Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 31, 2010

Jelas Nik Aziz Tak Faham Isu

...Tau Pulak Dia Berpakaian Sopan???...

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hangat hari ini mengenai Isu Teo Nie Ching bersenamrobik dalam perkarangan Masjid di Cheras. Malah Mursyidul Am PAS juga sudah mula bersuara mengenai isu tersebut.

Macam sudah kita duga. Perkara itu pasti akan disokong oleh Nik Aziz. Kata beliau Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan Masjid.

Asalkan ianya tidak bercanggah dengan Syariat islam kata beliau. Ianya tidak menjadi masalah untuk melakukan aktiviti diluar atau didalam Masjid sama ada oleh orang Islam atau Bukan Islam.


Alahai. Nama je Tok Guru. Nak faham isu yang dibangkitkan pun susah. Apalah bengap sangat Tok Guru sorang ni.

Yang dipertikaikan bukan soal boleh atau tidak buat aktiviti dalam Masjid. Yang dipertikaikan sensitiviti Teo Nie Ching itu ketika mengunjungi Masjid.

Masa zaman Rasulullah S.A.W dulu, orang kafir masuk masjid pakaian mereka macam mana? Mereka memakai pakaian yang bersesuaian, pakai jubah dan sebagainya.

Itu sebab mereka (Orang Kafir Zaman Rasulullah) faham tentang agama Islam. Yang si Teo Nie Ching ni jelas tak faham.

Kenapa dia tak pakai baju labuh berlengan panjang untuk buat aktiviti itu? Kenapa nak pakai baju ketat?

Tak tengok ke dek Teo Nie Ching ni macam mana makcik - makcik yang turut serta dalam senamrobik itu berpakaian?

Kenapa masa dia (Teo) pergi berjumpa Tok Guru Nika Aziz, tau pulak pakai baju kurung? Tapi pergi Masjid pakai baju ketat lengan pendek ni apasal?

Read more »

Thursday, December 30, 2010

GAGAL MEMAHAMI USAHA DAKWAH

...Dia Tak Tengok Ke Makcik - Makcik Tu Pakai Apa???...

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Sebelum ini, PAS kata DAP sudah faham tentang Islam. Malah mereka menyeru agar usaha dakwah Islam dipanjangkan kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Tetapi dalam isu ini, jelas kelihatan bahawa saranan mereka itu hanya dari segi lahiriah sahaja. Jelas mereka gagal dari segi praktikalnya.

Isu terhangat hari ini ialah mengenai pemakaian baju ketat yang dikenakan oleh Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di perkarangan Masjid di Cheras.

Ianya jelas bukan isu pantang larang Masjid, tetapi isunya moral dan pemahaman adap sopan dikalangan umat Islam serta bukan Islam.

Seperti isu yang turut melibatkan beliau sebelum ini. Isunya bukan soal pakaian, tetapi adap dan tingkah laku terhadap agama lain.

Sewajarnya beliau sendiri sudah tahu dan sedia maklum tentang cara pemakaian seorang muslim. Maka mengapa beliau tidak mahu mengambil pendekatan tersebut?

Sebagai contoh, Aktres Hollywood, Angelina Jolie yang pernah mengunjungi Negara Islam Pakistan mengenakan pakaian labuh serta bertutup kepala ketika memasuki Negara tersebut.

Jelas membuktikan tindakan itu menunjukkan bahawa Angelina sangat sensitif terhadap perkara sedemikian.

Yang peliknya, si Teo ini dikelilingi oleh rakyat dan masyarakat beragama Islam. Bukan susah sangat beliau nak memahami perkara semudah itu.

Apa salahnya dia hadir ke program tersebut dengan memakai baju berlengan panjang? Susah sangat ke?

Tindakan beliau mempertikaikan Utusan Malaysia juga satu langkah yang tidak munasabah. Malah ia turut bercanggah dengan saranan PAS sebelum ini.

Tidakkah beliau melihat tindakan Utusan itu hanya untuk mentarbiahkan masyarakat bukan Islam dan berdakwah kepada mereka?

Seperti yang pernah dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang mahukan pemain bolasepak Negeri mengenakan pakaian menutup aurat. Salahkah saranan tersebut?

PK.

Read more »

APA SEBENARNYA PRINSIP PAS???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Mungkin dalam blog Pahang Ku ini tidak wajar untuk kita mempersoalkan atau menyibuk dalam urusan rumah tangga orang lain.

Tetapi jika tahapnya sampai membuat fitnah dan andaian yang bukan - bukan, mahu atau tidak perlu juga ianya dipersoalkan. Nak pulak jika persoalan prinsip yang timbul.

Mengulas mengenai isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi baru - baru ini.

Kebanyakkan persoalan dan yang kuat mempertikaikan perlantikan itu datangnya dari kalangan pemimpin PAS. Termasuk Ketua Penerangan PAS Pusat.

Jika sebelum ini, Naib Ketua Dewan Ulama PAS mempertikaikan cadangan Mujahid Yusuf Rawa untuk memansuhkan kepimpinan Ulama sebagai tidak perlu, apa bezanya dengan perlantikan bekas Pengerusi JAIS itu?

Jelas beliau juga merupakan seorang yang memiliki ilmu agama yang tinggi dan mampu membawa pentadbiran yang lebih Islamik dalam Kerajaan Negeri tersebut.

Jadi, adakah tidak layak bagi orang seperti beliau menjadi Pegawai Kanan dalam kerajaan itu? Adakah mereka, pemimpin - pemimpin PAS sebenarnya menolak kepimpinan seorang ilmuan Islam dalam pentadbiran Kerajaan Negeri mereka?

PK.

Read more »

SELANGOR TAKUT AIBKAN LIM GUAN ENG???



Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Laporan hari ini adalah menegenai pengharaman penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan, papan tanda dan iklan di Selangor.

Ronnie Liu menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak akan ditarik balik walaupun mendapat bantahan dari rakyat sendiri.

Sebelum ini, Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang telah menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor tidak menguatkuasakan perkara tersebut kerana ianya membuktikan mereka takut kepada gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar pengharaman tersebut tidak dilakukan.

Namun tidak dapat juga kita menolak spekulasi bahawa tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu hanya semata - mata untuk menyelamatkan air muka anak Lim Kit Siang itu sahaja.

Pulau Pinang sebelum ini turut membuat perkara yang sama apabila arahan Lim Guan Eng mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

Jadi, kalau Kerajaan Negeri Selangor membenarkan penggunaan logo tersebut, mana si Lim Guan Eng nak letak muka?

PK.

Read more »

MENTERI ROGOL AMAH - PAS FOR AWW PUTAR FAKTA



Maka riuhlah juak-juak 'Pas for Aww!' memukul canang mengatakan bahawa seorang Menteri telah merogol amah dari Indonesia. Tidak heran dalam politik perkara sebegini dilakukan kerana untuk mengalihkan pandangan kepada isu asal iaitu seorang ADUN 'Pas fo Aww!' yang didapati berzina dengan isteri orang didalam koc keretapi.

Menurut sumber (klik sini) isu ini juga telah pernah dibawa oleh DS Anwar Ibrahim sendiri semasa berkempen di PRK Bagan Pinang dahulu. Namun ianya tidak mendapat tempat dihati rakyat dan pengundi disana. Justru, untuk mengalih pandangan dan fokus rakyat dari isu ADUN 'Pas fo Aww!' yang di dapati berzina itu, maka 'Haprak Daily' menyiarkannya semula. Sudah tentu perbuatan mereka ini 'halal' disisi agama dan Tuhan kerana ianya dilakukan oleh Pas, parti politik yang pergunakan Islam untuk kepentingan peribadi - 'Pas for Aww!'


Read more »

TAHNIAH ADUN TAHAN

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Dalam kesibukan seharian seorang Pemimpin, menyediakan jadual aktiviti dan program masyarakat merpukan salah satu agenda penting buat mereka.

Mungkin menyedari keperluan terhadap perkara ini, maka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Pahang telah mengadakan jamuan makan malam bersama Ketua - Ketua Kampung sekitar kawasan beliau.

Jelas, ini merupakan antara gerak kerja beliau untuk merapatkan diri dengan masyarakat terutama ketua - ketua kampung dan merencana aktiviti serta program yang sesuai.

Maka secara tidak lansung, beliau dapat memahami kehendak serta keperluan masyarakat setempat. tahniah diucapkan kepada beliau atas inisiatif yang dilakukan.

PK.

Read more »

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Julang Piala Suzuki 2010!!!



Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia diatas kemenangan mereka dalam Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010.

Walaupun tewas 2-1 kepada Indonesia hari ini, tetapi kelebihan jaringan gol ditempat lawan serta kemenangan di Malaysia ahad lalu sudah cukup untuk menobatkan mereka sebagai juara kali ini.

Sesungguhnya, kemenangan mereka itu wajar dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat di Negara ini tanpa mengira kaum, bangsa dan Agama.

Kemenangan itu adalah kemenangan semua. Kemenangan yang membuktikan kita mampu lakukan sesuatu jika kita mahukannya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada K. Rajagopal dan anak - anak buahnya diatas kejayaan ini. Jelas mereka tidak menghampakan harapan rakyat.

PK.

Read more »

Doa Kami Mengiringi Mereka!!!


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Hari ini, sekali lagi rakyat Malaysia akan menumpukan perhatian dikaca televisyen bagi menyaksikan perlawanan Akhir Pusingan Kedua Piala Suzuki AFF diantara Malaysia dan Indonesia.

Walaupun sebelum ini, pasukan negara mengharungi pelbagai spekulasi dan persepsi, namum perjuangan perlu diteruskan.

Kelebihan 3 gol di tanah air tempoh hari harap jangan dipersiakan. Lakukan yang terbaik demi Negara yang tercinta.

Sesungguhnya, kami di Pahang Ku sentiasa mendoakan kejayaan mereka tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Harapan seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Negeri Pahang agar kemenangan sentiasa mengirinya mereka. Insya Allah.

PK.

Read more »

MB PAHANG KEKAL PENGERUSI UMNO NEGERI - PERSEPSI BLOG PEMBANGKANG KERANA 'DENGKIMETRIK'


Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang

Sebuah laman blog di Pahang (blog sesumpah yang dari biru bertukar ke hijau) memandang sinis pengekalan Dato' Sri DiRaja Hj Adnan Hj. Yaakob dan Dato' Hj. Mohd Sharkar Hj. Shamsuddin sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang. Kononnya dikatakan prestasi MB Pahang itu semakin merudum, entah dengan kayu-ukur apa yang mereka gunakan untuk menilai prestasi seseorang kita juga tidak pasti. Mungkin skala yang digunakan adalah dengan menggunakan sistem 'dengkimetrik' - yang berasaskan perasaan hasad dengi semata-mata.

Sudah tentu sebagai agen pencacai pembangkang nombor wahid di Pahang mereka akan sentiasa membangkang, membangkang dan membangkang. Tetapi jika kita tanya mereka apakah yang mereka lakukan yang lebih besar dan bermakna buat rakyat negeri Pahang? Apakah yang mampu mereka jawab? Sudah tentu mereka akan tertunduk malu kerana mereka tidak ada sebarang jawapan.

Apakah besar sangatkah jasanya mereka apabila Dewan Pemuda Pas Kuantan menganjurkan Majlis Gunting Rambut Perdana 'Jom Ke Sekolah' bagi masyarakat sekitar parlimen Kuantan?  Soalnya adalah, apabila sesuatu yang kerajaan lakukan mereka akan tutup dan selindungkan serta menyatakan bahawa itu adalah kewajipan dan tanggungjawab kerajaan yang tidak perlu disebut, tetapi apabila mereka yang melakukan sesuatu walaupun sebesar 'hama' sekalipun, maka mereka akan gahkan atas nama kejayaan mereka dalam perjuangan.

Rakyat jangan lagi tertipu dengan sebarang pendustaan pembangkang. Kita jangan lagi dikelirukan oleh mereka yang sentiasa memutar fakta. Mereka yang lakukan kejahatan namun akan menuduh dan menyalahkan orang lain. Sebagaimana dengan sikap DS Anwar Ibrahim, ketua pakatan pembangkang, setiap kali ditanyakan soalan berkaitan salahlakunya maka cepat-cepat dia menuduh orang lain.

Insyallah! Dengan ujudnya blog Pahang-ku, rakyat akan dapat melihat antara yang benar dan yang salah. Tidak hairanlah jika sedikit hari lagi blog sesumpah dan pencacai nombor satu itu akan tenggelam dan dilupakan.

Read more »

Tuesday, December 28, 2010

Pakatan Rakyat Tidak Boleh Berpakat.

Ronnie Liu mengatakan logo 1Malaysia tidak dibenarkan didirikan di Selangor. Ini sesuatu yang amat mengecewakan kerana walaupun Selangor ditadbir oleh parti pembangkang, tetapi agenda nasional perlu dilaksanakan kerana BN masih memerintah federal.

Sementara itu di Kedah, kerajaan PAS tidak melarang logo 1Malaysia ini didirikan di Kedah. Menurut Dato' Pharolrazi, tidak ada perbincangan dikalangan PR untuk melarang logo 1Malaysia didirikan. Sementara Pulau Pinang masih belum memutuskan samada akan membenar atau tidak logo 1Malaysia ini.

Ini bukan perkara baru Pakatan Rakyat tidak boleh berpakat. Dalam isu melantik TPM, apabila Anwar Ibrahim mengumumkan akan melantik Lim Kit Siang sebagai TPM jika PR memerintah, PAS menafikan mereka bersetuju. Tidak seperti kerajaan BN yang mana jelas siapa menjadi nakhoda, PR nampak sangat parti ad hoc. 

Mereka tidur sebantal  tapi mimpi lain-lain.

Read more »

Adakah UMNO Sudah Bersedia?



Semalam Pengerusi dan timbalan pengerusi UMNO disetiap negeri telah diumumkan. Ada yang ditukar dan ada juga yang tidak. Malah jawatan di negeri Kedah, Pulau Pianang dan Terengganu sudah diserahkan semula kepada anak jati negeri terbabit.

Apabila DS Najib membuat penukaran ini, ini memberi isyarat PRU juga semakin hampir. Kata kata atas angin yang mengatakan PRU akan diadakan tahun hadapan juga mungkin adalah benar. Cuma belum dipastikan bila. Mungkin hujung tahun, mungkin pertengahan tahun.

Walaupun DS Najib sudah membuat perubahan, tetapi keadaan dalaman UMNO terutama dinegeri Kedah, Terengganu dan Perlis masih belum diselesaikan sepenuhnya. Masih ada pihak yang tidak berpuas hati. Mereka inilah yang membuatkan UMNO lemah dari dalam.

Jika tidak mahu UMNO dikebumikan menjelang PRU akan datang, semua pihak haruslah berubah. Jangan hanya orang bawah diarah berubah sedangkan ketua diatas masih berperangai jahiliyah. Semua pihak harus bekerjasama dan jangan menikam belakang antara satu sama lain. 

Jadikanlah pengumuman penukaran barisan kepimpinan UMNO negeri sebagai ini sebagai langkah pemulaan untuk memastikan UMNO terus menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. UMNO pasti boleh membawa rakyat kearah kebaikan.

Read more »

Monday, December 27, 2010

Kongsi Gelap Belaan Guan Eng?

PULAU PINANG 26 Dis. - Akibat lantang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menimbulkan pelbagai isu, beliau diugut oleh dua individu dipercayai samseng yang mahu dirinya menghentikan perbuatan itu.

Ketua Pasukan Tindakan Khas Parti Cinta Malaysia (PCM), Tham Weng Fatt didatangi oleh kedua-dua lelaki tersebut ketika berada di Padang Kota Lama kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Dua lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang atau bakal menerima nasib buruk jika masih berdegil.

Weng Fatt yang merupakan bekas Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang kemudian membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Sidang akhbar akan diadakan esok dan kita mempunyai bukti siapa kedua-dua individu berkenaan," katanya di sini hari ini.

Ini merupakan kali kedua pemimpin PCM menerima ugutan kerana mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Selasa lalu, kereta BMW milik Ketua Pemuda PCM, Liew Yeow Hooi yang diletakkan 30 meter dari pekarangan rumahnya di Jalan Air Putih di sini disimbah cat merah oleh pihak tertentu, dipercayai bertujuan menakut-nakutkannya.

Turut ditinggalkan di atas kereta miliknya adalah sebungkus beg plastik berisi cat dan tujuh keping kertas bersaiz A4.

Ketujuh-tujuh kertas tersebut bertulis: Amaran terakhir! Jangan buat bantahan tentang kerajaan negeri Pulau Pinang lagi! Jika tidak kita kan bunuh u dan keluarga u! Kali ini kita ajar sikit sama u sahaja kena kereta u tak kena orang. Kita bagi u Parti Cinta Malaysia semua habis.

Sumber: Utusan Malaysia

Inilah realiti pemerintahan rejim DAP. Lim Guan Eng lantang mengkritik orang lain tetapi apabila corak pemerintahannya dikritik, dia akan menggunakan apa sahaja untuk menutup kelemahannya termasuklah menggunakan kongsi gelap.

Pihak polis P.Pinang sepatutnya lakukan lebih banyak siasatan siapa dalang disebalik pusat pusat pelacuran dan hiburan di negeri itu. Gerakkan seluruh tenaga untuk menghapuskan kegiatan tidak bermoral di sana.

Setiap parti pembangkang mempunyai anggota kongsi gelap tersendiri. PAS ada geng kapak hehehehe.

Read more »

DAP Akur Dengan 1Malaysia

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Baca tajuk akhbar hari ini, nak tergelak pun ada juga. Mana tidaknya, dah ludah sanggup pulak mereka telan semula.

Kalau sebelum ini, kecoh di Selangor yang dikatakan mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan.

Arahan turut dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut menerima arahan dari Exco Kerajaan negeri yang terbabit.

Tetapi peniaga di kawasan berkenaan membantah tindakan tersebut serta enggan menurunkan logo itu.

Bagi mereka, konsep dan gagasan 1Malaysia itu merupakan satu gagasan yang baik serta wajar diamalkan di Malaysia. Gagasan itu mengajak rakyat agar bersatu padu.

Hari ini, arahan serta larangan penggunaan logo 1Malaysia itu telah dibekukan oleh PBT juga atas arahan Exco berkenaan.

Tak ke 'sememe' muka Ronnie Liu kerana terpaksa jilat balik ludah sendiri?

Pk.

Read more »

Sunday, December 26, 2010

Di Mana Pemimpin Pahang Jati dalam PAS?

Seringkali apabila saya berbual-bual dengan rakan-rakan dikedai kopi, kadangkala kami berbincang tentang politik. Ada dikalangan rakan-rakan saya ini tidak aktif berpolitik. Mereka pengundi atas pagar. Jika ahli UMNO pun, mereka bukan ahli yang aktif. Kebanyakkan mereka tidak berparti.

Mereka tahu saya orang UMNO. Ada kala mereka melontar kritikan-kiritikan kepada UMNO seperti dalam hal kenaikan harga barang, dasar liberal PM Najib dan sebagainya. Kami sering juga berhujah. Ada masa saya bersetuju dengan hujah mereka, ada masa tidak. Begitu juga sebaliknya.

Ada sesuatu yang saya dan rakan-rakan saya bersetuju adalah tentang parti PAS. Jika rakan-rakan saya tidak bersetuju dengan polisi kerajaan, mereka keberatan untuk mengundi PAS kerana satu sebab. Mereka melihat PAS di Pahang dikuasai oleh orang Kelantan. 

Mereka juga hairan mengapa orang PAS Pahang hanya jadi pak turut kepada orang PAS Kelantan, atau asal dari Kelantan. Sebagai orang Pahang, jika PAS memerintah, mereka ingin lihat orang Pahang jadi MB. Dan sentimen ini saya kira sentimen 'semulajadi' mana-mana negeri pun.

Di Jerantut misalnya,  Allahyarham Malik, bekas ADUN Tahan anak jati Pulau Tawar. Tapi PAS sekarang ini nampaknya dikuasai oleh bukan anak jati Pahang. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr. Hamzah, dalam PKR Mohd Nor menjadi calon. mana perginya orang Pahang dalam pucuk pimpinan PAS?

Adakah assabiyah PAS bermakna pucuk pimpinan PAS hanya ulama yang layak, dan ulama hanya dimonopoli oleh orang Kelantan? Ngapa ya?




Read more »

Friday, December 24, 2010

Perlukah Pembangkang Bangkang Semuanya?

Selangor  mengharamkan logo 1Malaysia. 1Malaysia merupakan agenda nasional. Ia patut mendapat sokongan dari kerajaan dan pembangkang kerana untuk kebaikan rakyat Malaysia. Nampaknya pembangkang di Malaysia masih memiliki mentaliti kelas ke tiga.

Kita boleh tidak sependapat kerana berlainan ideologi tetapi politik pemuafakatan masih boleh diamalkan. Jika sesuatu saranan itu baik untuk rakyat, tanpa mengira parti mana yang menyarankan eloklah kebaikan itu diteruskan. Apa salahnya agenda 1Malaysia yang menanamkan konsep menyayangi Malaysia tanpa mengira suku kaum di Malaysia ini?

Malaysia memerlukan pembangkang yang berkualiti, bukan hanya cheerleaders seperti Salehudin Ayub, Mahfuz Omar dan  Anwar Ibrahim.

Read more »

Tarikh PRK Tenang

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil DUN Tenang akan diadakan akhir Januari nanti.

Penamaan calon bermula 22 Januari manakala pembuangan undi pula pada 30 Januari 2011.

Jumlah pengundi yang telah berdaftar adalah seramai 14, 753 orang. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof selepas Mesyuarat Suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Read more »

Wednesday, December 22, 2010

UMNO Perlu Berubah

Malam tadi aku jalan jalan blog lain mencari isu isu panas. Tiba tiba aku ternampak satu isu yang penting. Walaupun benda ni bukanlah isu besar tetapi ianya melibatkan nama UMNO.

ISU TERJAH : SATU TAMPARAN ... SEKALIGUS TENDANGAN MAUT BAGI BLOG BLOG UMNO!

Rupa rupanya terlalu banyak blog blog UMNO yang terbengkalai sejak sekian lama. Malah ada yang sudahpun hilang tanpa dikesan.









Ini antara gambau yang aku ambil dari Gelombang Wangsa Maju. Disaat DS Najib menyeru supaya pemimpin dan ahli UMNO berubah, rupanya masih ada yang terus lelap dibuai mimpi basah. Masih memandang rendah kepada dunia IT.

Untuk maklumat lanjut, boleh ler klik sini GMW.

Read more »

'Gula - Gula' Pakatan Pembangkang!!!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kata dulang, paku serpih. Kata orang dia yang lebih. Malah belum pun diumumkan Pilihanraya Umum, dah mula tabur 'gula - gula'.

Jelas sangat dah mereka 'kemaruk' nak kuasa. Sampai sanggup menabur janji - janji kosong kepada rakyat supaya mereka kelabu mata. Berikut janji baru mereka:

JANJI-JANJI MANIS PAKATAN UNTUK PRU13

* Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)


* Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.



* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat



* Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang



* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan



* Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar



* Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda



* Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus



* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman



* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Janji lama bila nak tunaikan? Tak payah cerita banyaklah. Cukup pasal isu air saja dah cukup untuk kita pertikaikan.

Di Selangor, mereka janji nak bagi air percuma. Bila dah tak mampu, salahkan SYABAS. SYABAS jadi kambing hitam. Mereka terlepas. Rakyat tak dapat jugak air percuma yang dijanjikan.

DI Kelantan, air pun tak bersih. Nak buat PBT bersih? Nak laksanakan Islam macam mana kalau perkara itu pun gagal dilaksanakan?

Di Kedah lagi teruk. Tarif air naik 100%. Mana pergi Negeri Kebajikan mereka? Tipu saja.

PK.

Read more »

Tuesday, December 21, 2010

Giliran Lim Guan Eng Pula Dipersoal!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Si Ketua Menteri Pulau Pinang itu masih belum menjawab dakwaan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin semalam.

Semalam, Zulkifli Noordin mengemukakan soalan sama ada anak Lim Kit Siang itu tahu atau tidak berkenaan 'aktiviti' Anwar sebelum ini?

Zulkifli turut mendedahkan bahawa Lim Guan Eng sebelum ini pernah mendedahkan dalam Parlimen mengenai dakwaan terhadap Anwar dan menggesa pihak kerajaan menyiasatnya secepat mungkin pada tahun 1997.

Malah, kata Zulkifli Noordin, Pengerusi DAP Karpal Singh juga sudah lama menyatakan bahawa beliau memiliki bukti dan saksi mengenai perkara tersebut.

Jadi, adakah dakwaan ini benar? Adakah mereka akan mengesahkannya atau jadi macam Mat Sabu yang sampai hari ini masih diam membisu seribu bahasa?

Read more »

ADUN PAS Berzina?



Sekarang ni heboh yang seorang ADUN PAS telah berzina diatas keretapi. Malah dikatakan Nik Aziz juga tahu perbuatan pengikutnya ini. Dan jawapan Nik Aziz, tuhan dah maafkan pengikutnya. Fuyooo hebat sungguh PAS ni. Mungkin dah sampai tahap kerajaan langit ayah pin kot hehehehe.

Nak tengok video pengakuan saksi yang menangkap ADUN ini, sila klik sini papagomo

Memang panas ni. Puak PAS berzina hehehe..Berzina hehehe.

Read more »

Monday, December 20, 2010

Mengapa PAS Disingkir Dari Barisan Nasional

Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977

"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini.

Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara.

Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.


Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.


Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.


Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan.

Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.


Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.


Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur.

Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya.

Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk.

Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas.

Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri.

Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan. Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja. Lebih pendek adalah lebih baik.

Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda.

Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya.

Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.


Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.


Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri. Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu.

Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri. Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya.

Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.


Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.


Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu?

Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional.

Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini? Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional?

Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini. Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat.

Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi.

Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu.

Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi.

Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.


Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu. UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara.

Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi.

Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.


Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Sumber: Kamalfarsya

Read more »

Saturday, December 18, 2010

PKR YANG SEMAKIN DIPINGGIRKAN

Sama arah perjuangan tidak mengapa, sama cita-cita pun tidak mengapa,
 asal jangan sama kesukaan, hehe

Melihat sekeliling kita maka kita dapati bahawa DS Anwar Ibrahim sudah semakin terpinggir. Sokongan dari dari seluruh negara sudah semakin berkurangan. Segala siri ceramah politik yang dianjurkan tidak lagi dapat menarik minat penonton. DS Anwar Ibrahim kini hanya ibaratkan seorang tokoh penglipurlara, yang semakin dilupakan.

Bermula dengan mesyuarat-mesyuarat cabang PKR yang hanya dipenuhi oleh kerusi-kerusi saja ke perhimpunan konvensyen yang dianjurkan sehinggalah ke demonstrasi-demonstrasi jalanan dan ceramah politk yang dianjurkan, semuanya sudah terasa sepi. Memang DS Anwar sudah dipinggirkan.Semuanya kerana maruahnya yang sudah cemar gara-gara permainan belakangnya.

Perhimpunan yang diadakan di Bentong baru-baru telah membuktikan bahawa DS Anwar sudah tidak dihormati serta politiknya sudah tidak diperlukan lagi dinegara Malaysia ini. Demikian juga Dato' Fauzi sebagai Ketua PKR Negeri yang sudah tidak dikehendaki rakyat kerana perjuangannya yang tidak berketentuan arah. Apa yang jelas adalah, perjuangannya sama dengan perjuangan DS Anwar iaitu untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Pahang-ku menyeru kepada Dato' Fauzi supaya menginsafi diri dan berpatah kebelakang semasa masih ada waktu, selagi belum bersama-sama tenggelam dengan DS Anwar. Rakyat Pahang akan hormati Dato' Fauzi jika kembali kepada UMNO sebaliknya Dato' Fauzi akan hanya dikenang sebagai pengkhianat selagi masih didalam PKR.

~ PKu

Read more »

TAKUT MB PAHANG?



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, puak pembangkang jelas hanya mampu melihat dengan sebelah mata sahaja.

Anugerah Allah S.W.T dengan memberikan kedua - dua belah mata, jelas diabaikan atau sengaja mereka butakan sebelah. Demikian yang dapat digambarkan apabila berbicara mengenai mereka.

Khabar angin terbaru dan propaganda dakyah pembohongan mereka ialah mengenai kedudukan MB Pahang yang sedia ada.

Kononnya mereka dakwa kedudukan Dato Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob sedang bergoncang dan tidak kukuh.

Malah katanya Pahang bakal menerima Menteri Besar baru selepas Pilihanraya akan datang. Mereka juga turut menamakan MB baru itu dari Rompin katanya.

Mereka turut memburuk - burukkan Menteri Besar pahang itu dengan menyatakan beberapa kelemahan dan kegagalan beliau mentadbir Negeri ini selama 12 Tahun.

Nampak sangat mereka takut dengan kepimpinan Dato Sri DiRaja Haji Adnan baik sebagai Menteri Besar mahupun sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Mereka jelas buta dari melihat pembangunan yang dijalankan di Negeri ini secara keseluruhan. Bukan sekadar pembangunan ekonomi, malah turut melibatkan pembangunan Insaniah.

Tidakkah mereka sedar bahawa Negeri Pahang merupakan negeri paling banyak mempunyai pelajar - pelajar Tahfiz?

Tidakkah mereka sedar bahawa Yayasan Pahang sudah banyak melabur dan membantu anak - anak negeri ke sekolah seterusnya melangkah ke Menara Gading?

Tidakkah mereka tahu bahawa Negeri Pahang sanggup menanggung 2/3 dari jumlah sebenar bil air rakyatnya?

Tidakkah mereka tahu bahawa Negeri Pahang tidak menaikkan tarif airnya sejak 12 tahun yang lalu? Malah Negeri Pahang juga berbesar hati membantu rakyat Negeri Selangor dengan membekalkan bekalan Air mentah? Kerja siapa semua ini?

Jangan hanya nampak nyamuk diseberang laut. Gajah didepan mata diabaikan. Takut nanti malu sendiri.


Read more »

Friday, December 17, 2010

Getah Naik Pun Nak Persoal???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Ini yang pelik dengan sikap puak - puak pembangkang. Apa sahaja perkara mesti akan menjadi persoalan kepada mereka.

Kononnya mereka mendakwa kenaikan harga getah umpama 'gula - gula' yang diberikan Kerajaan kepada rakyat dengan menaikkan harga komoditi tersebut.

Malah mereka turut mendakwa bahawa tindakan ini menjadi petunjuk jelas Pilihanraya Umum semakin hampir berlaku.

Mereka juga menyatakan bahawa perkara ini seakan - akan serupa dengan kejadian tahun 2008 yang lalu dimana selepas sahaja Pilihanraya, harga komoditi itu jatuh merundum.

Nampak sangat kejahilan mereka dalam perkara ini kerana tidak menyedari bahawa kenaikan harga getah disebabkan pasaran dunia.

Malah mereka sengaja membutaka mata terhadap saranan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Risda agar Penoreh Getah mengambil kesempatan ini untuk menggandakan produktiviti bagi mendapat keuntungan yang lebih lumayan.

Jelas mereka sengaja menyebarkan provokasi agar golongan tersebut menganggap perkara ini sebagai satu perkara yang buruk. Jauh sekali mereka ingin berasa syukur kepada Allah S.W.T dengan keadaan ini.

Adakah rakyat akan terus tertipu dengan dakyah - dakyah mereka atau mereka akan mengajar pakatan Pembangkang dalam Pilihanraya akan datang?

PK.

Read more »

Di Mana Hadi Awang???



Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Semalam dilaporkan Sidang Dewan Rakyat kecoh dengan bantahan oleh beberapa ahli Parlimen dikalangan pembangkang.

Hanya semata - mata mereka hendak mempertahankan Anwar Ibrahim dan beberapa rakan mereka yang lain dari digantung menghadiri sidang tersebut.

Kenyataan Karpal Singh yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai prosiding tersebut ternyata satu dakyah penipu yang jelas dan nyata.

NONE

Seperti kata beberapa orang yang ditemui hari ini, mereka hairan bagaimana sepanduk menyatakan bantahan itu boleh dikeluarkan pada hari yang sama.

Jadi, macam mana Pengerusi DAP Pusat itu boleh kata mereka tidak tahu prosiding itu akan diambil semalam?

Malah persoalan masyarakat hari ini banyak bertanyakan mengenai ketiadaan Ahli parlimen Marang, Datuk Haji Hadi Awang.

NONE

Beliau yang juga Presiden PAS Pusat tidak nampak lansung bayang - bayangnya dalam protes semalam.

Adakah beliau juga tidak menyokong bantahan tersebut? Atau beliau ponteng dari menghadiri sesi Parlimen?

Jadi tidak peliklah kalau mereka kalah dalam undian semalam kerana ada dikalangan mereka sendiri yang tidak hadir dan memberi sokongan.

Atau adakah beliau tidak mahu terlibat kerana takut ditanya mengenai slogan PAS For All yang juga dilihat berkaitan dengan Israel For All? Adakah PAS juga menggunakan khidmat Apco dalam perkara ini?

Read more »

PAS Kuda Tunggangan???


Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Desas desus mengenai tarikh Pilihanraya Umum nampak gayanya memberi impak dan kesan tertentu diserata Negara.

Kesempatan menghadiri sesi taklimat baru - baru ini, info yang diperolehi sangat - sangat bermakna dan mampu menimbulkan persoalan.

Melihat statistik terkini mengenai kedudukan pecahan undi dan daftar pemilih dalam negeri Pahang wujud peningkatan.

Namun jelas dapat kita lihat seperti dalam gambar diatas, dikalangan puak pembangkang hanya PAS yang bergerak aktif.

Bermula dari tahun 2008 hingga 2010, mereka telah mendaftarkan pengundi seramai 4565 orang. Manakala DAP ditangga kedua dengan jumlah 2081.

Manakala PKR Pahang hanya mencatatkan sebanyak 293 orang sahaja sepanjang tiga tahun tersebut.

Jelas membuktikan bahawa PKR Pahang pimpinan si Fauzi Pendek sebagai Pengerusi Negeri tidak menyumbang lansung kepada Pakatan Pembangkang di Pahang.

Seperti sikap beliau ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri dahulu juga, iaitu PEMALAS sehingga menyebabkan beliau tersingkir dari terus mempertahankan kedudukan beliau.

Persoalannya, sanggupkah PAS dan DAP terus di'Kaldai'kan oleh PKR? Tepuk dada, tanya selera.

Read more »

Tuesday, December 14, 2010

PERJUMPAAN BLOGGER PAHANG

Gambar hiasan:
Perjumpaan Pertama Aktivis Media Baru Pahang tahun 2009



Semalam, 13hb. Disember, 2010.

Satu perjumpaan blogger-blogger Pahang telah diadakan di Kuala Lumpur. Perjumpaan yang dianjurkan oleh Biro ICT dan Media Baru Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang itu turut di Hadiri YB Dato' Sharkar Shamsuddin dan YB. Dato' Shahaniza Shamsuddin.

Turut hadir blogger 'otai' Pahang, Braveheart serta beberapa blogger ternama di Pahang antaranya; Sri Tri Buana, Juri Rakyat dan Semut Hitam dan lain-lain lagi. Bagaimanapun Warisan Pahang dan Yang Gambi tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Perjumpaan berkenaan adalah dalam usaha merapatkan semula serta para blogger negeri disamping menentukan hala-tuju dan peranan mereka dalam media sosial setempat. Bagaimanapun ianya berlaku secara santai dan tidak ada agenda khusus dibincangkan dan tiada juga sebarang resolusi dikeluarkan.

Bagaimanapun, kehadiran blog 'Aggregator Pahang', 'Gabungan Suara Anak Pahang' telah dimaklumkan dan dijadikan sebagai rujukan kepada blog-blog yang ada di negeri Pahang tanpa mengira sama ada blog menulis politik dan isu semasa atau tidak atau perbezaan fahaman politik.

Walau apa pun, usaha ini diharapkan akan menjadi pemula kepada usaha mengerakan media sosial Pahang secara lebih aktif terutamanya menjelang PRU13 nanti. Banyak pihak yang hadir berharap supaya pertemuan ini dilakukan lagi dengan membincangkan agenda-agenda tertentu yang berkaitan dengan usaha UMNO menjuarai media sosial.

Read more »

share2