Pages

Thursday, March 17, 2011

TUNJUKKAN YB FAUZIAH JALAN PULANG


Baliklah Fauziah, tak kan nak jadi Ahli Parlimen disana pula?
Bila diluar negara bukan main senyumnya, 
bila balik ke kawasan muka masam mencuka


Sebelum kekalahan pakatan pembangkang di DUN Kerdau lagi, wakil-wakil rakyat pembangkang di Pahang sudah dilupakan. Mungkin juga rakyat dan pemilih mereka dahulu tidak melupakan mereka hanya mereka yang dipilih itu sudah lupa diri dan janji semasa pilihanraya, lalu menghilangkan diri entah kemana.

Kebelakangan ini tidak lagi kedengaran berita mengenai YB Fauziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan. Wajahnya juga tidak pernah lagi dapat dilihat oleh pengundinya. Blognya juga sudah berkulat dan bersawang tiada penjagaan. Tarikh akhir beliau berblog adalah pada 23. April 2010.

Begitulah jika wakil rakyat yang dipilih tidak menetap di tempat dimana dia bertanggung-jawab terhadap pemilihnya. Mungkin juga beliau terlalu sibuk dengan urusan parti dan peribadinya dan selalu berada di luar negara sambil menikmati hari-hari terakhir sebagai seorang YB.

Menurut sumber dari masyarakat setempat, mereka sangat kesal dan kecewa kerana wakil rakyat yang mereka pilih tidak menjalankan tanggung-jawab mereka dengan bersungguh-sungguh. Pengundi di parlimen Kuantan hanya menunggu masa PRU 13 nanti untuk menzahirkan kekecewaan mereka dengan mengubah dengan memilih semula calon dari parti kerajaan yang nyata lebih komited dan bertanggung-jawab.

1 comment:

  1. Sesal dulu pendapatan, sesesal kemudian keciciran dan boleh pebetulakn...

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor