat suci Al Quran dengan bacaan yang lintang pukang, bukan mahu menegur tetapi disahut dengan ketawa kebanggaan.

-Pas mendakwa hendak menegakkan negara Islam tetapi sebenarnya hanya manis dibibir sahaja dan cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.Kita nak tanya kepada PAS, selepas PAS menguasai Kelantan, apakah undang-undang Islam yang telah dibuat?.

-Hukum Hudud kini dipersenda pula oleh Datuk Mustafa Ali. Mereka sudah lupa bahawa dulu Hukum Hudud pernah dipersendakan oleh Haji Hadi Awang setelah menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata : "Pelaksanaan Hukum Hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan Hudud PAS sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Anakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

-Persoalannya mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan mengguna pakai Hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?. Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi Awang Sendiri.

-Adakah PAS sengaja buat-buat lupa bahawa Haji Hadi Awang pernah berkata : "Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada Hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah hudud yang dibesarkan selama ini telah diperkecilkan sehingga 1/10,000(Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Read more »

MB PAHANG SANGGUP REDAH HUJAN DI FELDA TENANG


Lawatan MB Pahang ke Felda Tenang. 
(Harap Maaf - mutu suara yang kurang baik)


Walaupun dalam suasana hujan lebat, namun Menteri Besar Pahang, Dato' Seri diRaja Adnan Yaakob sanggup meredah hujan untuk melawat Felda Tenang.

Bagaimanapun beberapa acara yang sudah dijadualkan terpaksa ditunda kerana hujan yang sangat lebat yang menganggu kelancaran masjlis berkenaan sekiranya diteruskan.

Kilp diatas menunjukkan DSR MB di rumah Pengerusi JKKKR yang juga Ketua UMNO Cawangan sedang berbincang sesuatu bersama beberapa exco kerajaan negeri Pahang dan pegawai pengiringnya.

Apapun, kesungguhan dan ketabahan beliau untuk datang ke Felda Tenang dalam suasana begini sudah sangat dihargai oleh semua penduduk disana disamping menunjukkan sikap sebenar pemimpin yang berjiwa rakyat.



Read more »

Maksud Disebalik Nama PAS

 Hok ni, sedekoh! Hok supo ni tapi dari UMNO hare. Agamo Isle ni hanyo untok oghe Pas sajo. Syurgo pon untuk oghe Pas. Cino DAPigs hak sukong Pas pon bulih masuk syurgo jugo. Ambo ni Musyiridul Am Pas, nati ambo nork tanding jadi nabi pulok, sene nok beri fatwa hak baru-baru hak tak ado dale kitab.

Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia kenal dengan parti PAS. Dari kanak kanak belum baligh sampai ler orang tua duduk kat sempadan Bukit kayu Hitam/Danok. Ala nak kenal senang je, kaler hijau dengan lambang bulat putih kat tengah tengah tu.

Ini pula antara maksud disebalik nama PAS yang sering dilaung laungkan oleh pengikut mereka.

1. Pakai Ana Saja.
2. Parti anti social.
3. Puak Ana Saja.
4. Penipu Angkuh Samseng
5. Perosak Agama Sendiri
6. Pecat Atau Sekutu
7. Parti Ajaran Sesat
8. Pantang Ada Subsidi
9. Pakai Ambil Semua
10. Parti Anti Segala
11. Pengikut Ajaran Syaitan
12. Pulau Anta Semua
13. Putar Alam Semulajadi
14. Penipuan Adalah Sunat
15. Perosak Akhlak Saja
16. Pengamal Ajaran Secular
17. Projek Angkut Sendiri
18. Pelawak Ala Scenario
19. Parti Asyik Sendiri
20. Perosak Amalan Suci
21. Pengetahuan Agama Sempit
22. Pemarah Angkuh Syakwasangka.
23. Paranoia Arrogant Suspicious
24. Paksa Ahli Sedekah
25. Palsukan Ajaran Sebenar
26. Pilih Ahli Saja
27. Perpecahan Adalah Sunat
28. Pergaduhan Adalah Suruhan
29. Permusuhan Adalah Selambe
30. Perosak Alam Sekitar
31. Penyokong Agenda Sequi
32. Parti Ahli Syurga
33. Perosak Adat Susila
34. Penentang Amalan Suci
35. Pepijat Alaf Semasa
36. Permainkan Allah Swt
37. Pengikut Ahli Syiah
38. Penyebar Amanat Songsang
39. Pengikut Amanat Salah
40. Pentafsiran Ayat Salah
41. Palsukan Ajaran Sebenar
42. Parasito Alaf Sekarang
43. Perhabis Apa Saja
44. Pakar Ahli Sembang
45. Persatuan Ahli Songeh
46. Pakai Agama Separuh
47. Perosak Anak Seni
48. Perkosa Agama Sendiri
49. Polis Adalah Syaitan (bisu)
50. Parti Abai Sejarah
51. Pelampau Agama Semua
52. Penipu Anakbangsa Sendiri
53. Perasugut Aniaya Sosialis
54. Parti Anti Syuarah
55. Platoon Askar Syaitan
56. Pakar Ampu Sentiasa
57. Pendek Akal Semua
58. Pakar Ahli Sabotaj
59. Pergerakan Ajaran Subversive
60. Penuh Adengan Sandiwara
61. Pengamal Ajaran Samarinda
62. Parti Ambil Sedekah
63. Problem Ada Saja
64. Pulus Adalah Segala
65. Pembohongan Ada Saja
66. Projek Anak Saya
67. Percakapan Adalah Sempit
68. Pentingkan Anak Sendiri
69. Perosak Anak Syarikat
70. Perubahan Adalah Salah
71. Perkasan Anak Sendiri
72. Pandangan Akal Sempit
73. Pantang Ada Sebat
74. Pantang Ada Sapu
75. Putar Asalkan Selamat
76. Pandai Ana Saja
77. Puji Anak Sentiasa
78. Parang Adalah Senjata
79. Pedang Atau Senapang
80. Pandai Aku Sajelah
81. Pendek Akal Semua
82. Pegangan Agama Sempit
83. Politik Agama Suku
84. Penipu Alam Sejagat
85. Perobek Agama Sendiri
86. Pelopor Ajaran Samseng
87. Puak Ana Samseng
88. Persatuan Anak Sangkuriang
89. Perangai Ala Setan
90. Pengamal Amalan Sengketa
91. Pakai Ambik Sombrono
92. Perangai Ali Setan
93. Parti Anak Saudara
94. Projek Ana Songlap.
95. Pelik Ajaib Sweh-sweh
96. Parti Ambil Syarat
97. Pembangkang Akan Sifar
98. Pembelot…ala…Syiahhhh
99. Puas Aku Sekarang….

Mereka kata maksud PAS : Parti Islam Semalaysia. Tetapi kena dieja PAS? Mungkin mereka tu buta huruf kot dulu dulu hehehe.

Sumber: PapaGomo

Read more »

Wednesday, January 26, 2011

'TOK AI' - HARUNGI BANJIR SEBAGAI PEMULA TUGAS WAKIL RAKYAT

 2 gambar di Kampong Lembah Bakti





Hujan lebat sejak malam lalu dan berterusan hampir 2 hari 2 malam sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat dibeberapa buah kampong sepanjang Sungai Tenang. Antara kampong yang terlibat adalah Kampong Lembah Bakti dan Kampong Air Panas.

Di kampong Lembah Bakti kira-kira 20 buah rumah terlibat dan terpaksa dipindahkan manakala di Kampong Air Panas melibatkan 11 keluarga seramai 55orang dan dipindahkan ke Sekolah Agama Pekan Air Panas.

Diberitakan juga bahawa Tok AI antara yang terawal melawat keluarga yang terlibat dan memberikan bantuan kepada mangsa. Nampaknya penduduk DUN Tenang sangat bertuah jika memilih Tok AI sebagai wakil rakyat mereka kerana beliau walaupun masih belum sah menjadi wakil rakyat namun telah memberikan perkhidmatan sebagaimana seorang wakil rakyat yang diingini oleh pengundinya

Bagi calon Pas, sebaga seorang suri rumah, eloklah beliau duduk diam dirumah sambil menguruskan hal ehwal rumahtangganya sendiri sebelum jadi berantakan, kerana kita dapat bayangkan setiap langkan yang dilakukan oleh Cikgu Mala, maka suaminya pasti akan ikut sama, justru siapa pula yang akan mentadbir rumah tangga kelak?

Eloklah suami Cikgu Mala memohon bersara untuk menjadi sura rumahtangga sepenuh masa bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku terhadap keluarga mereka kelak.




Kenapa suami Cikgu Mala tu tak berapa nak senyum?
Oooo, ADUN selingsing tu ye? Hehehe
Nasib kamu lah Labu...

Read more »

Mazlan Aliman Dibaling Telur

Siapa yang tak kenal dengan Mazlam Aliman. Dipanggil hero penduduk Felda. Kononnya berjuang untuk masyarakat Felda. Padahal penduduk Felda sememangnya anti dengan Mazlan ni.

Dalam semangat berkobar kobar, Mazlan datanglah ke Felda Chempelak. Dalam hati dah berbunga bunga kononnya ratusan penduduk Felda Chempelak dah menunggu kedatangannya. Maklumlah hero.

Sampai sampai je, benda pertama yang dipandang adalah kain rentang berbunyi "Felda vs Ladang rakyat Kelantan" Elok elok je banner tu digantung depan tempat ceramah.









Tak cukup dengan tu, dia ingat ramailah yang datang. Rupa rupanya lagi teruk dari ceramah Anwar. Langsung tak ada siapa yang kisah. Kesian Mazlan. Rupa rupanya dia bercakaplah sorang sorang. Yang adapun masa tu cuma pengikut PAS je. Rata rata orang Felda Chempelak boikot Mazlan. Alahai Mazlan...

Read more »

PEMIMPIN UMNO PUN TAHU BERJIMAT !!!


Siapa kata pemimpin UMNO semuanya hanya tahu membeli barangan berjenama dan berharga mahal sahaja? Ada juga yang zuhud dan menjalankan kehidupan sederhana seperti rakyat biasa.

Peluang mengikuti rombongan Menteri Besar Pahang di Labis hari ini membuktikan bahawa beliau bukan jenis pemimpin yang mementingkan barangan berjenama untuk dipakai.

Beliau hadir di Labis bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRK DUN Tenang ini sempat membeli barang keperluan hanya di pasaraya Billion di Segamat.

Bagi beliau, pakaian berjenama bukan kayu pengukur dalam kehidupan. Yang penting keselesaan dan jimat. Amalan yang menjadi didikan sejak beliau masih kecil lagi.

Ada orang kata, itu bukan berjimat. Tapi kedekut. Kalau nak kata kedekut, bekas Menteri Besar Perak, si Nizar Jamaludin tu lagi kedekut. Jamu orang yang datang pun bagi makan nasi bungkus je. Apa bezanya?

Inilah sifat inklusif yang dipamerkan oleh Menteri Besar Pahang ini. Terbukti beliau menyahut saranan Datuk Seri Najib dalam membuat Transformasi dalam politik.

Mungkin bagi Dato Sri DiRaja Haji Adnan, kaedah seumpama ini dapat merapatkan hubungan beliau dengan masyarakat setempat. Malah ia memberi ruang untuk beliau berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Read more »

Sah PAS Sudah Kalah PRK Tenang



Berikutan perbuatan fitnah yang dibuat oleh PAS (klik sini), sudah terang lagi bersuluh seluruh penduduk Felda Tenang akan menolak PAS.

Bagi mereka, perbuatan mempolitikkan kematian adalah bercanggah dengan ajaran islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tenang, Darham Daud yang ditemui untuk mengulas penipuan Pas itu hari ini menegaskan:
"Pas sepatutnya minta maaf, kalau berani mestilah membetulkan fakta terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap masyarakat di Felda Tenang. Datang dahlah tidak memberi salam, kemudian tunjuk kurang ajar dan tidak tahu nak meminta maaf.

"Mana-mana orang Pas boleh keluar (dari Felda Tenang) dan jangan hendak masuk lagi ke sini, kita tidak perlukan mereka.

"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Felda Tenang sejak ia dibuka lebih 30 tahun lalu, saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka tergamak masuk ke kampung orang dan melakukan perkara tersebut.
"Saya kecewa kerana penduduk sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan jenazah, bukan sahaja anak tempatan, orang luar pun kami bantu untuk uruskan jika ada waris yang meminta untuknya dikebumikan di Felda Tenang," katanya.

Menurut Darham, masyarakat di Felda Tenang mahu hidup dengan aman dan tidak mahu ketenangan di kampung tersebut diganggu oleh orang luar yang tidak tahu budi pekerti dan makna hormat-menghormati.
Sah lah PAS akan kalah teruk kali ini. Fitnah yang sengaja dibuat telah memakan diri sendiri. Beginilah nasib parti politik puak khawarij. Di dunia lagi sudah mendapat kehinaan, apatah lagi di akhirat kelak.

Read more »

PRK Tenang : Hikmah Disebalik PRK



1. Hebat sungguh pukulan Ng Lum Yong, pengasas parti PKR yang sudah keluar PKR dan masuk MCA. Semua ini berlaku kerana beliau telah sedar bahawa perjuangan PKR adalah satu perjuangan sia sia.

2. Lebih malang lagi, PKR hanya bergantung kepada Anwar, jika Anwar lemah maka lemahlah PKR. PKR hanya kuda tunggangan untuk memenuhi nafsu besar Anwar mahu menjadi Perdana Menteri.

3.Kita cadangkan Pakatan Pembangkang pulau sahaja Anwar kerana selagi beliau berceramah berapi-api sekalipun orang tidak akan percaya kerana keengganannya bersumpah tidak meliwat Saiful. Inilah antara sebab utama orang kuat PKR satu demi satu hilang kepercayaan kepada Anwar dan bertindak keluar parti.

4.PKR sudah semakin nazak dan batu nisannya telah pun disiapkan oleh orang dalam PKR sendiri. Percayalah, orang tidak akan peduli lagi PKR selepas ini dan PAS pun berkemungkinan enggan bagi PKR berceramah di pentas PAS sebab boleh menyebabkan orang akan membenci PAS.

5.Sungguh malang bagi Pakatan Pembangkang mendapat Ketua Pembangkang yang terumbang ambing dengan pelbagai kontroversi dan kes. Bagaimana pembangkang mahu stabil kalau pemimpinnya sendiri tidak stabil. Elok singkirkan sahaja Anwar dari memegang jawatan Ketua Pembangkang kerana beliau Ketua Pembohong.

6.PKR kini semakin tertekan kerana 90% orang kuatnya sudah keluar parti. Orang-orang yang tak berapa kuat tu janganlah bodoh sombong pula kononnya nak ambil alih mengemudi kapal yang hampir karam. Jom kita pakat ramai-ramai keluar dari PKR kerana parti itu tidak memberi apa-apa harapan lagi.

Read more »

Tuesday, January 25, 2011

Anwar Ibrahim Tersungkur Selepas Ceramah

Anwar Ibrahim semakin panas di Tenang. Bukan setakat ceramahnya tidak mendapat sambutan, malah partinya sendiri sudahpun karam di sana.

Ng Lum Yong, antara pengasas parti PKR sudahpun keluar dari parti tersebut dan masuk MCA. Semua ini berlaku kerana beliau telah sedar bahawa perjuangan PKR adalah satu perjuangan sia sia.

"Saya telah saksikan bagaimana ia berubah sepanjang 12 tahun saya bersama parti. Perjuangannya tanpa agenda, hari ini ia hanya mengenai seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim," kata Ng.







"Hampir 90 peratus pengasas PKR itu sudah tidak ada dan antara pengasas parti Keadilan adalah saudara Ng Lum Yong, yang merupakan pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.

"Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi-pengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Tenang ini kalau pengasas-pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu tentang parti (PKR) baik jangan dengarlah," katanya.

Nah! Apa lagi yang mahu ditunggu. Buat penyokong beragama islam, sedarlah perjuangan PKR bukan hanya sia sia tetapi ianya juga adalah berdosa. Berdosa kerana membantu seorang pengamal homoseksual mencapai cita cita untuk meliberalkan islam dan juga membantu yahudi zionis yang berselindung disebalik parti PKR.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik sini

Read more »

share2